
Bagi sesiapa yang pernah membunuh semut atau apa-apa serangga yang berkaki enam mesti akan terasa geli selepas menghabiskan nyawa serangga yang menganggu hidup anda itu.
Itulah yang terjadi pada aku beberapa malam yang lepas masa aku cuba membunuh seekor lipas menggunakan sebuah remote control dengan melenyekkannya.
Dengan tidak semena-mena aku terus terasa seolah-olah ada lipas yang sedang merayap di kakiku lalu naik ke belakang leher aku. Lalu aku tertanya, adakah yang merayap itu sebenarnya roh pada lipas yang baru aku bunuh tadi? Jeng.. jeng.. weng..
Alang-alang aku bercerita pasal lipas, meh aku kongsi gambar sket.
Kamu tahu apa itew? Itew bukannya dua ekor lipas, tetapi seekor yang telah didua ekorkan kerana aksi rempitnya. Lipas ini telah terbang terlalu laju dan tidak dapat mengawal koordinasinya lalu terbang ke arah kipas siling berjenama Panasonic. Dengan tragisnya badannya terbelah dua akibat terkena bilahan kipas yang berputar pada kelajuan bernombor 3. Kalau kipas itu pada kelajuan nombor 5, sudah pasti badannya akan hancur sama sekali.
Tetapi, walaupun badannya terbelah begini, kedua-dua bahagian itu masih bergerak-gerak. Dengan keputusan yang berat aku menamatkan sahaja nyawanya. Kerana jika lipas ini masih hidup pun, ia akan menjalani kehidupan yang rumit kerana tiada wilca untuk lipas.
Untuk makluman, lipas ini telah selamat dikebumikan di dalam gumpalan tisu yang kemudian dipindahkan ke dalam tempat pembuangan sampah.
{ANNA}
Itulah yang terjadi pada aku beberapa malam yang lepas masa aku cuba membunuh seekor lipas menggunakan sebuah remote control dengan melenyekkannya.
Dengan tidak semena-mena aku terus terasa seolah-olah ada lipas yang sedang merayap di kakiku lalu naik ke belakang leher aku. Lalu aku tertanya, adakah yang merayap itu sebenarnya roh pada lipas yang baru aku bunuh tadi? Jeng.. jeng.. weng..
Alang-alang aku bercerita pasal lipas, meh aku kongsi gambar sket.
Kamu tahu apa itew? Itew bukannya dua ekor lipas, tetapi seekor yang telah didua ekorkan kerana aksi rempitnya. Lipas ini telah terbang terlalu laju dan tidak dapat mengawal koordinasinya lalu terbang ke arah kipas siling berjenama Panasonic. Dengan tragisnya badannya terbelah dua akibat terkena bilahan kipas yang berputar pada kelajuan bernombor 3. Kalau kipas itu pada kelajuan nombor 5, sudah pasti badannya akan hancur sama sekali.Tetapi, walaupun badannya terbelah begini, kedua-dua bahagian itu masih bergerak-gerak. Dengan keputusan yang berat aku menamatkan sahaja nyawanya. Kerana jika lipas ini masih hidup pun, ia akan menjalani kehidupan yang rumit kerana tiada wilca untuk lipas.
Untuk makluman, lipas ini telah selamat dikebumikan di dalam gumpalan tisu yang kemudian dipindahkan ke dalam tempat pembuangan sampah.
{ANNA}



