Okay, result sem lepas dah dapat. Sebelum tu, mari saya tunjukkan progres pembelajaran saya mengikut subjek.
BASIC ENTREPRENEURSHIPYang ni boleh tahan, sebab semua assignment adalah group work. Jadi dapatlah submit semua assignment, walaupun yang last tu lewat gila, sib baik lecturer baik hati terima lagi. Subjek ni buat lawatan ke Cameron Highlands pulop tu. Ailaik.
These are my best buddies from KLIUC. Marina yang tepi, Nasya and me opkos. Sangat bersyukur dapat kawan macam ni, memang masyuk gila-gila. Despite perbezaan umur ketiga-tiga. Saya yang paling muda *batuk*. Gambar masa pi lawatan ke Cameron Highlands. Nanti KALAU rajin, saya post gambar lain masa kat sana. Okay subjek berikutnya.
PROFESSIONAL PRACTICES & ETHICAL ISSUES IN ADVERTISINGSecara pendeknya kami panggil Advertising Ethics. Subjek ni SATU sahaja assignment yang sempat submit. Lagi lima, tak. Ntahla, walhal takdalah susah mana, tapi perangai/penyakit lama kembali, jadi blur dan sangat-sangat blank tak tau nak buat apa walaupun tengok contoh yang member buat. This is the same problem I have been having, bila tang assignment je jadi macam ni.RADIO ADVERTISINGYang ni group assignment je hantar, group skali ngan depa ni Marina & Nasya. Kena buat satu sample radio advert. Assignment individual satu pon tak hantar. Apa masalah? Same problem, Blur Bin Blank.PENGAJIAN ISLAMNi Alhamdulillah okay, presentation buat, assignment hantar, itupun dengan bantuan si suami. Kalau Pitt tak tolong, rasanya tak terhantar jugak. Thank you sayang. Tapi, satu kuiz Anna tak pi buat. So hilang 10 markah kat situ untuk carry marks.CRITICAL READING SKILLS
Okay yang ni memang critical. Satu assignment pon tak submit, dan hanya buat satu kuiz, dan, final exam tak pergi pon. Dalam hati memang subjek ni dah give up dan rancang untuk repeat. Memang keputusan yang tak patut, tapi in my situation, rasa tertekan yang amat sangat, rasa memang cannot go. Walhal Anna dah jumpa pon lecturer ni bagitau problem, dapatlah extension, tapi last-last tak dapat buat jugak. Memang otak tak berjalan langsung. Stress yang amat.Ada tulis tentang subjek ni dalam entri "Forced to read" dan "Tak Cukup Asah"HUMAN COMMUNICATIONOne of my favorite subjects. Unfortunately, my mind wasn't quite there this sem. Jadi carry mark pon tak seberapa, mostly because satu assignment tak submit, dan tak score untuk kuiz. Study pon tak berapa nak masuk. Tapi yang bestnya, boleh pulak dapat highest tuk individual presentation. Haha, group presentation ngan Marina & Nasya pon dapat highest. Tang presentation memang ailaik. Bila buat assignment tu yang serius terple'ot.
So, semua subjek kecuali Critical Reading Skills Anna attend final exams. Ikutkan hati memang nak totally give up dan quit. Duk rumah jadi fulltime mommy. Memang satu option yang nak sangat di ambil, siap set kat otak lagi. Tapi dengan sokongan family, rakan di sekeliling, tabahkan hati dan buat jugak ekjem. Hari terakhir exam, member tanya, lega tak? Terus-terang Anna cakap "Tak, I'm not happy at all". Haha. Sebab rasa macam akan GAGAL. Akan dapat pointer yang sangat teruk. Yelah, imagine lah dengan banyak assignments tak hantar semua. Carry marks definitely less than half, otak duk pikir FAIL FAIL FAIL.
Then.. dah cuti hampir dua minggu, dapat tau results:
Terkejut beruk okay? Yang Critical Reading Skills tu I for INCOMPLETE. So sekarang ni tak dimasukkan dalam GPA lagi, maksudnya masih ada can untuk submit assignment atau ambik exam. Ya Allah, baiknya lecturer tu. Sobs. So esok akan pi jumpa dia dan settle macam mana.
Serius tak sangka dapat result macam ni. A atau B tiada dalam otak. Rasa dapat C je semua atau pun F terus. Alhamdulillah tak. Jadi segan rasanya dengan Tuhan kerana bukannya akrab dengan-Nya. Solat terkontang-kanting. Haih...
Dah serik. Aku betul-betul nak berubah kali ni. No more last minute work. Dan tiada istilah malas atau, hangat-hangat tahi ayam. Ada je masalah, jangan tangguh, dan terus jumpa lecturer. Hubungan dengan Tuhan harus dibaiki.
Congrats to Nasya and Marina, for both scoring above 3.7!! Gila best! As for me, sayang.. sebab perangai busuk sendiri, pointer jatuh dari 3.8. Rugi, rugi.. Ingat bolehlah maintain. Nak sangat grad first class honors. Huh angan-angan. Sempat lagi kot nak kejar. Paling komen second class upper ke. Perghhh.
Apa-apa pon perangai mesti diubah. Dari benda-benda basic seperti, bilik kena kemas, tidur kena awal, bangun pon awal, kurangkan masa berinternet, rajin beribadah, makan makanan berkhasiat, rajin bersenam dan jangan malas mandi.
Conclusion is, even when you feel that there is no hope, no matter how weak you feel, never ever give up. Jadilah seperti katak di bawah ni. Dah nak mati ditelan bangau, dia masih menggunakan segala kudrat yang ada lalu mencekik bangau itu. {ANNA}






