20110722

Did Chelsea score a goal?

Thanks to Naza World for giving me free tickets to watch the Chelsea x Malaysia match at Stadium Bukit Jalil. I was planning to post an update later, but since that the controversial goal Drogba scored is being hotly debated right now, couldn't help myself but to post this. I personally thought that he didn't score, as I did see the goalie catch the ball, but apparently it was caught slightly beyond the line. It's hard to say though from my angle. I however did manage to snap a shot from far when the goalie was catching the ball. The quality isn't superb though. The above photo is the whole view, and the bottom is a cropped close up.

Click the photo for a larger view. Circled the ball because it's not completely visible. So, what do you think? Goal or no goal?

p/s: Will write up a proper entry later with photos and maybe some videos as well! :)

{ANNA}

20110721

Check from Nuffnang! + tengok Chelsea!

Alhamdulillah, finally received my Nuffnang Check. Take note that, ni bukan earning sebulan, tetapi beberapa bulan, dan banyak pon hasil dari metered campaigns. Haih kalau aku yang tak seberapa nak rajin update blog ni leh dapat macam tu, yang rajin tu tak tau lah berapa dapat sebulan, tambah-tambah ngan advertorial lagi. Deng. Tu yang sesetengah leh jadi fulltime blogger. Apa-apa pon syukur. And I also have to thank you readers for contributing to the moolah!

Okay, so I promised a contest in my previous entry right? The activity I wanted to do with the winners was to play a couple of games of laser tag. Konon nak buat kelainan la dari duk asyik belanja makan, tengok wayang, so macam syok je main tembak-tembak, kasik keluar peluh sket. Jadi ingat nak buat time hujung minggu, tup tap tengok full pulak weekends Anna. Oih, teruih dok sempak nak wak. Yelah puasa coming oredy waaat. Hard la to run run around, if thirsty how leh? So nampak gayanya harus ditunda niatku itu.

Mungkin buat aktiviti berbuka puasa sesama. Terawikh sesama pon best gak, tapi kat mana eh tempat sesuai?? Rasa agak terkilanlah sebab tak dapat nak buat contest tu lagi, yelah, nak belanja pembaca-pembacaku yang terchenta, sebab korang lah dapat earning tu kan. Tanpa uols, siapalah ai. So tengoklah macam mana plan. Ada juga rancangan nak bergabung dengan blogger lain. Hmmm. Angkat-angkat kening.

Okay, sapa pi tengok Chelsea x Malaysia dekat Stadium Bukit Jalil? Saya! Saya! Sambil angkat kaki bangkuku. Bangkuku? Hahaha. Okay. Anna ni not really a huge bola sepak fan, tapi dapat tiket courtesy of Naza World, terus jadi fan! Esok nak tiup vuvuzela kuat-kuat sambil jerit "BUSUK TAPI SEDAAAAAAAAAAAP!!". Hmm yelah tu, tak pasal-pasal crowd kat situ jerit "bukak, bukak, bukak" (siapa yang tengok video die hard Manchester United fan di match Liverpool akan paham). Tapi kalau paham pun, takdalah nak gelak kot, sebab tak kelakar pon.

Jadi hari Selasa lepas, dapat jugak pass pi training session depa. Saya pon buat syok la pakai biru macam kat dalam gambar kat bawah ni:

Weh siap gi beli baju ngan tudung tu kat Giant. Kelakar okay. Ingat nak angkat jersey terus, tapi yang ada tak ori, kualiti tak best langsung. So tak jadi, beli je baju ikut warna biru depa. Kui kui, untuk match depa dalam masa beberapa jam lagi ni pon ada baju gak. Huahauahua. Okaylah tu, dapat gak baju baru dua helai. Murah je pon, beli kat Giant je pon. Brand apa je pon. Nanti boleh la pakai pi klas juga pon.

So, aniwai, I should be asleep now. Esok sib baik klas habis awal. Kalau tak kena ponteng. Ish. Camna nak jadi pelajar cemerlang kalau macam tu kan. Dahla kelas Pengajian Islam MPW brapa tah. Kesian Ustaz, dahla Ustaz yang dari Terengganu tu baik orangnya.

Okay dah dah, makin merepek. Sorry, entri pon like kelam kabut. Macam nilah jadinya bila lama sket tak tulis. My next entry will most probably be about the game. Will try to snap lotsa pictures. Of the players mungkin susah sket nak dapat secara close up, sebab takda telephotogedabak lens. Mungkin akan lebih banyak gambar gelagat penonton. Heehee. Eksaited ni. Ada sesapa kat sini yang akan ke stadium nanti? Mana tau leh tereserempak. Kalau ter tu, tegurlah yeeeee? Jangan malu-malu! Tapi macam tak kot, mesti like ramai gila kan. Dahla ai ni kecik je orangnya. Tenggelam. Kena ada vuvuzela ni, kalau ada yang himpit, tiup kuat-kuat kat telinga dia. Tepi woii tepi "BUSUK TAPI SEDAAAAAAAAAAAAP!!!"

