20130913

Kedekut Ilmu.


Kita perlu ingat, segala apa yang baik yang kita dapat itu semua dariNya. Semua pinjamanNya. Semua dengan izinNya. Semua orang dikurniakan rezeki 'ilmu', cuma yang bezanya, dalam bahagian yang berbeza, kapasiti yang berbeza. Kemudian datang pula ikhtiar diri sendiri untuk mengasah dan memantapkan dan menggunakan ilmu itu dengan sebaiknya, atau dibazirkan begitu saja.

Salah satu cara untuk kita mengembangkan dan memberi ruang untuk mendapat lagi ilmu, adalah dengan berkongsi. Tak perlulah nak kedekut ilmu tu. Tak perlulah nak takut orang tu nanti jadi lebih hebat, lebih berjaya dari kita. Dan perasaan takut untuk berkongsi ilmu ini kerana takut orang tu lebih dari kita, sebenarnya membuatkan ilmu yang kita ada tu sia-sia sahaja.

Percaya, dan yakinlah, lebih banyak yang dikongsi, lebih banyak yang akan kita dapat. Ilmu ni tak pernah cukup, ilmu ni tak pernah putus, jadi nak risau apanya? Takutkan saingan? That's really a foolish way to think. The only way for us to progress is to share and spread the knowledge or skills that we have.

From my own experience. Masa mula-mula syok dan menggila dalam dunia fotografi, dunia editing, I admit, I was a bit kedekut, risau orang tiru style, atau duk pikir penat-penat kita buat, senang-senang nak kongsi ilmu, set dalam otak "carilah sendiri!".

When I started sharing my knowledge, in photography, editing, etc.. Alhamdulillah.. semakin banyak inspirasi dan idea yang masuk. Tak putus-putus!! Buang mindset risau orang tu akan lagi hebat ke, orang tu senang-senang nak dapat info ke, orang tu akan buat duit lagi banyak ke, etc.. hapuskan. Kenapa nak risau? Dengan izinNya, lagi banyak kita beri, kita akan dapat kembali berlipat ganda. 

Of course, ada sesetengah orang ni jenis nak mudah, makan suap je.. memang lah agak annoying di situ. Tapi, mungkin kita harus buang segala negatif dan anggapan kita tu, biarkan, kita kongsi saja, tak perlu nak berahsia. Tak perlu kedekut.

Dalam dunia business, memang tabiat kedekut ni sangat lah kuat. Sebab apa? Sebab DUIT. Kita risau bisnes kita ada saingan dan mungkin kurang profit. Tak salah sesetengah benda kita simpan setelah kita usaha mencari sendiri, tapi tak perlulah nak terlalu kedekut sebab takut.
"Sekurang-kurangnya kongsi lah kail tu, ikan tu biar diorang pancing sendiri."
Dan bila kita berkongsi, kemungkinan besar diorang pon akan turut sama berkongsi, dah bertambah lagi ilmu. It's a win win situation. Kita perlu sama-sama majukan diri, beri semangat dan saingan positif.   Baru lah kita boleh makin maju, kalau tak statik je kat situ. 

Begini, macam bila kita makan. Kita makan-makan, bayangkan apa kita makan tu kita tak boleh buang. Tak ke sakit, tak ke penuh perut tu? Bila dah buang, wahh lega. Macam tu lah ilmu. Jangan duk simpan terperap je. Nanti jadi kulat, dan makan otak, otak pon lemau dan tepu. 

So whatever knowledge and skills you have. Please don't be afraid or reluctant to share. 

{ANNA}

blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...