20111129

LIMA.LIMA PULUH: Mahu menang RM50?


Tetereteteteteteng! Anda mahu menang lima puluh hengget? Ya, ini peluang anda! Dengan sukacitanya dimaklumkan peraduan untuk anda sekalian, LIMA.LIMA PULUH!!
Apokobondo eh jang?

Anda akan diberi 5 perkataan. Menggunakan kesemua perkataan yang diberi, anda harus menghasilkan sebuah cerita pendek. Untuk peraduan pertama ini, perkataan yang perlu digunakan dalam cerita anda ialah:

1. MENUNGGANG
2. GUNTING
3. PINGGAN
4. POKOK
5. KAKI

Syarat penyertaan?

- Kongsi hasil nukilan anda sebagai komen di dalam entri ini
- Boleh diposkan juga di dalam blog anda jika ada
- Kelima-lima perkataan yang diberi wajib digunakan
- Tidak perlu mengikut susunan perkataan yang diberi
- Perkataan yang diberi harus menggunakan HURUF BESAR agar mudah dilihat
- Sebarang imbuhan tidak boleh ditambah pada perkataan yang diberi
- Setiap perkataan boleh diulangi jika perlu
- Nukilan tidak perlu formal, bahasa pasar boleh digunakan
- Jangan hasilkan novel, pendek sudah. Lagi pendek lagi bagus
- Hanya satu penyertaan diterima

Cara pemenang dipilih?

- Saya akan memilih pemenang antara 5 nukilan yang menerima paling banyak like 
- Undian bermula sebaik sahaja nukilan dihantar. Oleh itu peluang lebih baik untuk penyertaan yang awal
- Walaubagaimanapun, 3 hari akan diberi selepas tarikh tutup penyertaan untuk membuka ruang bagi mendapatkan like
- Keputusan pemenang akan dimaklumkan melalui entri khas beberapa hari selepas undian ditutup
Tarikh tutup penyertaan 13 Disember 2011. Sebarang pertanyaan mengenai peraduan LIMA.LIMA PULUH sila hantarkan ke email saya di sueannajoe@gmail.com

Hah, mari kita lihat siapa boleh menggoreng cerita yang paling menarik dan kreatif dengan menggunakan 5 bahan yang diberikan. RM50 menanti anda. Tetereteteteteteng!

{ANNA}

20111122

Tektok: Samsung Galaxy Note tu apa?

Tektok tu apa? Tech talk. Ahak! Kelakar tak kelakar tak kelakar tak? Tak. Okay, so moving on. Di dalam dunia yang pesat membangun dari segi teknologi, kita sebagai manusia mengejar-ngejar untuk memastikan kita tidak ketinggalan. Media sosial seolah menjadi kewajipan yang tidak dapat kita hindari. Wah, macam buat karangan espiem je kan? Kelakar tak kelakar tak kelakar tak? Tak. Okay so moving on.

Anna sejak start class sem ni, sudah agak busy sudah. Tapi setiap hari, Anna akan cuba cari kesempatan tuk baca newspaper. Salah satu sebab ailaik reading the papers is because, suka tengok latest promotion of stuff, especially gadgets. Then sekali ternampaklah satu page besaq, berlatarbelakangkan warna biru, dari Celcom, Samsung Galaxy Note. Wah, apakah? I have the Samsung Galaxy Tab, my brother uses the Samsung Galaxy S, and it is awesome I tells ya. I used to have doubts with Android, sekali dah cuba pasti nak lagi.

Sem pertama Anna, ambik subjek Mass Media & Society. And there I learned the term 'media convergence', so if I were to define it it would be something like media convergence is the Samsung Galaxy Note. Like seriouzly. I say that because it combines the function of the laptop + MP3 player + camera + phone + gaming + notepad + sketchpad + e.t.c. = EVERYTHING! 

And the screen size is 5.3 inches with a resolution of 800 x 1280 pixels yo. It's huge for that extra satisfaction. No need to be squinting your eyes to view the screen, especially when browsing the internet. Yet, not overly huge, that you still have room for privacy in public places. I'm pretty sure that Goldilocks would love this, because the size is just right! Tak pun macam lagu sapa tu, "yang sedang-sedang aja.. yang penting dia setia".

It's great for working, business peeps and students as well. Can write notes, organize your schedule and activities, like, okay "next week got meeting - remember to get MC". Ahaha eh don't la laiddat. You should instead write, "next week got meeting - I'm so excited!". Hahaha. And for the students, something like "Assignment dah buat ke belum? Caner nak 4 flat canni?". Yeah, that's the way ahuh.

And talking about flat. Look at this:

Super sleek and slim just like me.
It's great for artists, for those who love to doodle. Sketching, drawing memang best. Kalau tak hebat lukih pon takpe. You can use it to play win lose and draw with your mates. The uglier your drawing, the more challenging it is. Hehe.
 
You no longer need to use paper and pen or pencil or marker. Ink doesn't run out using the S Pen Stylus. Save the trees. No need to go through the hassle of scanning to post it online. Save your sketch and you can immediately share em on facebook, twitter or wherever your heart desires. What more can you ask for?

I can go on and on and on and on how awesome the Samsung Galaxy Note is. It's really out of this world, get it, get it? 'Galaxy' - 'out of this world'? Haaa yeah I'm cool like that. So now that I've enticed you, how much lah weh?

You can get it as low as RM 1,368 with Celcom Exec! They have a 12 month and 18 month contract.  
Definitely value for money. Specially with all the great features. Worth your moolah. And Celcom undoubtedly has the widest network coverage and stability, something I definitely look forward to especially when I'm using the internet or simply to make a phone call.

For more details. Head on over to: http://www.celcom.com.my/smartphones

{ANNA}

FAILURE has slapped me in the face

So, Anna baru je lepas jumpa lecturer Critical Reading Skills, subject yang dapat incomplete tu. Oh sekarang wa baru tau awat dapat status 'Incomplete', sebab policy college bila tak datang final ekjem, result takleh dikira lagi, sebab mungkin ada valid reason tak datang ekjem, sakit ke etc.. so nanti dah bukak skoloh, boleh sit tuk replacement paper pada satu hari yang ditetapkan. Dan baru tau ekjem tu last Saturday. Dan lepas tu result barulah dikira masuk. 

So uhh, obviously memang FAIL lah paper tu. Huahauhauahua. Pointer turun sudah, kira-kira rasanya dapat dalam 2.6, tapi CGPA, still above 3.0. Rasanyalah kalau tak silap kiraannya. Kalau benar Alhamdulillah, kalau tak, pon takpa.. because it's not the end. Saya akan usahakan kembali nak naikkan pointer. Dan hopefully dapatlah grad dengan CGPA above 3.5. Tapi, I don't want to stress myself out to achieve that.. I will just do the best I can. Dan buang tabiat lama, seperti melengah-lengahkan kerja.

And to clarify things, korang yang duk tak puas hati pasal aku duk citer IPTS ni longgar, duk kata aku membusukkan nama IPTS or IPTA, I was talking bout my own irresponsible attitude and issues, and only revealing the TRUTH about how I've experienced studying both in an IPTA and IPTS, please go suck an egg. Even if IPTS ni tak sestrict IPTA it does not make a graduate from IPTS any less than one from a well recognized IPTA. You may say I don't have the right to talk about IPTS or IPTA, yelah dahla I ni slacker, grad pon belum, dah tua bangka, etc, tak kerja lagi, tak dapat gaji starting lebih RM3k macam somebody tu.. I'm just stating how the different environment is in an IPTA or an IPTS. Memang ada bezanya. Sama macam kerja gomen, kerja private, ada bezanya kan, ada yang best ada yang tak best.

Tapi tak kisahlah, belajar mana pon, even setakat SPM, banyak cara untuk berjaya dalam hidup, banyak cara kita menimba ilmu. Higher institution ni cuma ada kelebihan, formaliti untuk kerja. Nak cari rezeki tu pelbagai cara boleh, tapi dengan adanya sijil jadi macam batu loncatan, mudah sket lah. Again it depends on what you plan to do in your life. Yang penting, usaha, jangan malas. Kalau malas jadiklah macam haku ni, dah tua baru nak sedar diri kan. But it's never too late selagi nyawa masih ada. I made a mistake, uh let me correct that, mistakes with an 's', lots of it, and now I regret it, and I want to fix things and make it right. 

Forgive me if my entries about my studies are annoying or seem demeaning, I takda niat langsung nak memburukkan or membusukkan mana-mana institusi pengajian, to me tempat pengajian tempat yang sangatlah 'suci', tempat kita mencari ilmu.. cuma kita diri kita sendiri ni ha yang tak pandai nak hargai.. But now I do, I respect this place, and from now on will try my best to make the best out of it. Ibarat kekasih hati yang harus dibelai dan dicintai. Ilebiu KLIUC. Mwahs mwahs. 

