20110307

Saya nak ke New York! Undilah saya!


Dah lama gila tak buat kerja macam ni. Buat makeover, lepas tu masuk contest pulak tu, lepas tu, buat slogan pulak tu. Makeover kali ni best sebab dia buat shoot gambar sebelung dan selepas. Yang aku suka, gambar sebelum tu takdalah nampak horror sangat, kalau dalam iklan-iklan sebelum selepas tu, muka sebelum mesti macam muka muram dan sedih. Lighting pon ntah apa-apa, but this one, dua-dua pon dia set up elok-elok. Aku je senyum nampak gigi arnab dua batang.

Slogan yang aku siapkan adalah... "Pretty Powerful is... learning to LOVE yourself inside out!". Hehe. Rasanya ni kalu pertama dalam seumur hidup buat slogan. Selalu malas nak masuk contest sebab kena buat slogan. Asal ada contest nampak best, kena buat slogan , memang terus potong stim. Heeh, tapi kali ni semangat nak ke New York, atau dapat Apple iPad ahh sanggup! Tapi mesti dapat iPad yang first kan. Kalau boleh nak dapat iPad 2. Hahaha. Amboi boleh pulak nak demand kan. Hello perempuan, menang pon belum tentu.

Tapi, kalau korang tolong vote dengan menekan 'like' kat SINI mana tau boleh menang ke. Ha, nanti boleh blog dan share gambar dari New York. Huh, berangan sudah. Sudahlah Anna Joe, dahla 'photograher' yang ditulis kat page tu. Photograher pon photograher la. I tak demand banyak, I just nak trip ke NY atau iPad je.

Hmm. Anyway, sorry dah lama betul tak update. Tengah nak uruskan perihal hidup dan siapkan kerja client yang dah tertunggak bagai nak rak ni. Tak lama lagi, insya'Allah nak sambung studies kan. Hee, tak sabarnya nak jadi student kembali. Mesti hari pertama rasa macam nervous, then dua tiga hari sebelum first class mesti sibuk duk pilih baju apa nak pakai. Ahahaha. Beli baju barulah, kasik motivasi dan semangat sket. Kalau menang iPad tu pon cara gak kan bawak ke klas. Takyah bawak kertas, guna iPad je, lepas tu sibuk main Angry Birds tak pon Fruit Slice. Ahh terbaiklah perancanganku ini. Hehe.

p/s: Thanks pada sesiapa yang vote :)

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails