20120716

Korek hidung tak batal puasa.

Ahhh puasa sudah makin hampir kawan-kawan. Hee, dah habis ganti dah? Jika belum cepatinnn, masih ada beberapa hari lagi. Anyway, masa dulu kecit-kecit, selalu duk ingat kalau korek hidung batal puasa. Sebenarnya tak pon. 

Yelah kalau ada kekotoran dalam hidung tu, mesti rasa tak selesa, dan tak bersih. Lagi-lagi kalau orang yang lebih rendah berdiri dan nampak dalam lubang hidung, atau kalau mendongak bila ketawa atau pandang ke atas, hah, canor kalau orang nampak. Tapi janganlah sampai ke dalam sangat, dan feeling over. Huhu.


Haa. Hari tu selepas Nuffnang Blogopolis 2012, saya sangat terinspirasi oleh Ernest Ng seorang comic blogger. Dia kata jangan jadikan alasan tak reti lukis, sebab sesapa je boleh buat. Contohnya macam The Bitter Stickgirl. Gila simple drawings dia, tapi sangat best dan siap ada buku lagi. Dan yang meme yang popular, Le Derp, LOL face, etc.. lukisan sikit punya buruk, but seriously kelakar yang amat. Yang penting content. Don't be afraid to try!

And lepas ni, saya pon nak cuba selitkan komik macam kat atas ni. Antara pelukis komik yang sangat sempoi yang saya sangat suka adalah Fadhli Hamdan dari contengconteng. Yang tu memang terbaik! Lukisan dahla lawa, isi kandungannya semua terbaik. Dan yang paling best sebab kita boleh relate dengan kisahnya. 

Having that said, malam esok 8pm Selasa 17/7/2012, ada launching di Balai Seni Visual Negara. Untuk exhibition fotografi Waktu dan Ketika which I am a part of, dan juga pameran 'Kartun Tulen Malaysia'. Marilah kasi meriah majlis. Dan Insya'Allah bolehlah kita bersua. 

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...