20120427

Photoshoot & Videography for Closet Heart


Hari Ahad yang lepas, 22 April 2012, Anna ada photoshoot untuk koleksi terbaru Closet Heart. Benda ni sebenarnya jodoh. Masa Konvensyen Bidadari baru-baru ni, Anna beli tudung dari Closet Heart ni. Then, ada la lucky draw, tulislew nama. Dan Alhamdulillah rejeki saya salah satu pemenang cabutan bertuahnya. Kebetulan Closet Heart ni nak bukak butik baru, selama ni online je. Dan mereka memerlukan gambar untuk ditempek ke dinding diorang. So masa diorang tengok nama tu, ada yang rasa familiar, lepas tu dah tau sapa, dapatlah panggilan tuk tanya pasal shoot. Heeheehee. 

So inilah hasilnya. Kebetulan lagi, Anna dan rakan sekolej baru tubuhkan team untuk shoot video, namanya Luminous Studio. Dan Closet Heart ni pon tengah nak buat promo video, jadi Anna apa lagi, promote lah. Alhamdulillah, diorang setuju untuk ambik kitorang. Yayyy! 

So inilah hasil videonya: 



Kalau perlukan servis untuk shoot video boleh hubungi kitorang. FB page kami di http://www.facebook.com/LuminousStudio. Kalau ambik photography & video sekali pon bisak. Kabo je. Uhmm.. Ha, pada sesapa yang percuma pada 28 & 29 April 2012 (Sabtu & Ahad) jemput mai ke pembukaan butik baru Closet Heart. Bawah ni flyernya:


Kalau nak tengok lagi gambar Anna shoot, nantikan di facebook saya atau di sueannajoe.blogspot. As for Luminous Studio, Insya'Allah banyak lagi projek-projek video yang akan dibikin dan dikongsi untuk santapan semua. Pergh ayat sungguh harum. 

Okay that's all folks. See ya lataaa. Mwahs!

{ANNA}

20120403

Usahlah menangis di bilik air.

Nak kongsi sket informasi menarik yang dibaca dalam buku Terapi Ruqyah, Pendinding Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan dengan Al-Quran dan Hadis oleh Rohidzir Rais. Kita ni perempuan terutamanya, seringkali menangis time mandi kat bilik air. Feeling gitu. Sebenarnya tak elok. 

But why? Ada dua sebab. Pertama, kat bilik air adalah hangout feberet syaiton. Kalau dalam buku tu dia panggil 'Jin Tandas'. Biasanya, kita menangis bila kita dalam keadaan emosi yang sangat lemah, sedih sangat, marah sangat, kecewa sangat kan, ha masa ni lah yang paaaaling mudah untuk kita terhasut dengan bisikan mereka itu. 

Yelah, nak masuk tandas pon ada caranya, masuk kaki kiri dulu, keluar kaki kanan dulu. Tapi yang ni memang jarang sangat diamalkan, pakai taram je mana-mana kaki. Huhu. Dan semua sedia maklum doanya pon ada kan. 

So, kalau nak menangis tu, lagi elok kita duk nangis time tengah berdoa lepas solat tu. Nak berdoa pon lebih feel dan mungkin rasa lebih dekat pada Allah, sebab Dia mendengar rintihan kita, dan insya-Allah boleh menyembuhkan jiwa kita yang lara. 

Kedua, teringat salah satu entri Noe (Perempuan Jomblo) tentang air. Dan.. bebaru ni masa gi Konvensyen Bidadari, Anna gi satu booth ni, ada offer ambil gambar 'photo aura', then dia cerita lah pasal mandi air garam. Dia adalah garam special dia. Campur ngan air suam sebagai bilasan terakhir. Dia khabaqlah nak siram tu kita selawat lah, dan cakaplah apa-apa yang elok kita mahukan, sebab air ni ada kuasa untuk merakam. Ni Anna petik dari artikel Noe:
Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun. Ini aku rujuk kepada perangai buruk aku sendiri. Perkara ni aku baru tahu. Aku rasa fakta ni menarik. Wajar kongsi. (SUMBER)
Dan memang menarik dan masuk akal jugaklah. Yelah, air bacaan Yassin tu yang kita duk pakai minum time nak ekjem apalah. Hmm.. jadi, silalah bertatasusila bila berdekatan dengan air. Dia macam CCTV lah gitu. Kalaulah air dapat rakam kita lepas tu upload ke YouTube, tak ka naya. 

Okay, tu saja yang hendak dikongsi kali ni. Jadi lepas ni, takpayahlah kita duk nangis kat dalam bilik air lagidah okay? Okay. Sekian.

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...