20120611

Aww does your butt hurt?


Sakit pungkok atau lebih dikenali dengan butthurt adalah satu metafora yang bermaksud (dalam bahasa lebih putis dan gemalai) hati terguris. Situasi ini seringkali berlaki di kalangan pengguna tegar laman sesawang di forum-forum, di blog, dan di media sosial. 

Elemen yang diperlukan untuk berlakunya butthurt ini adalah:

1. Si butt hurter (abaikan kesalahan grammar) - iaitu orang yang mengakibatkan butthurt.
2. Si butthurt - mangsa yang hatinya telah terguris
3. Perkataan atau ayat-ayat dari butt hurter yang cukup tajam dan berbisa yang mampu mengguris hati dan perasaan mangsa yang akhirnya menjadi butthurt

Pada kebiasaan, si butt hurter terdiri dari kalangan manusia tanpa nama, lebih dikenali dengan gelaran anonymous. Mereka gemar bermain disebalik tabir kekecutan, khuatir jika identiti mereka terbongkar dan nama baik mereka tercemar. Jadi mereka lebih selesa berada di dalam safe zone bayang-bayang. 

Apakah motip butt hurter?

1. Provokasi - untuk melihat sama ada si mangsa akan melatah, melawan balik
2. Bosan dan sekadar mengisi masa lapang
3. Trolling - untuk mendapatkan perhatian. Troll ini diketahui berupa sangat hodoh. Oleh yang demikian cara ini sajalah yang sesuai untuk mendapatkan perhatian. 

Kes istimewa:

Ada kalanya kejadian butthurt ini tidak disengajakan. Tukang komen hanya member pendapat yang dianggap jujur dan telus. Biasanya seorang yang sangat opiniated dan rasa harus bersuara. Kadang kala terlalu bersemangat hendak memberi ulasan, segala luahannya tidak ditapis tahap kesensitifannya.

Ada juga si butthurt, yang jenis terlalu sensitif atau salah paham. 

Penyelesaiannya?

Kebanyakkan antara kita akan rasa sangat gemar untuk membaca komen-komen yang berbaur butthurt. Menyaksikan perdebatan hebat antara si butt hurter dan si butthurt. Ada juga yang akan gigih mengambil screenshot lalu dikongsi di serata media sosial. Akhirnya ia menjadi sumber hiburan yang boleh membuatkan kita ketagih. 

Apa yang perlu kita lakukan? Adakah gejala ini harus dibenteras? Lek lek sudah. Tak perlu cepat melenting jika anda menjadi mangsa butt hurt. Pada butt hurters, teruskan usaha anda, kerana anda membuatkan pengalaman dunia internet ini lebih berpancaroba dan warna-warni. 

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...