20130913

Kedekut Ilmu.


Kita perlu ingat, segala apa yang baik yang kita dapat itu semua dariNya. Semua pinjamanNya. Semua dengan izinNya. Semua orang dikurniakan rezeki 'ilmu', cuma yang bezanya, dalam bahagian yang berbeza, kapasiti yang berbeza. Kemudian datang pula ikhtiar diri sendiri untuk mengasah dan memantapkan dan menggunakan ilmu itu dengan sebaiknya, atau dibazirkan begitu saja.

Salah satu cara untuk kita mengembangkan dan memberi ruang untuk mendapat lagi ilmu, adalah dengan berkongsi. Tak perlulah nak kedekut ilmu tu. Tak perlulah nak takut orang tu nanti jadi lebih hebat, lebih berjaya dari kita. Dan perasaan takut untuk berkongsi ilmu ini kerana takut orang tu lebih dari kita, sebenarnya membuatkan ilmu yang kita ada tu sia-sia sahaja.

Percaya, dan yakinlah, lebih banyak yang dikongsi, lebih banyak yang akan kita dapat. Ilmu ni tak pernah cukup, ilmu ni tak pernah putus, jadi nak risau apanya? Takutkan saingan? That's really a foolish way to think. The only way for us to progress is to share and spread the knowledge or skills that we have.

From my own experience. Masa mula-mula syok dan menggila dalam dunia fotografi, dunia editing, I admit, I was a bit kedekut, risau orang tiru style, atau duk pikir penat-penat kita buat, senang-senang nak kongsi ilmu, set dalam otak "carilah sendiri!".

When I started sharing my knowledge, in photography, editing, etc.. Alhamdulillah.. semakin banyak inspirasi dan idea yang masuk. Tak putus-putus!! Buang mindset risau orang tu akan lagi hebat ke, orang tu senang-senang nak dapat info ke, orang tu akan buat duit lagi banyak ke, etc.. hapuskan. Kenapa nak risau? Dengan izinNya, lagi banyak kita beri, kita akan dapat kembali berlipat ganda. 

Of course, ada sesetengah orang ni jenis nak mudah, makan suap je.. memang lah agak annoying di situ. Tapi, mungkin kita harus buang segala negatif dan anggapan kita tu, biarkan, kita kongsi saja, tak perlu nak berahsia. Tak perlu kedekut.

Dalam dunia business, memang tabiat kedekut ni sangat lah kuat. Sebab apa? Sebab DUIT. Kita risau bisnes kita ada saingan dan mungkin kurang profit. Tak salah sesetengah benda kita simpan setelah kita usaha mencari sendiri, tapi tak perlulah nak terlalu kedekut sebab takut.
"Sekurang-kurangnya kongsi lah kail tu, ikan tu biar diorang pancing sendiri."
Dan bila kita berkongsi, kemungkinan besar diorang pon akan turut sama berkongsi, dah bertambah lagi ilmu. It's a win win situation. Kita perlu sama-sama majukan diri, beri semangat dan saingan positif.   Baru lah kita boleh makin maju, kalau tak statik je kat situ. 

Begini, macam bila kita makan. Kita makan-makan, bayangkan apa kita makan tu kita tak boleh buang. Tak ke sakit, tak ke penuh perut tu? Bila dah buang, wahh lega. Macam tu lah ilmu. Jangan duk simpan terperap je. Nanti jadi kulat, dan makan otak, otak pon lemau dan tepu. 

So whatever knowledge and skills you have. Please don't be afraid or reluctant to share. 

{ANNA}

20130912

Memadam memori.

Haunted by the ghost of my past.

There are moments when you just wish you could click on certain memories in your head, and send them to the trash can and delete. Because some of these memories are just too painful. Tapi.. memori inilah yang membentuk kita pada hari ni. Sama ada kita nak cuba jadikan kisah silam yang pahit tu jadi semangat untuk jadi lebih baik atau biarkan diri tenggelam dalam silam semua bergantung pada diri sendiri.

 I have this saying:

"Letting go is not easy, but it's easier when you let go."

But gosh, susah gila kot nak lepaskan, susahnya nak lupakan. Especially when it is something we cherish, we love, we held so dearly and close to the heart. I think the key is to, forgive those who have hurt you, and most importantly, FORGIVE YOURSELF; which has gotta be the hardest bit in the moving on process.

So macam mana nak move on? Macam mana nak happy balik? Salah satu cara, kena sibukkan diri. Always keep yourself busy with work, with activities, hanging out with friends, find a new hobby, get to know new people, go shopping, go to the gym, pergi makan-makan, jalan-jalan, banyak weh boleh buat. But, at the end of the day, you're back home, alone with your thoughts. Dah sedih balik.

Dan inilah dia, blessing in disguise. Inilah dia bila lampu suluh terang menyala, dan inilah dia ruang antara DIA dan kita. Di saat murung, di saat sedih, di saat sunyi, DIA datang. Kita menangis, kita berdoa agar hati dipulih kembali. Tika ini, Tuhan beri ujian agar kita lebih dekat denganNya. Jadi bersyukur dan ucapkanlah Alhamdulillah. Selama ni, kita lalai dan alpa, kita lupa, seronok dengan keindahan dan nikmat dunia yang hanyalah pinjaman. Hanya bila ditarik balik, baru kita tersedar kembali..

Bukan mudah. Memang susah. Tapi telah tertulis, dan dijanjikan..

"...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan” (At-Talaq : 7)

Jadi, bersabarlah, redha dan syukur. Setelah susah, akan datangnya kesenangan. Susah itu hanyalah sebagai peringatan, sebagai peringatan cinta yang kita ada DIA. Usahlah risau keterlaluan, usahlah sedih keterlaluan, usahlah menangis keterlaluan, jangan sampai kita kabur untuk melihat nikmat yang masih ada, yang masih melimpah, hanya kerana musibah yang menimpa kita di waktu itu. Have faith in HIS plans, and everything will be okay.

{ANNA}

20130903

Empat bulan kemudian.

Wow, that long huh? Lama gila tak ngapdet blog ni. Rindu teruk weh. It's just that so much have been going in my life, and still finding my balance. Banyak benda yang perlu terkejar dan diselesaikan.  Merangkak cuba mengejar untuk mencari diri kembali. 

Out of curiosity, do people still read blogs these days? Sekarang ni saya musim visual, jadi lebih aktif di Instagram. Twitter, tengok mood. Blogging, huihhh memang lama dah tak sentuh. I guess it's because I feel kinda guilty to post anything, sebab I've tons of other things yang wajib buat tapi tak terbuat, assignments, kerja, etc.. Jadi sebab itu antara sebab 'hiatus'. 

Serius respek pada mereka yang masih aktif, tegar dan berblogging dengan konsisten. I keep on talking about wanting to update my blog more consistently and frequently, tapi hampeh. I remember back then siap 2-3 post sehari, punyalah semangat dan menggila. I guess I am a 'musim' kinda person. Sekejap tu sekejap ni, tak leh nak fokus. Ish ish ish. But at one time bila dah menggila tu memang boleh tahap ketagih. It's like two extremes. And at times, I lebih suka diam, menjauhkan diri dari semua. That's usually during my moments of depression. 

Jadi akhirnya 4 bulan kemudian, here I am blogging again. Kita tunggu dan lihat sama ada musim budu dan belacan dah kembali belum.

Ciao. Assalamualaikum. 

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...