20120802

Tak puasa di bulan puasa

Tak puasa time bulan puasa ni seriously tak best. Sebab, nak makan minum pon kena cover. Kalau duk rumah nasib baik lah jugak. Tapi kalau keluar gi jalan-jalan, shopping mall, huih itulah tamparan terhebat. Kalau yang puasa tu mungkin cam hoihhh sabar, sabar.. tapi yang tak puasa ni, dah hidu dan lihat makanan tu, rasa macam arghhhh, aku boleh makan, tapi aku tak boleh makan, arggghh ini satu penyiksaaan. So close yet so far. 

Tapi pernah sekali tu, masa tu masa masih tengah belajar di UIAM Gombak nun. Kan ada Burger King on the way nak masuk tu. Ada drive through pulak tu. Jadi, huihhh, happy aku melantak fries dalam keta, lepas satu satu sumbat. Kereta masa tu tak tinted, tapi fries to macam senang sket nak cover. Tengok kiri kanan, ambik beberapa batang, ngap. Mwahahaha. 

Teringat masa darjah berapa tah. Lupa yang hari tu puasa, so aktiviti di kala petang, turun ke dapur, bukak peti sejuk... terlihat sebutir Ferrero Rocher yang terletak indah di dalam bekas letak teloq. Lalu ku capai, dan membuka bungkusan emasnya, lalu mencampakkannya ke dalam rongga mulut, lalu ku tutup, dan menikmatinya. Tiba-tiba! Aku teringat aku puasa. Lalu kerana terkejut dengan tindakkanku itu aku TERtelan cokelat itu. Seraya berkata, ops, okay.. dah batal puasa, yay!

Hahaha. Keji. Tapi yang paling ai tak paham ialah orang yang jenis sanggup minum air masa tengah mandi? So takda klas uols, I siap Ferrero Rocher okay? Tak main lah air paip ni. Please. 

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...