20111111

The Journey Begins!

PERHATIAN DAH BACA ENTRI NI, SILA BACA ENTRI SUSULAN 'ANASIR HITAM'.

So akhirnya dah register dah subjek tuk sem ni. Sem 3 ni adalah sem yang panjang, ambik 7 subjek, iaitu:

Paling excited French lah opkos. Haha. Tapi melihat subjek ni nampak macam banyak gila je assignments yang perlu submit. So dari awal kena buat, no more tangguh-tangguh. Weh serik weh. Sib baik IPTS lecturer tak strict, kalau kat UIA dulu, buatlah macam sem lepas, gerenti kena repeat satu sem! Haha. 

Since I'm on the topic of IPTA/IPTS. Check out this comment I got in my previous entry:

So apa pendapat korang? Adakah my entri tu memburukkan reputatasi lecturer dan kolej? Ntahla, I personally don't think so. Memang dah diketahui yang IPTS agak longgar dengan rules dia. And having been to an IPTA previously, kat UIA, serious memang berbeza caranya. Kat IPTA, buatlah main-main macam tu, gerenti akan tiong. Teringat dulu, terlewat masuk kelas Bahasa Arab, Ustaz tu kunci pintu tak bagi masuk. Huhh, stress wo. Assignment lambat dari due date, sorry naik lorry lah. Tak datang 3 kali ke kelas, woosh sampai surat ke rumah untuk tatapan parents. Kat IPTS, uhh.. cakap je buat macam tu, tapi tengok rilek je.

Bagi Anna, mana saja kita belajar, doesn't really make a huge difference, apa yang membezakan adalah pembawakan diri, dan mind set kita. The knowledge that we receive, and how we plan on making use of it. 

Sering Anna dengar bila bertanya "Eh u study mana dulu", I kat kolej ____ JE. Je? Kenapa 'je'? So, mungkinlah kolej korang belajar tu tak sevavavoom tempat lain, tapi takkan korang langsung tak dapat ilmu sepanjang korang jadi student sana? Bagi Anna, those yang rasa 'ah aku tak belajar apa pon', are those yang tak tahu nak nilai dan absorb apa yang lecturer bagi. Yes, mungkin ada lecturer yang tak berapa hebat dari segi penyampaian, tapi syllabus kan ada? So, buatlah research sendiri. Make the effort to seek the knowledge. Banyak sangat sumber yang tersedia, lagi-lagi dengan jaman internet ni. Janganla takat pandai cari torrent je tuk download.

In my opinion la kan, kelonggaran IPTS memberi peluang pada pelajar yang tak dapat masuk IPTA, sama ada sebab memang nak masuk sana, atau result tak cukup ummpphhh, or simply because tak ada rezeki, dapatlah peluang untuk belajar dan graduate dan dapatkan kerja. Cuba kalau takda IPTS.. Nak campak ke mana? Mungkin menjadi penanam anggur yang berjaya.

Dari pengalaman nakalku, memang mudah untuk leka dan abuse kelonggaran di kolej prebet. Masa kat Lim Kok Wing dulu lagilah, dengan bayaran yuran yang sangatlah tidak murah, rules pon sangatlah longgar. Rilek tak masuk kelas, hantar esemen lambat dari due date pon boleh pass. It's our own choice to be a responsible student. 

But if you play play it will have it's consequences. Yang belajar memain nilah yang akan terkial-kial dan struggle masa kerja nanti. Grad pon lambat. Tengok jelah Anna. Haih. Sedar atau tidak, apa yang kita belajar tu ada gunanya. Kalau duk kata "alah mana belajar apa pon kat sana..". That's your ego talking. Memanglah, orang kata time kerja tulah masa kita betul-betul belajar. But takkanlah satu habuk pon tak dapat masa belajar dulu. Itu maksudnya kita sendiri yang tak pandai nak hargai apa yang diajar. Kalau takat niat belajar nak dapatkan segulung kertas, memanglah tak belajar apa, cuba niat kita untuk dapatkan ilmu. Insya'Allah we will gain something. 

So this is really a reminder for myself, thanks to lala for motivating me to not take things for granted. Walaupun cara IPTS ni lebih 'mudah', tak bermaksud Anna pon perlu ambil mudah. And despite the flexibility of studying in private colleges, isn't necessarily a bad thing. Teringat cerita 3 Idiots, yang mana sorang student tu bunuh diri sebab Dean dia terlalu strict, and in fact such cases have happened in real life.

Masa Anna dulu kat IPTA terlewat 5 minit je dah rasa malas nak masuk kelas, sebab sama ada lecturer tak bagi masuk, atau kalau masuk kena marah, terus tak semangat nak masuk, rugi dah kat situ. Kat kolej ni pulak, terlewat pon takpa, lecturer okay, jadi nak ke kelas pon walaupun terlewat tapi masih semangat nak belajar. Tapi tak perlulah jadi alasan nak lewat ke kelas kan. Hehe. So you see, IPTA or IPTS, both has its pros and cons. Pepandai kitalah nak handle macam mana. 

As for me, I'm very grateful and happy to be at KLIUC. Baru habis 2 sem and I've already learnt a lot. Not only study wise, but I've discovered myself as well. And especially thank you to the lecturers for being so understanding and lenient. Membuatkan saya rasa lagi bersemangat nak belajar dengan lebih rajin. Hiyah!

Sudah tidak sabar untuk mulakan sem yang baru. Au revoir!

{ANNA}

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails