20110607

Imej baru.

Teringin sangat badan berisi. Asyik cekeding je dari dulu. Aku punya kerendahan dalam 152cm, dan ringan antara 38kg-42kg sahaja!

Masa pregnant hari tu, maksimum berat 49kg. Aku sangat syok masa tu, kalau boleh tanak hilangkan berat pregnancy tu walaupun dah bersalin. Nak maintain, tup tap tup tap kejap je turun. Yang tinggal perut je yang agak buncit. Walaupun kurus aku secara asal memang buncit sket, dah bersalin makinla, dahla tak berapa nak jaga, bekung pon tak berapa nak pakai. Haish. Exercise jangan harapla. Kan bagus kalau tang lain maintain isi.

Aku jenis makan cepat kenyang, makan banyak sket mulalah nak membuang. Mak cakap, macam perut burung, makan sket dah berak. Haha.

Orang lain sibuk nak kurus, aku pulak sibuk nak gemuk. Terima kasih pada app FatBooth aku berjaya merealisasikan impian aku tu. Tapi secara realiti, takmola sampai tahap cinta kolesterol. Silap-silap tengok aku kat Hallmark masuk Biggest Loser pulak.

Tapi rasanya rahsia nak tambah berat badan senang je, makan banyak yang amat, macam masa pregnant tu. Tapi nak makan banyak macam mana bila dah kenyang? Masa preggy tu selera bukan main lagi. Tapi Anna ni ikutkan, suka je makan, tapi kuantiti yang tak berapa nak banyak. Kalau ambik nasi banding dengan Pitt, err Anna 1/4 kot dari bahagian dia. Kalau makan kat luar, tak habis pass kat dia. Kekadang tu dia siap tunggu tu. Hahaha. Takpa biarkan dia gemuk sket, takdalah nak hensem, I takdalah perlu risau dia dipikat gadis di luar sana, dan aku pon tak perlu la nak masuk Obedient Wives Club / Kelab Taat Suami tu untuk mendapat ilmu kamasutra supaya suami tak lari.

Anyway, kalau ada tip-tip cara nak tambahkan berat badan selain dari makan dan tidur, yang mana aku buat tapi tak menjadi pon, jadi bebal adalah. Sila kongsi. Dan untuk pengetahuan kalian, bila ada orang cakap "Eh kenapa kurus sangat / eh apesal makin kurus / kurusnya you / diet ke / tak makan ke?" Adalah sangat sangat sangat menyakitkan hati. Seriously it is very offensive. Terasa okay? Ingat sengaja ke nak kurus-kurus ni? Huh!

But as always, yang penting nombor satu kesihatan. Alhamdulillah sihat. Cuma kalau dari segi ukuran BMI tu sememangnya underweight, dan kalau boleh nak kasik just nice. Baru lah suami makin sayang. Hah, bolehla aku bukak kelab, Wives Who Want to Look Good For their Husbands Club a.k.a. Kelab Isteri Cun. Ada sapa nak join?

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails