20120213

Telekung Project


Browse-browse kat FB, ternampak sahabat Fathiiah share ni dekat wall postnya. Macam best je. Jadi nak kongsi.
Assalamualaikum, sebar-sebarkan, pasti di rumah kita ada telekung terpakai yg masih elok dan tidak digunakan. Jika sudi, berikanlah telekung itu kepada pihak TP utk kami manfaatkan kegunaannya daripada ianya tersimpan. Jika ada yg sudi bekalkan yg baru juga kami terima dengan hati yg gembira. Telekung yang diberikan akan kami 'tag'kan dgn logo project kami dan kami akan bergerak dari wakaf ke wakaf utk kami bantu telekung-telekung wakaf yg tidak terbela nasibnya. Caranya mudah saja, kami gantikan telekung wakaf yg uzur dgn telekung yg telah ditagkan dan kami bawa pulang telekung wakaf utk kami rawat dan cuci. Selepas telekung wakaf kembali bersih, kami akan letakkan semula telekung wakaf utk ia menyambung khidmatnya dan telekung project akan kami bawa pulang utk dirawat dan diletakkan diwakaf lain pula...... Sokonglah kami walaupun hanya dgn sepasang telekung daripada anda semua, ianya sgt bermakna buat kami di keluarga TELEKUNG PROJECT.....
Selain telekung, banyak lagi benda-benda lain yang boleh disedekahkan macam susu, gula dan minyak. Berminat, silalah ke page Facebook mereka di facebook.com/TheTelekungProject

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails