20120730

Senyumlah ahai cek mek molek.


So how has your Ramadhan been so far? Harap-harap molek semuanya dan diberkati. Now, let's talk about SMILING. To be more specific, at the musolla/surau/masjid. I used to be one yang macam tak peduli orang sangat, memang mungkin sebab sombong, or simply sebab segan. But really, that's stupid. Sebab apa? Melepas macam tu je pahala yang boleh dapat bila kita lemparkan senyuman pada orang. 

Dekat surau, berapa banyak kali dah duk selisih ngan orang, tapi kita atau mereka tak pandang pon sesama lain, senyum huihh memang susah, nak bagi salam, huihhh kelu lidah. Why? Why you so like dat ah? Budaya kita ni masih kedekut senyuman dan salam dengan orang yang kita tidak kenal.

From today onwards, korang mulakan senyuman. Kalau orang tu tak pandang, ucapkanlah Assalamualaikum. Sama ada orang tu pandang ke, tak pandang ke, perasan atau tidak, balas atau tidak, takpa, yang penting kita yang mulakan dulu. Tak kisahlah orang tu lebih tua ka, muda ke, sebaya ke. Masa tengah godek-godek telekung tu, ada orang duk kat sebelah tu, time selisih nak keluar masuk pintu tu. Banyak sangat peluang untuk kita senyum dan salam. Jangan nak tunggu orang yang kita kenal saja. Sedangkan bila berdoa, kita disarankan, berdoa sekali untuk diampunkan dosa sekalian muslimin dan muslimat, ye dak? 

This is just a reminder for both you and me. Sebab saya dulu memang sangat miskin senyum dan salam. Semoga kita semua mampu mengubahnya. Dan alang-alang di bulan Ramadhan yang mulia ni, hah marilah kita usahakannya. And hopefully it'll become an automatic habit. A good habit that is. 

Assalamualaikum.. dan :) 

{ANNA}

20120727

SMS cinta dari Allah.

Salam Ramadhan. 

Stop thinking, or anticipating negative outcomes in life. No matter how high you see the chances are for something bad to happen, you must make yourself believe that the possibility of it turning good will be there. And it WILL. 

Sudah berapa kali kita mendengar ayat dan kita sendiri sering mengungkapkannya.. "Semua yang terjadi, dugaan ini, ada hikmahNya" Tapi apakah kita betul-betul percaya? Adakah kita mampu tidak membayangkan.. kalau yang buruk terjadi disebaliknya. Kita sering menyalahi diri sendiri, atau orang lain, menyesali, membenci.. tapi semua ni negatif, dan lama kelamaan akan memakan diri.

We should erase "Kalaulah aku buat macam ni, mesti tak jadi macam ni.." Itu semua yang dah lepas. Dah terjadi. Selagi masih ada nyawa di badan, kita masih ada kuasa untuk MENGUBAH itu semua. Ikhtiar, dan banyak-banyak berdoa dan beribadah, kerana ALLAH MAHA KUASA. Sepertimana, ajal maut di tangan Tuhan, tapi masakan ada doa untuk memanjangkan umur? 

We have to change our perspective, to bury it in our hearts to always be positive. Segala musibah, bencana perkara yang tidak elok berlaku, hanyalah kerana Allah menguji kita, dan sekadar memanggil kita kembali untuk mengingati kita. Allah rindu akan tangisan, doa, dan hati kita, Allah mahukan kita dekat pada-Nya. And if we are patient enough, kita ikhtiar, kita mendekatkan diri dengan-Nya, insya'Allah, sooner or later we will be rewarded. 

Dan sebenarnya, kesabaran itu pun sudah merupakan nikmat Allah. Kerana hati kita lapang.. dan kita tidak perlu menyusahkan diri untuk gusar dan gelisah dengan pancaroba kehidupan. Hidup tu terlalu singkat, mungkin, esok lusa, jasad kita akan dikembalikan ke tanah. Jadi kenapa kita harus mensia-siakan dan menghabiskan masa untuk risau dan sedih dan sesal? 

Dan yang penting. Sentiasa mengucapkan Alhamdulillah walaupun perkara yang kita rasa remeh. Ucapkan Alhamdulillah bila kita bangkit pagi, kerana masih diberi nyawa. Ucapkan Alhamdulillah ketika kita langkah dari katil ke bilik air, kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk berjalan. Ucapkan Alhamdulillah bila kita membuka pili air, kerana Allah masih memberi nikmat air kepada kita. Ucapkan Alhamdulillah bila kita melihat muka kita di cermin kerana masih boleh menggunakan mata untuk melihat muka kita.

Terlalu banyak yang nikmat yang Allah beri, yang kita sering anggap remeh. Takkan disebabkan sesuatu musibah yang berlaku, kita rasa hancur harapan, hancur dunia, seolah-olah hilang harapan pada Allah yang maha kuasa, walhal itu hanyalah menunjukkan yang Allah masih ingat dan sayangkan kita. 

