20120127

Dan pemenang LIMA.LIMAPULUH adalah...

Assalamulaikum pembaca blog ini sekalian. Patik mohon ampun, beribu ribu ampun kepada kalian semua kerana terlalu lama sudah tertangguh keputusan peraduan LIMA.LIMAPULUH. Yelah dari tahun lepas kot. Waduh waduh. Semester ni agak tunggang-langgang. Banyak sangat benda nak buat, tapi tak terbuat termasuklah mengemaskinikan blog. Anna ni dahla cerewet bila nak buat post, tu yang tertangguh sampai ke la ni. Jadi, akhirnya setelah berkulat dan basi, saya nak mengumumkan keputusan.

Sebelum itu saya kongsi lima entri yang mendapat LIKES terbanyak.

1. farha hamzah (61 LIKES)
MENUNGGANG hati yang lara ibarat GUNTING dalam lipatan, sungguh pedih dan memilukan. andai kata, kau di ada di depn mata tatkali ni, sudah lama KAKI ini di mukamu beserta PINGGAN mangkuk melayang dari dapur. namun aku tetap bersabar kerna POKOK pangkalnya, kau masih suamiku!

2. aizurazu (39 LIKES)
hmm. kelakar gile tengok korang MENUNGGANG terbalikkan ayat dan perkataan kat sini. cerita merepek pon takpe, janji boleh buat KAKI blog semua ketawa. aku bukan blogger, tapi seronok hari2 tadah PINGGAN jadi blogwalker. Blog anna ni memang la makanan harian aku. Kalau tak dapat baca blog rasanya hidup macam POKOK tak berbunga, rimbun tanpa seri nampak tak bermaya. Selamat buat cerpen semua, jangan GUNTING dan tampal ye ;) 

3. sitiamandarostam (37 LIKES)
Amanda,21. Dijumpai terperosok jauh ke hujung KAKI katilnya. Serpihan PINGGAN yang telah pecah, lebihan pizza semalam berserakan di bawah katilnya. Luka di tangan Amanda sekali pandang seakan ukiran sebatang POKOK. Sebelah tangannya tergenggam erat sebilah GUNTING kertas. Detektif Norman,28, cuba mengenal pasti raut wajah seorang lelaki yang sedang MENUNGGANG Amanda. Sama seperti gambar polaroid yang dijumpainya di atas katil, di dalam bilik Amanda.

4. nazmoe (16 LIKES)
I seorang mermaid. Bandar Atlantis ni memang cun. Tapi I jeles
jugak tengok dunia kat darat sebab:

1) Manusia semua rambut cantik. How to GUNTING rambut kat sini? Tak der Hairkunst, Crimpers, Monsoon ID, mamak barber pun takder!

2) Korang boleh MENUNGGANG kuda. We cannot. Kat dunia air ni
hanya ada kuda laut. I try duduk atas dorang. Terus penyek. Bila I dengar lagu Too Phat “Kuda ku lari gagah berani”, I stress. Kat sini hanya boleh nyanyi “Kuda lautku berenang alahai comelnya”.

3) I try berlakon cerita Hindustan hari tu. Kuch Kuch Mermaid
Hai!  Tak best langsung. Macam mana nak menari dan menyanyi kat keliling POKOK? Where got pokok wan dalam air. Mak down
a bit.

4) Kitarang semua KAKI bangku sebab tak tahu main bola. Eh
sebenarnya kami tak tahu main bola bukan sebab kaki bangku, kami tak main bola sebab tak berkaki je sebenarnya. Kami hanya pandai main bola sua.. oh nevermind.

Well, walaupun begitu, at least kami tak perlu basuh PINGGAN lepas makan. :D

5. Samposmen (16 LIKES)
Ah San: hey macha! lain kali la GUNTING itu bil. ini PINGGAN kasi clear dulu ma.

Maple: manyak sory bos! amma appa you punya KAKI berdarah apa pasai?

Ah San: ini macam. wa tali MENUNGGANG itu moto. cilak*k. shakali itu POKOK tiba-tiba goyang.

Maple: ayoyo sebab goyang pon boleh darah ini macam kah?

Ah San: wa tatau. you pigi tanya itu lagu ma. itu halama. tanya sama pokok...apa sebab goyang...bla...bla...blaaa...

Maple: ?!@$%
Wah adik-adik sungguh kreatif nukilan masing-masing ya? Ai laik. Dan yang lelain tu pon sangat best okay. Memang tergelak cek duk baca. Jadi... seperti yang dimaklumkan saya akan memilih pemenang antara 5 nukilan yang mendapat LIKE terbanyak. Dan pemenangnya adalah *drumroll*:


|||||||||||||||
||||||||||||||
|||||||||||||
||||||||||||
|||||||||||
||||||||||
|||||||||
||||||||
|||||||
||||||
|||||
||||
|||
||
|
|
|
|
|
|
|


f a r h a   h a m z a h 

Dari awal pun entri yang ni memang alaik beri de mush. Dan ternyata ini disokong dengan jumlah like terbanyak. Kenapa saya suka? Ringkas, kelakar, dan jalan cerita menarik, olahan yang bagus. Cukup garam dan gula. Dari awal sampai akhir konsisten dengan jalan cerita. Congratulations bebeh!

Pada mereka yang sudi menyertai contest ni, terima kasih banyak-banyak! Dan lagi sekali mohon maaf sebab lambat sangat-sangat post keputusan. Lama korang tunggu sampai dah bosan gamaknya. Tak lupa juga pada tukang like! Hmm. Rancangannya nak buat peraduan ni setiap bulan, tapi tergendala rencanaku. Nanti ya, tunggu bila Anna tidak tunggang-langgang menjalani kehidupan, I will run another contest, and hopefully announce the results on time. Heee.

PERHATIAN: Kepada Farha Hamzah, please e-mail me at sueannajoe@gmail.com with your bank account number so I can bank in your RM50 that you just won!!

{ANNA}
Related Posts with Thumbnails