20110518

Peduli atau tidak peduli.

It would be great if I can be ignorant. Because ignorance is indeed bliss. Caring what people say is troublesome. But at times it's necessary to listen what other have to say. Nak ikut ke tak, ikut sukala, but at least dengar je lah apa yang dikata, jangan terus 'mute'kan volume walaupun it's something that we don't like or want to hear, it just maybe the truth and the right thing. Lagi-lagi, bila ramai yang keep on saying the same thing over and over.

Kita tolak ke tepi yang orang tu mungkin dengki, jealous, anon ke tak anon. Shove your ego aside, tarik napas dalam-dalam, and try to think, 'kenapa orang tu cakap macam tu'? Takkan pokok bergoyang kalau tak ada angin yang tiup, kecuali ada beruk yang duk atas tu tengah goyang. Lagi-lagi kalau komen itu lebih pada negatif dan berbaur kritik. Kita akan kata 'ah peduli apa, ikut suka hati aku la, janji niat aku baik, etc.. etc..' Yes they don't really know us, especially if it's just through our online presence. Bagi sesetengah orang, what is portrayed online is totally different than you meet them in reality, or ada yang maintain sama, atau ia hanyalah cebisan atau mungkin alter egonya.

Humans are complicated creatures. Perangai berubah dan ada banyak lapisan dan dimensi. This is why, all individuals have their goods and bads. Jadi adalah tidak adil untuk kita terus anggap orang tu itu dan ini, sebab apa yang kita lihat dan assume tu hanyalah sebahagian sahaja dari perwatakan orang tersebut. And to really know someone inside out will take years and years, sometimes, sampai sudah kita tak akan betul-betul mengenali peribadi orang tersebut. It all depends on the willingness of that person to open him/herself. Dan juga bergantung pada response kita, sometimes orang tu nak open, tapi kita pulak yang tak bagi can, dan terus 'chop' orang tu poyo, sombong, berlagak, dan sebagainya. Terlalu cepat buat andaian.

Tapi, kalaulah satu perihal tu diulang beberapa kali, dan dari orang yang berbeza-beza, kita perlu pikir jab, dan cuba menganalisa diri kita balik. Macam orang yang duk kata Anna 'sombong', banyak kali jugaklah dapat ni, tapi kalau yang betul-betul kenal Anna pernah borak, lepak sama-sama biasanya akan menyangkal istilah sombong tu. Tapi pikir balik, berapa ramai yang ada peluang untuk lepak dan borak sama dan ambil masa untuk kenali lebih dekat?

Memanglah, why should we waste time on people yang tak ambil inisiatif untuk kenal kita kan, but, if we can change this negative perception into something yang positive, why not? See it as improving yourself, dan bukan lihat ia buat sebab nak puaskan hati orang, walaupun ia terdetik dari apa yang orang kata.

As I always try to remind myself, take the negative and turn it into something positive. Memanglah mustahil nak puaskan hati semua orang, sebab tu kita buat perubahan itu untuk diri sendiri kita berdasarkan 'review' orang lain. Sebab bila kita cermin diri sendiri, kita hanya nampak apa yang depan, yang belakang kita tak nampak, kecuali kita letak lagi satu cermin kat belakang. Itupun mungkin tak dapat lihat the whole view, kalau nak tengok ambik gambar, but ingat, ambik gambar tu pon melalui objek luaran, yang terasing dari kita. Jadi suka atau tidak, apa yang orang kata tentang kita MUNGKIN ada benarnya.

So anyway, since before this I have received some comments about me being sombong, Anna lately dah cubalah untuk jadi lebih friendly dan murahkan sket ngan senyuman. Alasan dulu sebab Anna ni agak pemalu orangnya di luar, lagi-lagi di kalangan orang yang tak dikenali, tapi kalau disebabkan rasa malu ni orang anggap 'sombong' that's not good. Tapi tulah, kadang-kadang bila senyum kat orang, diorang tak senyum balik rasa macam erk, mesti dia ingat minah ni psycho ke apa.

But so farlah, dalam 10 orang Anna jumpa dan terpandang mata ke mata dan Anna senyum, 9 akan senyum balik dan 1 orang je yang tak. Tapi kat perempuan je lah, kat laki erkk, jalan pandang bawah je kot. Bahaya kang aku senyum, lain pulak jadinya. Tak pasal-pasal kena perintah berkurung oleh encik suami.

Jadi kesimpulangnya, bagus juga kita pedulikan apa yang dikata orang jika kita boleh guna apa yang dikata tu untuk perbaiki diri. Sekian saja motivasi dari saya untuk entri kali ini.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails