Ya, saya memang sangat gagal bila tiba bab perlu konsisten. Tak kisahlah, apa benda pon, tulis blog pon, amik gambar ke, update twitter ke, menjaga muka ke, malah sampai beribadah pon tak berapa nak konsisten. So, how maa? Not good lah laiddat.
Saya sangat rindu berblogging seperti biasanya pun. Kebanyakkan benda kalau kita rehat lama sangat, nanti sangatlah susah nak rajin balik, nak dapat idea menulis tu. Kalau dulu, sampai 2-3 blog post nak buat dalam satu hari. Sekarang ni, err sebulan baru satu. Sangat kagum dengan mereka yang mampu kekalkan prestasi blogging mereka.
Ada kemungkinan juga angkara kawan-kawan karib saya, banyak menghabiskan masa dengan mereka, so takdalah nak duk menyangap kat rumah tak tau nak buat apa. Tapi, bila tengok blogger lain, diorang pon aktif gak dalah kehidupan sosial mereka. So, sebenarnya itu semua alasan je. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dan jalan itu adalah jalan menuju kejayaan. Dan kejayaan itulah menjamin kehidupan yang bahagia. Dan bahagia itulah yang diimpikan semua orang. Jadi.. di manakah hendak ku cari kemahuan? Ha, itulah yang menjadi persoalannya. Jika bisa dibeli, sudah kuborong kemahuan sampai dah banyak sangat dah tak tau nak letak mana leh bagi free kat orang.
Tapi Alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, rasanya Anna berjaya lah berubah sikit.. banyak dah kerja yang dah mampu siap dan bukan dibiar separuh jalan. Dan takdalah rasa loser sangat. Cuma kekadang tu bila tengok orang lain, aktif sana sini, buat itu ini, perasaan i-am-so-pathetic tu kembali, rasa down kejap, lepas tu up balik, rasa terinspirasi nak juga seperti mereka.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan supaya rasa diri tidaklah loser sangat adalah, bersukan ditemani suami. Punya semangat waja, siap beli kasut ngan seluar baru. Lepas tu, sudah mula mengambil job fotografi kembali. Semangatkan diri untuk ke kelas dan membuat assignment, walaupun ada yang terkebelakang sket. Lepastu pulak, tertengok berita si
Hanis Zalikha share, dapat Anugerah Naib Canselor tuu. Dahlah comey, kelakar, rajin update blog, belajar pon tanak ngalah. You go girl. Sangatlah menjadi idola.
Then, lagi sorang ni ha,
Maria Elena Zarul. Sorang lagi saya sangat kagum. Kelakar yang amat, sangat menghiburkan. Bijak, kerja engineer pulak tu. Idola kepada ramai orang termasuk saya. Masa Anna kenal time
event MAYSAA Yuna x Hana Tajima tu, dia tidaklah sepemes sekarang ni. Sempat berkolaborasi buat video untuk projek tidak menjadi kami We Say Well. What I like most about her is watching her journey into the spiritual path. And with so many fans, I'm pretty sure dia mampu menjadi a good role model to the people out there, especially the youngsters.
Dan yang best juga sekarang ni, dah makin ramai mula berhijab. Even artist. I've tweeted this, but I'll mention it here as well.. Mungkin ada yang kata benda tu 'trend', tapi trend yang bagus takpalah. Insya'Allah akan menjadi trend kerana Allah.
Okay, so tu jelah nak membebel sekarang. This is me trying to update my blog again, and hopefully this time consistently. And on another note, I'm quite consistent these days on Instagram since they made it available for Androiders. So silalah add jika belum. Yay! {ANNA}