Sekali semester ni dapat 4 flat. Pergh. 

p/s: Jangan lupa untuk vote blog saya sueannajoe.blogspot.com sebagai Best Photography Blog untuk Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. Boleh undi di >SINI< setiap 2 jam sekali. So rajin-rajinlah klik. Exercise sket jari-jemaritu. Terima kasih vanyak-vanyak.

{ANNA}

20111118

Saya finalist untuk Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011

Tapi bukan untuk blog ni lah. Untuk blog foto sueannajoe.blogspot.com. Masa dapat panggilan di hari Ahad yang lepas, very the terkejut one, yelah, like biar betik kan. Ahh sungguh enak betik ini dong. Alhamdulillah. Rejeki. Kena calon pon dah tercukup terharu. Pulak tu sebagai salah satu dari 5 fnalist. Pulak tu, yang mewakili Malaysia untuk kategori ini. 

Jadi, dengan rendah dirinya, dan juga rasa macam malu tak malu, saya menjemput anda sekalian untuk mengundi blog fotok saya. Hik hik hieeekkkkk. Okay, serious malu tapi mahu.  Dan errr, kalau terlebih rajin tu, untuk memastikan keberjayaan undian itu, boleh vote banyak-banyak kali. 2 jam sekali depa bagi. Ingat dah vote tu, scroll ke bawah dan kena tekan CAST YOUR VOTES pehtu login kat facebook. Sebab kan, aku ni ha, punyalah semangat select sana sini ingatke dah masuk kotak undi. Sekali rupanya aku tick lepas tu lipat masuk poket. Terbangang kejap. So now I know, and I tell you in case you don't know oso. 

So yeah, marilah undi. Come on, kita martabatkan dunia fotografi dan blogging di mata dunia Asia-Pacific. Yang lagi empat tu dari Australia, Hong Kong dan Philippines rasanya. So blog foto Anna tu satu-satunya mewakili Malaysia dalam acara memetik gambar dan letak dekat blog.

Oleh yang demikian, jika anda sudi, silalah lontarkan undian anda di http://awards.nuffnang.com/2011/votes/?vote=photography Dan bolehlah ulangi sebanyak kali yang mungkin. Pasang alarm setiap dua jam. Alah kalau duk boleh klik klik kat FarmVille lah Restaurant City lah, CityVille Sims Social lah, apalah sangatlah klik-klik yang nilah kan lah. Haha. Jangan lupa tuk vote rakan-rakan saya,  Hanis Zalikha as the Most Influential Blog dan Joyce of Kinky Blue Fairy untuk Best Lifestyle Blog. Mari kita bolot itu award, go Malaysia go go.

Terima kasih banyak-banyak bagi mereka yang sudi vote. Tanpa korang siapalah saya (ayat klise tapi jujur). So sekarang ni tengah pikir apa nak pakai masa award ceremony tu. Hmmmm. Yelah, time-time macam ni lah boleh pakai bajet #retis kan. 

Dan dengan ini, semangat saya semakin berkobar tuk rajin update blog foto Anna tu. Sebab yang tu memang tak sekerap yang ni. Sian dia dianak tirikan. Sobs sobs. *lap hingus* okay bai.

{ANNA}

20111112

Anasir hitam.

Apologies if my previous entry about IPTS/IPTA tak tepat. I'm not saying that IPTS ni tak strict langsung, but comparatively based on my own experience, dari UIA ke LKW ke KLIUC, I can see the difference, how things are done. Dan juga dari pengalaman ayah yang mengajar dia serata IPTA dan IPTS, pon kata IPTS ni rules dia tak sebegitu ketat berbanding dengan IPTA.

But, come to think of it. Rasanya bukan bergantung pada tempat belajar, tetapi budi bicara lecturer itu sendiri. And this is why, sangat sangat penting, bila ada masalah dengan studies, assignment, tak paham ke apa, terus jumpa lecturer. I think this is why I was 'saved' last semester for my Critical Reading Skills, despite not attending the finals and submitting assignments. Sebab, Anna jumpa, confront terus dengan lecturer to, and told him the problems I've been facing.

I've mentioned this before in my other entries. Masalah yang Anna hadapi ni, agak serius. Masa Anna form 5 di MRSM Muar, I was extremely stressed, and I nak sangat sengaja jatuh sakit so I can go home and take a break. What did I do? I did something very stupid which ended my up in the hospital for about a week.


