20110905

Tidur dengan pocong.

Sempena entri Gambar hantu ke? #001 apa kata kita kongsi cerita hantu. Meh sini I nak kongsi cerita, yang rasa macam pernah cerita sebelum ni tapi aku cerita je lah sebab tengah stress jadi nak hilangkan stress aku pun nak cerita lah pasal cerita hantu yang bukan rekaan.

Ni terjadi masa Anna kat MRSM Muar dulu. Masa tu weekend rasanya. Tidur terlajak dari petang, terlepas Maghrib sampai lah time lights off. Iaitu dalam pukul 11pm. Tengah duk kepala weng sebab tidur lama sangat, dalam keadaan separuh sedar, tiba-tiba aku rasa ada orang menghempaskan badan dia atas tilam. Masa tu aku duk tidur menghadap divider, jadi orang tu landing baik kat kawasan tilam yang kosong. Bajet roomate ke member ke yang tidur kat sebelah. 

Jadi aku macam nak toleh tengok siapa, tapi aku rasa lain macam. Aku hanya cuba lihat dari hujung mata, bak kata mat salleh, from the corner of my eyes. Dan alangkah haru birunya aku bila aku nampak sekujur susuk berwarna putih. Aku sempat pikir, eh tapi aku tak ada bantal peluk. Huhhh, lepas tu yang paling best, ialah bila aku dapat rasa nafasnya yang panas betul-betul di belakang leher aku, dan, bunyinya "hugghhh, hugggggghh" setiap kali nafas dihembus di belakang leher aku. Deyum. 

Aku tengok lagi sekali dengan hujung mata, seolah-olah dia nak peluk aku. Then aku dah macam, baca la segala apa ayat yang terlintas kat kepala. Badan memang dah kejung dan kaku, aku tak boleh nak gerak. Last-last dengan kekuatan yang aku ada, aku pon depangkan tangan, dan terus susuk putih bernafas panas tu hilang. Aku tengok ketiga-tiga roomate aku semua nyenyak tidur.

Dah gelabah dah ni. Aku nak kejut junior aku, tak sampai hati, jadi aku pon selit je tidur sekali kat katil dia Pagi tu baru aku cerita. Dia pelik awat aku duk selit kat katil dia. Terus malam tu kami pakat baca Yassin. Huhh, lepas tu dah takmo dah tidur terlajak-lajak ni. Tak pasal-pasal ada yang tak diundang tumpang tidur sekatil. 

Sebenarnya, dulu sebelum aku kahwin aku selalu ada rasa ada sesuatu yang tidur dekat sebelah bila aku tidur sorang-sorang. Katil aku queen size, then tengah duk tidur tu, rasa macam ada orang duk naik atas katil, boleh rasa tilam tu terbenam sikit-sikit mendekati aku. Kalau dalam movie, konon boleh nampak kesan terbenam tu. Tapi sebab aku dalam keadaan lalok, selalu rasa tu hanya bayangan semata-mata.

Ada satu insiden, tengah tidur, aku dengar suara yang sangat garau yang cakap "HANA BOLEH SAYA MASUK??", suara tu bergema, seolah-olah pakai Dolby surround sound dan aku siap lihat satu bilik bergegar. Tapi dalam keadaan kabur. Aku still rasa aku imagine je kot, so aku sambung tidur, sekali rasa lagi ada orang naik atas tilam tu, terus aku bengang, bangun, hentak kaki di atas lantai sambil menjerit, "BOLEH TAK JANGAN KACAU AKU???!!". Terus aku turun bawah tidur kat bilik mak. Masa tu aku ngantuk dan letih sangat, terus dari rasa seram jadi bengang.

Bila pikir-pikir balik, rasa semua tu fantasi je. Tapi sesungguhnya tak dapat disangkal wujudnya makhluk-makhluk lain, jin dan syaitan. So ada possibility it did actually happen back then. Sejak kahwin dah tak kena kacau lagi dah, Alhamdulillah. 

Ada sesapa nak kongsi pengalaman korang sendiri? Best woo dengar citer-citer hantu. Lepas tu  mulalah nak tidur malam pon takut, nak pi kencing malam pon takut. Huggggghhhhh hugggggh.

Oh dan aku dapat tau dari member yang bapanya boleh lihat makhluk alam ghaib, bunyi 'huggh hugggh' tu sememangnya trademark pocong. Erk! Okbai. Selamat tidur korang.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails