20120427

Photoshoot & Videography for Closet Heart


Hari Ahad yang lepas, 22 April 2012, Anna ada photoshoot untuk koleksi terbaru Closet Heart. Benda ni sebenarnya jodoh. Masa Konvensyen Bidadari baru-baru ni, Anna beli tudung dari Closet Heart ni. Then, ada la lucky draw, tulislew nama. Dan Alhamdulillah rejeki saya salah satu pemenang cabutan bertuahnya. Kebetulan Closet Heart ni nak bukak butik baru, selama ni online je. Dan mereka memerlukan gambar untuk ditempek ke dinding diorang. So masa diorang tengok nama tu, ada yang rasa familiar, lepas tu dah tau sapa, dapatlah panggilan tuk tanya pasal shoot. Heeheehee. 

So inilah hasilnya. Kebetulan lagi, Anna dan rakan sekolej baru tubuhkan team untuk shoot video, namanya Luminous Studio. Dan Closet Heart ni pon tengah nak buat promo video, jadi Anna apa lagi, promote lah. Alhamdulillah, diorang setuju untuk ambik kitorang. Yayyy! 

So inilah hasil videonya: 



Kalau perlukan servis untuk shoot video boleh hubungi kitorang. FB page kami di http://www.facebook.com/LuminousStudio. Kalau ambik photography & video sekali pon bisak. Kabo je. Uhmm.. Ha, pada sesapa yang percuma pada 28 & 29 April 2012 (Sabtu & Ahad) jemput mai ke pembukaan butik baru Closet Heart. Bawah ni flyernya:


Kalau nak tengok lagi gambar Anna shoot, nantikan di facebook saya atau di sueannajoe.blogspot. As for Luminous Studio, Insya'Allah banyak lagi projek-projek video yang akan dibikin dan dikongsi untuk santapan semua. Pergh ayat sungguh harum. 

Okay that's all folks. See ya lataaa. Mwahs!

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...