Okay moving on. Then, in UIA, main campus. Satu sem tu rasa terlalu stressed, dah nak final exams ni, dah ni.. I just couldn't handle it, jumpa counselor, doctor, dan dapat letter of excuse, dan sem tu tak dikira. I got the excuse atas sebab Insomnia. 

Then when UIA didn't work out. Di Lim Kok Wing. Same problem. Stressed, couldn't do a thing. Jumpa psychologist, was diagnosed with something called Psychomotor Retardation. Dan dapat juga break dari semester tu. I took a very long break, and that's when I decided to open up the studio. 

But then, that didn't work out too. Duit keluar banyak, tapi tak dapat untung. My fault, sebab I couldn't do work on time, similar problem dengan studies. Dengan kerja clients yang tertangguh. Dan masih ada yang tertangguh. I was supposed to work with Ho Yuhang to do his Rain Dog promotional material, also patut buat poster movie yang tak jadi buat tu Dukun. And the latest dengan Kabir Bhatia, di mana I terus give up buat poster Nur Kasih walhal 80% dah complete.

In the end, I decided to close down the studio, and try my best to complete my studies. Sekarang ni, I cuba bayangkan all that problems I've been having, is just in my mind, and I can fight it. I must fight it, I must be strong. Because this is my life, and for my family, for my son. 

And not long ago, I found out a very very very surprising news. Something if any one else of you found out bila dah besar panjang ni, akan rasa sangat terkejut, and only thought it happens in the movies. And it happened to me. But it's very personal, so this one I shall keep it discreet. 

So I am trying to be strong, tapi terlalu mudah jatuh, like last semester. But I didn't want history to repeat itself, jadi I terus confront lecturer, told them all my problems. And that is why I despite not submitting assignments and not attending the final for that one paper, the lecturer dengan budi bicaranya understands what I've been going through, and is giving me a chance. Dan sebab tu dapat status 'INCOMPLETE' instead of 'F'. Tinggal nak jumpa dia ni to ask what needs to be done to complete the course and get a grade.

Haih, I dah serik. I don't want my 'problems' to become an excuse to get free tickets. I really want to fight this and get through this, and the only way is to get rid of my problems is to act, to believe and to actually be strong. Perlu lebih mendekatkan diri pada Tuhan. Dan bukan melayan hasutan anasir hitam dalam diri.

{ANNA}

20111111

The Journey Begins!

PERHATIAN DAH BACA ENTRI NI, SILA BACA ENTRI SUSULAN 'ANASIR HITAM'.

So akhirnya dah register dah subjek tuk sem ni. Sem 3 ni adalah sem yang panjang, ambik 7 subjek, iaitu:

Paling excited French lah opkos. Haha. Tapi melihat subjek ni nampak macam banyak gila je assignments yang perlu submit. So dari awal kena buat, no more tangguh-tangguh. Weh serik weh. Sib baik IPTS lecturer tak strict, kalau kat UIA dulu, buatlah macam sem lepas, gerenti kena repeat satu sem! Haha. 

Since I'm on the topic of IPTA/IPTS. Check out this comment I got in my previous entry:

So apa pendapat korang? Adakah my entri tu memburukkan reputatasi lecturer dan kolej? Ntahla, I personally don't think so. Memang dah diketahui yang IPTS agak longgar dengan rules dia. And having been to an IPTA previously, kat UIA, serious memang berbeza caranya. Kat IPTA, buatlah main-main macam tu, gerenti akan tiong. Teringat dulu, terlewat masuk kelas Bahasa Arab, Ustaz tu kunci pintu tak bagi masuk. Huhh, stress wo. Assignment lambat dari due date, sorry naik lorry lah. Tak datang 3 kali ke kelas, woosh sampai surat ke rumah untuk tatapan parents. Kat IPTS, uhh.. cakap je buat macam tu, tapi tengok rilek je.

Bagi Anna, mana saja kita belajar, doesn't really make a huge difference, apa yang membezakan adalah pembawakan diri, dan mind set kita. The knowledge that we receive, and how we plan on making use of it. 

Sering Anna dengar bila bertanya "Eh u study mana dulu", I kat kolej ____ JE. Je? Kenapa 'je'? So, mungkinlah kolej korang belajar tu tak sevavavoom tempat lain, tapi takkan korang langsung tak dapat ilmu sepanjang korang jadi student sana? Bagi Anna, those yang rasa 'ah aku tak belajar apa pon', are those yang tak tahu nak nilai dan absorb apa yang lecturer bagi. Yes, mungkin ada lecturer yang tak berapa hebat dari segi penyampaian, tapi syllabus kan ada? So, buatlah research sendiri. Make the effort to seek the knowledge. Banyak sangat sumber yang tersedia, lagi-lagi dengan jaman internet ni. Janganla takat pandai cari torrent je tuk download.

In my opinion la kan, kelonggaran IPTS memberi peluang pada pelajar yang tak dapat masuk IPTA, sama ada sebab memang nak masuk sana, atau result tak cukup ummpphhh, or simply because tak ada rezeki, dapatlah peluang untuk belajar dan graduate dan dapatkan kerja. Cuba kalau takda IPTS.. Nak campak ke mana? Mungkin menjadi penanam anggur yang berjaya.

Dari pengalaman nakalku, memang mudah untuk leka dan abuse kelonggaran di kolej prebet. Masa kat Lim Kok Wing dulu lagilah, dengan bayaran yuran yang sangatlah tidak murah, rules pon sangatlah longgar. Rilek tak masuk kelas, hantar esemen lambat dari due date pon boleh pass. It's our own choice to be a responsible student. 

But if you play play it will have it's consequences. Yang belajar memain nilah yang akan terkial-kial dan struggle masa kerja nanti. Grad pon lambat. Tengok jelah Anna. Haih. Sedar atau tidak, apa yang kita belajar tu ada gunanya. Kalau duk kata "alah mana belajar apa pon kat sana..". That's your ego talking. Memanglah, orang kata time kerja tulah masa kita betul-betul belajar. But takkanlah satu habuk pon tak dapat masa belajar dulu. Itu maksudnya kita sendiri yang tak pandai nak hargai apa yang diajar. Kalau takat niat belajar nak dapatkan segulung kertas, memanglah tak belajar apa, cuba niat kita untuk dapatkan ilmu. Insya'Allah we will gain something. 

So this is really a reminder for myself, thanks to lala for motivating me to not take things for granted. Walaupun cara IPTS ni lebih 'mudah', tak bermaksud Anna pon perlu ambil mudah. And despite the flexibility of studying in private colleges, isn't necessarily a bad thing. Teringat cerita 3 Idiots, yang mana sorang student tu bunuh diri sebab Dean dia terlalu strict, and in fact such cases have happened in real life.

Masa Anna dulu kat IPTA terlewat 5 minit je dah rasa malas nak masuk kelas, sebab sama ada lecturer tak bagi masuk, atau kalau masuk kena marah, terus tak semangat nak masuk, rugi dah kat situ. Kat kolej ni pulak, terlewat pon takpa, lecturer okay, jadi nak ke kelas pon walaupun terlewat tapi masih semangat nak belajar. Tapi tak perlulah jadi alasan nak lewat ke kelas kan. Hehe. So you see, IPTA or IPTS, both has its pros and cons. Pepandai kitalah nak handle macam mana. 

As for me, I'm very grateful and happy to be at KLIUC. Baru habis 2 sem and I've already learnt a lot. Not only study wise, but I've discovered myself as well. And especially thank you to the lecturers for being so understanding and lenient. Membuatkan saya rasa lagi bersemangat nak belajar dengan lebih rajin. Hiyah!

Sudah tidak sabar untuk mulakan sem yang baru. Au revoir!

{ANNA}

20111108

Hampir putus asa.

Okay, result sem lepas dah dapat. Sebelum tu, mari saya tunjukkan progres pembelajaran saya mengikut subjek.
BASIC ENTREPRENEURSHIP

Yang ni boleh tahan, sebab semua assignment adalah group work. Jadi dapatlah submit semua assignment, walaupun yang last tu lewat gila, sib baik lecturer baik hati terima lagi. Subjek ni buat lawatan ke Cameron Highlands pulop tu. Ailaik.


These are my best buddies from KLIUC. Marina yang tepi, Nasya and me opkos. Sangat bersyukur dapat kawan macam ni, memang masyuk gila-gila. Despite perbezaan umur ketiga-tiga. Saya yang paling muda *batuk*. Gambar masa pi lawatan ke Cameron Highlands. Nanti KALAU rajin, saya post gambar lain masa kat sana. Okay subjek berikutnya.
PROFESSIONAL PRACTICES & ETHICAL ISSUES IN ADVERTISING

Secara pendeknya kami panggil Advertising Ethics. Subjek ni SATU sahaja assignment yang sempat submit. Lagi lima, tak. Ntahla, walhal takdalah susah mana, tapi perangai/penyakit lama kembali, jadi blur dan sangat-sangat blank tak tau nak buat apa walaupun tengok contoh yang member buat. This is the same problem I have been having, bila tang assignment je jadi macam ni.