Itulah SMS cinta dari Allah untuk kita. Jangan jadikan alasan habis kredit kita tidak menjawabnya.

{ANNA}

20120717

Video tutorial, mari melilit sampai terbelit!

Haaaa selama ni, memang duk ada yang request Anna but video tutorial. Tatapi, bagiku ia sangat mencabar..


Memang dah biasa sangat tercucuk jari bila duk selit pin. Tapi kalau tak selit, senang sangat terbukak atau terjatuh bila berjalan atau ditiupi angin. Anyway, bebaru ni Anna dan sekoplets yang lain ada buat hijab styling tuk Safiyya dan Sunsilk. 
Agak-agak kalau minat nak tengok video tutorial style atas ni, ha silalah undi di Sunsilk Malaysia | Clean & Fresh Facbook app. Ada beberapa style dari yang lain yang boleh diundi juga. 4 style yang mendapat undi terbanyak akan buat video tutorial. Huhu. Boleh menang hadiah semua nya punn. Dan, jika nak tengok lagi gambar-gambar masa tengah shoot ni, bolehlah singgah di  blog saya di blog fesyen countthethread. Terima kasih!

{ANNA}

20120716

Korek hidung tak batal puasa.

Ahhh puasa sudah makin hampir kawan-kawan. Hee, dah habis ganti dah? Jika belum cepatinnn, masih ada beberapa hari lagi. Anyway, masa dulu kecit-kecit, selalu duk ingat kalau korek hidung batal puasa. Sebenarnya tak pon. 

Yelah kalau ada kekotoran dalam hidung tu, mesti rasa tak selesa, dan tak bersih. Lagi-lagi kalau orang yang lebih rendah berdiri dan nampak dalam lubang hidung, atau kalau mendongak bila ketawa atau pandang ke atas, hah, canor kalau orang nampak. Tapi janganlah sampai ke dalam sangat, dan feeling over. Huhu.


Haa. Hari tu selepas Nuffnang Blogopolis 2012, saya sangat terinspirasi oleh Ernest Ng seorang comic blogger. Dia kata jangan jadikan alasan tak reti lukis, sebab sesapa je boleh buat. Contohnya macam The Bitter Stickgirl. Gila simple drawings dia, tapi sangat best dan siap ada buku lagi. Dan yang meme yang popular, Le Derp, LOL face, etc.. lukisan sikit punya buruk, but seriously kelakar yang amat. Yang penting content. Don't be afraid to try!

And lepas ni, saya pon nak cuba selitkan komik macam kat atas ni. Antara pelukis komik yang sangat sempoi yang saya sangat suka adalah Fadhli Hamdan dari contengconteng. Yang tu memang terbaik! Lukisan dahla lawa, isi kandungannya semua terbaik. Dan yang paling best sebab kita boleh relate dengan kisahnya. 

Having that said, malam esok 8pm Selasa 17/7/2012, ada launching di Balai Seni Visual Negara. Untuk exhibition fotografi Waktu dan Ketika which I am a part of, dan juga pameran 'Kartun Tulen Malaysia'. Marilah kasi meriah majlis. Dan Insya'Allah bolehlah kita bersua. 

{ANNA}

20120713

I'll be going LIVE on GUA Star Chat tonight!

 DJ Linora Low and DJ Anna Banana at Red FM yesterday!
Hey ya'alls. Did you get a chance to listen to my session yesterday around 1pm? Hehe. Had so much fun at the studio. Linora Low was ahmazing, she made me feel at ease. I'd really love to be a radio DJ one day! Why? Sebab gi pakai bedak sejuk kat muka ngan baju kaftan pon boleh. Kalau TV host kena comey sokmo. Lol. 

Anyhooo, tonight at 9pm you can catch me LIVE on web cam at GUA Star Chat. There you can ask me questions  related to photography or blogging, and I'll try my best answering them! Insya'Allah. Nervous woiiii. Tak tau baju apa nak pakai ni. Hmm. 

Okay korangs. See me tonight! Aha! 

{ANNA}

20120711

I'll be on Red FM!


Haaaah! Esok, Khamis 12 July 2012 jam 1PM saya akan ke udara di stesen radiyu Red FM. Hee hee hee. Bisa dengar online di http://www.red.fm/eradio.html atau melalui peti radio di frekuensi di: 104.9FM area Klang Valley & Somban, 98.9FM Melaka & Batu Pahat, 92.8FM Johor Bahru, 91.6FM Kuantan, 106.4FM Ipoh, 107.6FM Georgetown, 98.1FM Alor Staq, Kangaq & Taiping. Saya akan berbicara mengenai fotografi dan blogging sempena Nuffnang Blogopolis 2012

Sekian terima kasih. Nebes wehhhhh!

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...