20110504

Secara langsung dari computer lab

Itu beg saya, cermin mata saya, gula-gula sakit tekak dan Vicks VapoRub.

Okay, aku kini berada di computer lab KLIUC buat pertama kali. Waiting for the next class which is at 3pm. Ambik computer belakang sekali, so boleh stalk dan lihat apa orang lain tengah buat. Ramai jugak yang tengah buat assignment, bagus, dan ada seglintir yang sudah pasti melayari facebook, mamat kat depan ni tengah main game Treasure Island, lama jugak tengok nak loading tadi. Tapi dia menanti dengan penuh kesabaran. Okay dah tukar, dia duk main CityVille pulak. Lama gila aku tak bukak CityVille. Hmm. By the end of my studies, aku dah boleh graduate menjadi professional stalker.

So sekarang ni dah minggu yang ke uh 4. Memandangkan sem ini adalah short sem, tinggal lagi 3 minggu sahaja. That's less than a month, damn. Cepat sungguh masa berlalu. Setakat ni I'm really enjoying my classes. Sem ni, aku ambik 3 subjek, iaitu Theories of Communication, Mass Media dan Pengajian Malaysia. Aku paling risau subjek Pengajian Malaysia. It's basically History, yang mana aku memang sangat lemah. Aku teringin sangat score sem ni, tapi risau that Pengajian Malaysia will bring it down. So taktiknya, perlu rajin jumpa lecturer. Bolehla pancing markah kesian. Haha. Tapi Alhamdulillah, aku suka gila lecturer Pengajian Malaysia ni, dia sangat comel, siap bagi bintang lagi kalau aktif dalam klas. Setakat ni aku dah dapat tiga bintang! So takdalah rasa bosan.

Haaa. Comel tak bintang saya? Weeee. Katanya, siapa dapat paling banyak bintang akan dapat hadiah nanti akhir sem. Seperti salah satu ayat dari lagu tema KLIUC nyanyian Jacklyn Victor "reach out for the stars, that's your destination". Ya aku kini mengejar bintang. Apalah agaknya hadiah tu, kalau dapat extra marks tu syok jugak. Takpon iPad2 ke.

Okaylah, aku sebenarnya takda idea. Ni sekadar entri untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan rasa bosan. Tak berapa ada mood nak study atau buat assignment. Kerana agak keletihan, ditambah dengan rasa sakit tekak dan selsema ni. Apa-apa pun tadi siang masa tengah break dari klas Theories of Communication aku sempat bercamwhore di toilet yang sangat old school. Bangunan ni dulu hostel, tu yang ada shower kat belakang tu.

Posing apa pesen la ni. Dahla elok-elok ada tompok putih kat bibir tu, kesan dari cermin. See tak perlu guna photoshop.

Sebelum aku mengkahiri entri yang tidak bermanfaat ini, aku kongsi lagi satu gambar yang kat atas ni. Gambar kasut saya! Doc Marts ni dah lama sebenarnya, rasanya dah dekat 7-8 tahun tapi masih macam baru. So ingat kalau boleh nak pakai hari-hari sebab kulit dia masih keras, siap bunyi nyitt nyitt bila berjalan. Nak bagi kulit dia lembut dan nampak dah worn out. Baru lah selesa dan paling penting nampak 'cool' haha. Ala macam sneakers converse lah, lagi buruk nampak lagi cantik. Lepas tu tetiba balik rumah carik kasut tu takda, tengok-tengok dah dibasuh, terus melolong dan meluru ke arah mak, "Maaaaakk kenapa basuh kasut niiiiiiii??!" Haih, ingat senang ke nak bagi nampak dirty dirty gitu, tak grunge langsung!!

Moral of the story: Tak baik melenting dengan mak bila dia basuh kasut kita yang kita sengaja peram. Biarlah tak cool di dunia, janji cool di akhirat.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails