20120328

My dear sisters, mari menutup aurat & beribadah.

Lagi sekali Anna nak kongsi. I love all of you my dearest sisters.. kita kan hendak sama-sama berkembara ke syurga bukan? Saya berkongsi apa yang telah di baca di facebook, mungkin ada yang dah baca dan pon telah share, tapi saya share juga, kot-kot ada yang belum baca. 

Dan Insya'Allah memberi keyakinan dan membuka hati dan memberi kekuatan dan melawan perasaan 'tidak bersedia' untuk menutup aurat dan lebih serius mengerjakan ibadah. Okay, mari pakat baca. Jangan disebabkan sehelai rambut yang tidak ditutup, meninggalkan solat, etc.. kita diseksa dengan azab yang menyakitkan.  

Hidup kita ni sekelip mata je boleh ditarik, sekejap lagi ke, esok, lusa, kita tak tahu. Selagi kita masih bernyawa ni, segerekanlah menunaikan tuntutan syariah kita. We can do this! {ANNA}

Bismillahirrahmanirrahim.. "Ya Allah, panjangkanlah umurku, panjangkanlah umur pembacaku sekalian.. tabahkanlah hati kami, semoga kami menjadi orang-orang yang beriman, semoga kami menjadi soleh dan solehah, kuatkan kami agar menahan godaan duniawi. Kami ingin menjadi penghuni syurgaMu" Amin.
________________________
Pramugari koma di tanah suci. MESTI BACA Untuk renungan bersama..

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. 

Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. 

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. 

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. 

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. 

Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?" “Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat." "Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. 

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan. "Habis yang puan pergi haji ini?" "Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi." "Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi. 

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini. " "Betul ke puan?" tanya saya, terkejut. "Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga. Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah. Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik.

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. 

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar. Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini.

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis. 

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh. "Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya. "Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat.

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa." "Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah...

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya. Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat. 

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Lonely Soldier Boy

 Cuba teka warna kegemaran saya?

 Coverage line takda, gayut lagu ni pon jadilah.

 Kejelitaan adalah hak milik setiap insan.

Sendirian bertemankan sinaran mentari,
teringat aku kampung halaman nun jauh di sana.
"Hai nama saya Rain, pendek untuk Amrain Khan. Saya seorang askar. Memang cita-cita saya sejak kecik nak jadi askar. Tujuan saya post gambar ni adalah untuk mencari seorang gadis sunti untuk dijadikan sebagai teman hidup saya. Bukan apa mak pak saya dah bising suruh kawin. Kepada gadis-gadis di luar sana janganlah malu-malu untuk berkenalan."
Ni sebenarnya mainan Luqman yang dibeli babanya. Ummi dia pulak duk buat syok. Posing punya posing, dah patah kaki sebelah. Sib baik toy murah. Nanti beli lagi. Konon nak buat macam series la. Saja upload sini, entri yang ringan sket. Dan percubaan untuk kembali rajin update blog. Oh dan semua gambar ini dipetik dan dieedit menggunakan Samsung Galaxy Note. Dah tak guna kamera dah la ni. Yay!

{ANNA

20120327

I'm hot, so don't touch me okay?

Alhamdulillah, banyak benda yang dipelajari sepanjang kehadiran saya di Konvensyen Bidadari Dunia 2012 anjuran iluvislam.com pada 24 & 25hb Mac baru-baru ini. Rasa sangat teruja menghadiri majlis ilmu macam ni. Terima kasih banyak-banyak pada Tiah sebab ajak.

Okay, berbalik pada tajuk entri ni.. sebenarnya ada pernah terpikir, dan juga pernah diusulkan dalam blog ni, tentang gaya hidup kita yang buat endah tak endah tentang sentuh-menyentuh antara yang bukan mahram. Segan, sebab cakap tak serupa bikin. Masih lagi membalas huluran tangan untuk bersalam dari rakan lelaki.

Salam ni kita rasa perkara kecil hanya sebab kita dah terlalu biasa dengan fenomena ni. Mentaliti "Alah.. salam je kot../ Kawan je.. / Nanti diorang terasa" Persoalannya, kita jaga imej kita, jaga hati kawan, tapi bukankah sepatutnya kita jaga hati Allah? Dan rasanya, takdanya kurang kualiti persahabatan tu kalau tak bersalaman. Macam takda cara lain nak bertegur sapa kan? Hey, hai, wassap, woi, angguk kepala dah memadai, atau lebih bagus lemparkan salam, "Assalamualaikum".. yang bermaksud "Selamat sejahtera ke atas kamu", tak ke lagi bagus tu, kita DOAKAN kesejahteraan kawan. Indahnya tatacara dan adab Islam. Itu lebih cool pada pendapat saya. 

Jadi di sini, Anna nak kongsi satu lagi kempen yang telah diinspiraskan dari salah seorang jemputan di sana. Mintak maaf sangat sebab tak ingat secara spesifik siapa yang sebut ni.. Rasanya Wardina (info thanks to Najiah Rashid). Sebelum ni memang ada terpikir benda yang sama tentang 'being too hot too handle' dan mengaitkannya dengan tuntutan syariah kita. Dah dengar benda ni dari seorang yang lebih berilmu, memang tergerak sangat nak make something out of it. Bendanya tak seberapa, dan harap-harap tidak menyinggung mana-mana pihak. Cuma dalam keadaan sosial hidup kita sekarang ni, banyak sangat benda yang kita abaikan. 

Dan, kenapa saya fokus pada perempuan saja. Sebab, saya perempuan, dan kita sebagai perempuan mempunyai 'kuasa' untuk mengelakkan perkara yang ditegah. Kita, sebagai perempuan punya maruah diri dan kecantikan yang DIPINJAM oleh Allah yang harus kita jaga. Ada satu perumpaan tentang menutup aurat. Lebih kurang begini:
- Kalau ada gula-gula yang terbuka bungkusannya jatuh ke lantai, adakah kita akan mengambil dan memakannya, atau adakah kita akan ambil gula-gula yang masih elok di dalam bungkusannya?
-Adakah kita akan makan makanan yang terbuka yang dihinggap lalat, atau adakah kita akan makan makanan yang  ditutupi tudung saji?
Masha'Allah betapa indahnya Islam memuliakan wanita. Kita ni je ha tak nampak begitu. Ideologi Barat membuatkan kita rasa ia terlalu mengongkong, itu tak bolehlah, ini tak bolehla. Walhal, ia ada hikmah yang sangatlah indah.

Nah, seperti kempen WIR sebelum ini, korang nak kongsi, kongsilah. Sebab malas, guna je muka yang sama dengan kempen sebelum ni. Huhu. Konon macam 'trademark' lah.  Tak perlu minta kebenaran. Nak print out sebarkan pon boleh. Sharing is caring.

Ha, dan, baru ni Anna ada tweet.. ada sesuatu yang sangat best terjadi masa Konvensyen Bidadari tu. Masa tu forum belah malam tentang fesyen, yang jadi panelis, Wardina, Catriona Ross, Datin Zaleha dan owner Pearl Haya. Adalah slideshow.. sekali dalam salah satu slide, terlihat satu imej yang ku kenal..

Haaaa kau. Tak ke berdebor jantung haku masa tengok ni. Sib baik tak bangun dan jerit OMG OMG OMG, that's mineeee.. So not the bidadari lah like that. Syukur Alhamdulillah dengan bantuan anda semua kempen ni dah tersebar luas. Dan yang kelakarnya lagi, salah sorang kakak yang ada sekali dengan kitorang tu cakap, sebelum dia nak datang konvensyen ni, dia duk pikir nak pakai tudung tutup dada ke tanak, lepas tu sebabkan dia terlihat kempen ni, terus dia ingat nak labuhkan. Alhamdulillah....  syukur dan seronok tidak terkata.  

Dan saya akhiri entri ni dengan satu lagi gambar, Anna ngan Tiah. Dia ni sahabat karib sejak dari UIA. Ingat lagi kali pertama kenal ngan dia, dia introduce diri masa tengah beratur. Lepas tu, jumpa lagi sekali masa tengah ambil Arabic placement test, boleh pulak tu lupa nama dia. Jadi Anna panggil dia, lepas tu cakap, ha ni ada rahsia sket, pastu bisik kat telinga dia "Eh nama awak sapa eh, lupalah..." Ehehe.

Nanti kalau ada lagi majlis ilmu macam ni, Anna kongsi, boleh korang join jugak. Best sangat-sangat. Rasa rugi selama ni tak pergi. Bolehla kita sama-sama berkembara menuju jalan ke syurga, Insya'Allah.

{ANNA}

20120326

Pemenang LIMA.LIMAPULUH #002

5 penyertaan yang mendapat likes terbanyak:

1. ApisHilton (26 LIKES)
BATIK TUJUH warna sesuai untuk orang LANGSING sedang dijual di laman FACEBOOK. Sila TERKAM sebelum habis
2. zozoraya  (16 LIKES)
TUJUH orang je nak TERKAM aku hari ni?" rungut Milah, yang kian perasan dan bangga dengan gambar profile FACEBOOK terbarunya berpakaian kebaya BATIK menunjukkan pinggangnya yang LANGSING. 
3. chuppy onk (15 LIKES)
Ah kau, akaun FACEBOOK sampai TUJUH, tujuan kau, bukan aku tak tahu. Mobile upload semua tak nak kalah, gambar semua nak yang LANGSING, macam ratu. Oh, sekarang jual kain BATIK lah, apa losyen pelangsing kau sudah tak laku? Pandai kau TERKAM peluang bedah, jangankan batik, kini, multi level marketing (mlm) pun jadi bisnes kau.
4. mohd syazwan (11 LIKES)
Bangun pagi TERKAM FACEBOOK, tengok2 ada TUJUH notifications. tengok2 semua pasal gambar2 home-made BATIK, produk LANGSING badan, alat2 senaman. Aku benci FACEBOOK!!! 
5. Joanna (10 LIKES)
TUJUH puteri bunian yang mak aih , superb LANGSING jadi duta BATIK tempatan . mereka memang hotsetap kat FACEBOOK dan suka sangat sangat TERKAM manusia hensem hensem .
Okay, jadi saya dah buat pilihan.. tapi sebenarnya suka kesemua penyertaan. Tapi nama pon peraduan jadi kena pilih sorang saja. Kali ni pemenangnya adalah *drumroll*:

|||||||||||||||
||||||||||||||
|||||||||||||
||||||||||||
|||||||||||
||||||||||
|||||||||
||||||||
|||||||
||||||
|||||
||||
|||
||
|
|
|
|
|
|
|

z  o  z  o  r  a  y  a 

Tahniah zozoraya. Err, saya tak tahu macam mana nak hubungi anda jadi sila e-mail me saya di sueannajoe@gmail.com dan sertakan nombor akaun bank anda supaya saya boleh masukkan RM50 yang dimenangi anda!

Terima kasih pada yang join. Yang tak menang jangan kuciwa, banyaaak lagi peluang untuk anda menangi. Nantikan peraduan yang ke #003, sebab hadiahnya akan bertambah. Wuhoo.

{ANNA}

20120324

Wa manyak soli whoa.

Wa tau wa sula lama talak update ini blog. Lagi-lagi keputusan contest limaplo. Wa manyak hal wa kena urus. Sekarang baru dah settle dan kembali tenang. Minggu depan diharapkan dapat blog kerap macam dolu-dolu. Ini hanya entri pendek untuk mengisi kekosongan. Dan, saya sudah masuk umur 30. Wooohoo. Bagaimanakah perasaan? Biasa je, takda pulak nak rasa macam waduh tuanya aku. Maybe sebab yelah saya kan masih budak kolej sekarang. Huahuahua. 

Sekarang ni tengah cuti, hari tu duk sibuk perihal belajar, siapkan assigment dan sebgainya. Sem ni boleh tahan stress jugak, ada satu masa tu memang betul-betul rasa nak putus asa. Tapi Alhamdulillah masih kuat dan mampu go on, disokong oleh parents, suami, sahabat dan lecturer yang memahami. Terima kasih.

Okay.. uh weekend ni Anna bertemankan sahabat baik Tiah akan menghadiri Konvensyen Bidadari Dunia 2012 di PICC berlangsung selama dua hari 24 & 25 Mac. Tengok tentatif macam best je. Nanti bolehla Anna kongsi sama ilmu yang dapat dari konvensyen ni. 

Alrite, till my next entry. Salam.

{ANNA}

20120302

Bila nak insaf?

Berkongsi apa yang telah dibaca melalui 'share' orang lain di Facebook. Masa sekolah dulu dah belajar semua ni, tapi 'insaf' sekejap je, lepas tu kembali lupa diri. Then terbaca balik, rasa macam erkk, takut weh. Dosa menimbun. Hmm.. dunia pun dah makin singkat.. adakah kita bersedia menghadapi hari pengadilan di Padang Mahsyar? Cukupkah bekalan dan amalan kita? Atau adakah dosa kita jauh lebih berat? Aku ni ha, solat pon masih tunggang langgang... walhal itulah amalan pertama yang dihisab nanti. 

Errmm. Okay, silalah baca. Semoga ia dapat memberi kita kesedaran dan sama-samalah kita berkejar untuk menjadi antara golongan yang beriman. Insya'Allah. {ANNA}
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Rujukan:Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.② Doa anak²nya yang soleh.③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...