On Wednesday 22nd December 2010, from 3 PM - 6 PM I will be giving a Photography Talk. It's absolutely FREE, you get to hear me blabber for 3 whole hours. Okay so like, what will I be talking about? Ntah aku pon tak tau lagi. Serius, aku ni memang jenis tak berapa nak prepare, lepas tu hah mulalah berselerak habis bila bagi talk. Tiba-tiba cerita kat G lepas tu ke B lepas tu ke W, balik ke C. Tidak sistematik langsung. Jadi rugilah kalau korang melepaskan peluang melihat aku yang gelabah ni mengeluarkan kata-kata di khalayak ramai.
Eee. Agak nervous tau. Aku sebenarnya suka je bagi talk ni, tapi masa mula-mula tu agak stage fright lah jugak, once bila dah warm up, haaaaaaa kalau boleh tanak berhenti. Tak tau nak berhenti kat mana, ntah apa yang cakap pon tak tau. So nantilah saksikan apa yang akan terjadi 22 Disember nanti.
Agak-agak kalau time aku membebel tu, rasa ngantuk, jangan salahkan aku, salahkan tema RANTAI iaitu "gravity", tarikan graviti itu sebenarnya yang menarik kelopak mata anda untuk tertutup. Ahaha.
Haish. Fail betul iklan aku ni kan. Macam tanak orang datang je. Huahuahua.
So, semalam adalah hari paling bahagia saya selepas hari saya tunang, nikah, dan lahirkan Luqman. Okay exaggerate kot. Ada jugak hari-hari paling bahagia lain sebenarnya, tapi sebab nak tunjuk betapa bahagianya semalam tu aku cakaplah macam tu. Salah ke? Gimik namanya.
Tapi serius weh, aku rasa sangat seronok pasal berjumpa ramai kawan-kawan *cakap dengan muka penuh bersemangat sambil gerak-gerakkan tangan menunjukkan 'ramai kawan-kawan'*. Kawan-kawan mana ni? Ha, kawan-kawan internet. Hahaha. Dapat kenalan realiti baru. Ha nak tengok salah seorang kawan baru saya? Ini dia, tadaaaa:

Sedondon tak kami? Okay kalau nak tahu siapa dia, dan nak tengok lagi kawan-kawan baru saya yang lain silalah ke blog fesyen saya di
countthethread.blogspot.com. Ada entri baru. Ada gambar Yuna, ada gambar Hana Tajima dan ramai lagi. Semua cantik-cantik belaka. Serius tak tipu.
Okay sebenarnya, insya-Allah, aku ni ada rancangan nak buat video kolaborasi ngan minah kat atas ni. Aku ada tengok video dia, macam boleh ngam jek. Video apa yang nak buat ni? Hmm, itu masih dalam perancangan. Aku ni pun memang banyak perancangan, selalu tak menjadi, harap-harap kali ni menjadi.
Contoh perancangan tak menjadi? Well ada dalam beberapa entri yang lepas, aku mention yang aku telah dilantik, chey dilantik tu, untuk design poster Nur Kasih the movie oleh Kabir Bhatia. Of courselah aku nak kan. Alhamdulillah, seronok sangat sebab terpilih.
So jumpa, dah dapat idea nak design, dah gi shoot ngan pertolongan Oat dan Azim, masa tu Luqman demam so terpaksa hantar orang lain gi shoot. Okay, so dah dapat gambar tu, then design 4 ke 5 poster. 2 antaranya terpilih, tinggal nak buat yang final.
Then, ntahlah macam mana, aku jadi tertekan yang sangat. Like sangat sangat sangat tertekan. Aku jadik blur, bingung, tak tau nak buat apa. Aku tengok je screen tu, cuba lah jugak click sana-sini. But aku rasa kosong. Aku sebulan tutup telefon sebab aku macam argghhh, rasa nak jauhkan diri dari hal kerja, sebab aku akan bertambah tertekan. Konon aku bolehlah nak concentrate siapkan kerja tu. Tak menjadi jugak.
