Dengan sukacitanya diumumkan peraduan LIMA.LIMA PULUH #002!!!
Peraduan apakah ini?Anda akan diberi 5 perkataan. Menggunakan kesemua perkataan yang diberi, anda harus menghasilkan sebuah cerita pendek. Untuk peraduan kedua ini, perkataan yang perlu digunakan dalam cerita anda ialah:1. BATIK2. TUJUH3. LANGSING4. TERKAM5. FACEBOOKSyarat penyertaan?- Kongsi hasil nukilan anda sebagai komen di dalam entri ini- Boleh diposkan juga di dalam blog anda jika ada
- Kelima-lima perkataan yang diberi wajib digunakan- Tidak perlu mengikut susunan perkataan yang diberi- Perkataan yang diberi harus menggunakan HURUF BESAR agar mudah dilihat- Sebarang imbuhan tidak boleh ditambah pada perkataan yang diberi- Setiap perkataan boleh diulangi jika perlu- Nukilan tidak perlu formal, bahasa pasar boleh digunakan- Jangan hasilkan novel, pendek sudah. Lagi pendek lagi bagus- Hanya satu penyertaan diterima
Cara pemenang dipilih?- Saya akan memilih pemenang antara 5 nukilan yang menerima paling banyak like- Undian bermula sebaik sahaja nukilan dihantar. Oleh itu peluang lebih baik untuk penyertaan yang awal- Walaubagaimanapun, 3 hari akan diberi selepas tarikh tutup penyertaan untuk membuka ruang bagi mendapatkan like- Keputusan pemenang akan dimaklumkan melalui entri khas beberapa hari selepas undian ditutup
Tarikh tutup penyertaan 26 Februari 2012. Sebarang pertanyaan mengenai peraduan LIMA.LIMA PULUH sila hantarkan ke email saya di sueannajoe@gmail.com.
Hah, mari kita lihat siapa boleh menggoreng cerita yang paling menarik dan kreatif dengan menggunakan 5 bahan yang diberikan. RM50 menanti anda. Tetereteteteteteng!
* KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PERADUAN LIMA.LIMA PULUH YANG PERTAMA
{ANNA}