{ANNA}

20110706

Lepas degree buat PhD + braces + contest

Lepas degree buat PhD

Hari tu duk borak ngan one of my coursemates, senior satu sem pasal studies. Dia ni memang rajin la, and top scorer gak dalam class, sempat satu klas ngan dia tuk subjek Theories of Communication. So borakla, tanya tips etc, then aku tanyala, paling kurang dapat berapa result? Dia kata A-!! Haaaaah terkejut den. Serius nak itu macam juga.

Sem ni tak tau lah, ambik 6 subjek, 18 credit hours, Basic Entrepeneurship, Professional Practices & Ethical Issue In Advertising, Human Communication, Pengajian Islam, Critical Reading Skills & Radio Advertising. Huhh tak taula leh score tak sem ni. Really would love to maintain my GPA. Katanya sekarang ni kalau boleh maintain above 3.7 tak silap boleh terus buat PhD. Wahhh best itu sudah. Nak sangat-sangat.

So minggu ni dah start class. First class lecturer tak mai, second class, aku lambat, ahaha, 3rd class, ramai gila student, aircond tak jalan, panas gila. Katanya tuk subjek tu, which is Basic Entrepreneurship akan pi trip ke Cameron Highlands, tengok agricultural nya small biz kat sana, menarik tu. Nak ngap stobeghi. Tapi benda pertama terdetik di kepala bila dia kata trip tu 2 days and 1 night, adalah Luqman, waaa tanak tinggal dia. Nak bawak boleh tak? Huhuhu.

Really looking forward to this subject, sebab belajar basic pasal business, cara buat business plan dan sebagainya. Yang mana nanti dah habis studies ni kalau Anna nak bukak business balik, studio ke, Anna taulah cara yang betul nak buat dan bukan main taram je. Huhu, tengoklah maacam mana, kalau duk rumah jadi housewife dan fulltime mommy pon lagi best, dan sekali sekala ambik job shoot atau jual karipap frozen. Heh.

Braces

Haaa, niat nak pakai braces. Dah pernah dah story sebelum ni, tapi tak jadi. Padehal dah buat mould, dah xray, dah pasang getah apa semua. Tapi boleh plak kena food poisoning yang kronik sampai masuk spital, terus kensel. So ni nak teruskan niat tersebut sebelum masuk umur tiga kosong. Tapi buat lepas Raya nanti. Nanti elok-elok dah habis studies leh bukak, yay. Dan senyum pon takyah tutup mulut dah. Sini sapa ada experience atau sedang pakai braces?

Contest

Earning Nuffnang dah dapat. So dalam minggu ni Anna akan buat contest. So tunggukanlah update. Anna siap pi jumpa orang marketing tempat Anna nak wat 'hadiah' contest tu, dapatlah harga yang best sket. Heeee. Harap-harap jadilah.

Okay tu jelah. Sebenarnya nak post contest tu hari ni tapi teroccupied plak, tak dan nak karang ayat. Hopefully dalam hari ni atau esok latest. Sebab kemungkinan besar nak buat event tuk pemenang contest tu next next weekend. Sebab nak cepat before puasa. Insya'Allah.

{ANNA}

20110704

Kentucky Fried Tapak Kasut


Dapat video ni melalui tag di facebook, terima kasih pada Hafizuddin Hilmy atau nama glamernya Wonderpitt. So, I've heard stories before. It happens all the time. At a lot of fast food joints, Pizza Hut lah, orang duk pi ludah, McDonald's, daging burger jatuh atas lantai lepas tu angkat taruk je hidang kat orang, etc etc. Tapi ni secara live ditunjuk. Haih mintaklah dijauhkan dari terkena macam ni, kalau dah terkena erkk wa tak tau nak cakap apa, cuma orang yang buat tu, tak rasa serba salah ke?

Of course this does not happen everywhere and everytime, but it does happen because morons like this exist, budak-budak yang kurangjo. If these food outlets haven't yet, they really should have CCTVs in the kitchen to monitor their workers. Siapa buat taik, kena buang kerja dan patut disaman. Biar ada rekod jenayah, esok nak kerja pon susah, duk pedajal sangat kat orang.

Anyway, alang-alang cakap pasal makanan ni, uhh, Ikea apa cerita? Dah okay dah kan? Cause ada duk baca tweet orang duk pi makan sana macam biasa. So I assume line sudah clear. Terasa rindu pula pada Ikea Meatballs. Ahahaha.

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...