Sehinggalah minggu lepas, aku memang dah sampai had tekanan jiwa. Siap baling-baling barang kaca tu, baling kasik pecah. Menangis je manjang. Last minute aku tarik diri macam tu je. Keputusan yang sangat mementingkan diri sendiri. Dan aku tau, with that decision peluang aku untuk buat apa-apa job design dalam industri perfileman kat Malaysia akan hancur. Nobody will take me after messing it big time with Kabir Bhatia.
Aku rasa bersalah yang tak terhingga. Aku dah cuba, cuba untuk buat jugak. Tapi memang tak dapat. Yang kelakarnya, design apa dah ada, boleh katakan 80%. Sebenarnya masalah melepaskan batuk di tangga ni, atau hangat-hangat tahi ayam ni memang dah lama membelenggu aku, sampai memberi kesan pada aku punya studies, dan juga job-job lain. Dan aku sebenarnya pernah jumpa pakar psikologi, dan telah didiagnosed (suka hati je bahasa) dengan something called 'psychomotor retardation', dan aku baca benda ni sebahagian dari depression. Tapi aku kalau boleh tanak ambik benda ni sebagai alasan untuk tidak boleh buat kerja, bagi aku benda ni boleh dilawan. Tapi mungkin aku tak cukup kuat.
Ada je client aku tunggu ni berbulan lamanya, tak siap lagi gambar diorang. Aku ingat ambik job design poster Nur Kasih ni, adalah turning point aku, dan untuk membakar semangat dan memotivasikan aku supaya tak buat perangai tak senonoh. Rupa-rupanya yang sebaliknya terjadik. Apa yang jadi? Aku ambik keputusan untuk tidak akan mengambil lagi job untuk fotografi atau design lepas ni. Maksud aku, sebagai punca mata pencarian. Aku hanya akan buat untuk suka-suka, macam dulu.
Tapi seronok kan, getting paid for doing what you love? Unfortunately sebaik sahaja aku jadikan dia sebagai job, ada deadline semua terus aku macam arghh agak tertekan. Aku lebih kepada buat benda dengan sepontan tanpa perancangan. Aku banyak main dengan 'rasa', kalau rasa nak buat-buatlah, kalau tak tak.
So sebab aku dah kesian dan rasa sangat bersalah dengan client aku, aku dah tak mau lagi offer services aku lagi. Diorang dah beri kepercayaan, dan aku pulak buat macam tu kat depa. It's just bad. Aku tanak orang lain jadik mangsa aku. Dahla depa bayar duit kan. Haih, aku serius kalau buat free pon takpa! Saja suka-suka. Tapi hidup ni mana boleh nak suka-suka je memanjang kan?
Jadi aku pikir, mungkin arah tuju dan perjalanan hidup aku ni lain, tak seperti yang aku rancang. Mungkin Tuhan ada perancangan lain untuk aku.
Antaranya, insya-Allah, aku akan perabihkan studies yang mana tak habis tu. Then kalau ada rezeki dan keupayaan sambung lagi ke peringkat Masters. Hmmm. Aku pon sebenarnya masih tak nampak arah tuju hidup aku ni.
Tapi, aku suka je kalau jadi full time mom. That is probably the best job in the world. Tatapi, in this world ni perlu duit kan. Kadang-kadang kesian dekat Pitt, kalau boleh nak kurangkan beban kewangan dia. Dan aku ada gak duit nak shopping takyah mintak kat dia. Hehe.
Sebenarnya memang aku tak cukup kuat. Aku perlu lebih kuatkan beribadat dan mendekatkan diri dengan Allah. Sebab aku rasa aku dah terlalu jauh... tiang agama iaitu solat masih lemah. Dan akhirnya jiwa aku pon dah roboh. Itulah sebenarnya punca besar aku gagal banyak benda dalam hidup ni.
Aku harap Allah tidak melupakan aku, sebab aku tidak cukup mengingatiNya. Aku perlu berubah sebelum terlambat...
{
ANNA}