RADIO ADVERTISING

Yang ni group assignment je hantar, group skali ngan depa ni Marina & Nasya. Kena buat satu sample radio advert. Assignment individual satu pon tak hantar. Apa masalah? Same problem, Blur Bin Blank.

PENGAJIAN ISLAM

Ni Alhamdulillah okay, presentation buat, assignment hantar, itupun dengan bantuan si suami. Kalau Pitt tak tolong, rasanya tak terhantar jugak. Thank you sayang. Tapi, satu kuiz Anna tak pi buat. So hilang 10 markah kat situ untuk carry marks.

CRITICAL READING SKILLS


Okay yang ni memang critical. Satu assignment pon tak submit, dan hanya buat satu kuiz, dan, final exam tak pergi pon. Dalam hati memang subjek ni dah give up dan rancang untuk repeat. Memang keputusan yang tak patut, tapi in my situation, rasa tertekan yang amat sangat, rasa memang cannot go. Walhal Anna dah jumpa pon lecturer ni bagitau problem, dapatlah extension, tapi last-last tak dapat buat jugak. Memang otak tak berjalan langsung. Stress yang amat.   

Ada tulis tentang subjek ni dalam entri "Forced to read" dan "Tak Cukup Asah"

HUMAN COMMUNICATION

One of my favorite subjects. Unfortunately, my mind wasn't quite there this sem. Jadi carry mark pon tak seberapa, mostly because satu assignment tak submit, dan tak score untuk kuiz. Study pon tak berapa nak masuk. Tapi yang bestnya, boleh pulak dapat highest tuk individual presentation. Haha, group presentation ngan Marina & Nasya pon dapat highest. Tang presentation memang ailaik. Bila buat assignment tu yang serius terple'ot. 

So, semua subjek kecuali Critical Reading Skills Anna attend final exams. Ikutkan hati memang nak totally give up dan quit. Duk rumah jadi fulltime mommy. Memang satu option yang nak sangat di ambil, siap set kat otak lagi. Tapi dengan sokongan family, rakan di sekeliling, tabahkan hati dan buat jugak ekjem. Hari terakhir exam, member tanya, lega tak? Terus-terang Anna cakap "Tak, I'm not happy at all". Haha. Sebab rasa macam akan GAGAL. Akan dapat pointer yang sangat teruk. Yelah, imagine lah dengan banyak assignments tak hantar semua. Carry marks definitely less than half, otak duk pikir FAIL FAIL FAIL. 

Then.. dah cuti hampir dua minggu, dapat tau results:
Terkejut beruk okay? Yang Critical Reading Skills tu I for INCOMPLETE. So sekarang ni tak dimasukkan dalam GPA lagi, maksudnya masih ada can untuk submit assignment atau ambik exam. Ya Allah, baiknya lecturer tu. Sobs. So esok akan pi jumpa dia dan settle macam mana. 

Serius tak sangka dapat result macam ni. A atau B tiada dalam otak. Rasa dapat C je semua atau pun F terus. Alhamdulillah tak. Jadi segan rasanya dengan Tuhan kerana bukannya akrab dengan-Nya. Solat terkontang-kanting. Haih... 

Dah serik. Aku betul-betul nak berubah kali ni. No more last minute work. Dan tiada istilah malas atau, hangat-hangat tahi ayam. Ada je masalah, jangan tangguh, dan terus jumpa lecturer. Hubungan dengan Tuhan harus dibaiki. 

Congrats to Nasya and Marina, for both scoring above 3.7!! Gila best! As for me, sayang.. sebab perangai busuk sendiri, pointer jatuh dari 3.8. Rugi, rugi.. Ingat bolehlah maintain. Nak sangat grad first class honors. Huh angan-angan. Sempat lagi kot nak kejar. Paling komen second class upper ke. Perghhh.

Apa-apa pon perangai mesti diubah. Dari benda-benda basic seperti, bilik kena kemas, tidur kena awal, bangun pon awal, kurangkan masa berinternet, rajin beribadah, makan makanan berkhasiat, rajin bersenam dan jangan malas mandi.

Conclusion is, even when you feel that there is no hope, no matter how weak you feel, never ever give up. Jadilah seperti katak di bawah ni. Dah nak mati ditelan bangau, dia masih menggunakan segala kudrat yang ada lalu mencekik bangau itu. {ANNA}


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...