20101125

Internet Hero

Aku rasa ramai antara kita termasuk aku adalah seorang internet hero. Dekat internet bukan main lagi pung pang pung pang. Bangga sebab kebunnya kat Farmville besar sebesarnya dengan bermacam jenis sayuran dan haiwan ternakan, bangga sebab kedai makan dia di Restaurant City cantik, banyak menu, ramai pengunjung, besar dan mempunyai tiles dan wallpaper yang cantik, rasa hebat sebab dialah mafia terhebat, memiliki beberapa property dan pistol besar. Hoh! Hebat semua memang hebat.

Tapi bila jumpa kat luar, sememeh je, diam, malu-malu. Macam aku ni, cuba jumpa kat luar, nak borak pon segan. Tapi kat blog huih, bukan main lagi beraku kau, cakap sikit punya lantang. Ah ni belum lagi uols yang gambar profile picture bukan main lagi comey lotey, muka licin, cerah jek, jerawat satu pon takda, tapi kat luar ha kau, indah ibarat bulan jugaklah muka tu. Hahahaha. Macam aku ni. Haih, tapi siapa yang nak letak muka dia yang hodoh-hodoh kan? Dah kita boleh control apa yang nak dipublish, so apa lagi kita exploit lah peluang ni habis-habisan ye tak?

Ni dia ha tips untuk ambik gambar profile yang cun punya.



Hehe, menarik bukan? Ha marilah kita mengaplikasikannya! :P

{ANNA}

20101113

(UPDATED) Improve your English!

Sudah beberapa kali aku ditanya macam mana nak menguasai Bahasa Inggeris. Aku bukanlah hebat mana pon, cuma beruntung sebab berpeluang tinggal di Amerika selama 4 tahun masa umur Anna 3-7 tahun. Umur tu memang masa yang sangatlah macam sponge, semua benda mudah untuk diserap masuk. Dan sebab itu kadang-kadang bila skippy Londong, akan terselit sket American slang accent. Kalau masa baru balik dari US tu, lagilah slang accent habisan. Sekarang banyak dah hilang dah.

Okay, jadi aku nak bagi sedikit tips macam mana nak kuasai Bahasa Inggeris:
1. Tulis entri blog dalam bahasa Inggeris.

Mungkin satu entri dalam satu minggu. Pergi mampuslah kalau grammar tunggang terbalik, tulis je. Padamkan rasa malu. Buat satu siri senang, supaya kalau ada yang baca, diorang akan tahu yang entri tu khas untuk anda memperbaiki English anda. Contoh, bagi entri tu tajuk Skippy London #1 dan bila buat entri berikutnya, buatlah #2. Dan labelkan dia, supaya mudah nak rujuk balik dan lihat kemajuan korang.

Dan yang bestnya, sekarang, internet browser macam Mozilla Firefox, akan detect secara automatik kalau ada salah eja dengan garisan merah. Jadi right click saja untuk lihat ejaan yang betul. Aku pun selalu mempergunakan feature ni. Sangat praktikal.

2. Forvo: the pronunciation guide http://www.forvo.com/languages/en/

Tak reti nak sebut? Tak pasti macam mana sebutan yang betul? Ha, pergi je ke website tu. Tulis perkataan tu, dan dia akan sebut untuk anda. Yang bestnya, siap ada slang accent (UK/US/sbgnya). Dan segala macam perkataan ada, cara nak sebut nama orang pon ada.

3. Tengok movie tu, sila pilih SUBTITLES IN ENGLISH dan bukannya BM

Dari situ anda boleh belajar macam mana nak sebut, dan tahu apa perkataan yang disebutnya. Tak paham? Nasib kau lah. Haha. Nanti kalau dah biasa, korang akan paham, dan agak-agak mana perkataan tak paham tu catit, boleh tengok dictionary. Tapi kalau tak paham langsung, mungkin boleh tengok dua kali, sekali guna subtitle dalam BM, lagi sekali in English. Haha, gila rajin.

4. Belajar melalaui YouTube

Link youtube tu aku selitkan dengan keyword 'learning English'. Banyak video yang berguna kat sana. Banyak jugak keyword lain macam 'speaking english', 'english slang accent', dan sebagainya. Jadikan youtube tu sebagai sumber pembelajaran dan bukan hiburan semata-mata.

Tapi ingat, slang accent itu tidak penting. Memang tak dinafikan best je ada slang accent, tapi slang accent ni tak boleh nak dipaksa. Dan biasanya slang accent akan timbul dengan sendirinya bergantung pada persekitaran, in my case, aku tinggal kat US dulu, so secara tak langsung lekatlah sket American slang accent tu. Jadi kalau korang nak sangat berslang accent, hah pi lah duk kat US ka, UK ka, Australia ka. Atau International School. Hehehe.

5. Grab the chance to speak in English

Abaikan iklan yang tak best kat tv tu. Alah, yang ada sorang cina tu cakap Cina ngan mamat Cina tu buat dek, lepas tu cakap BM baru nak layan, dan yang makcik kat TESCO tak silap, cakap English ngan mamat tu tanya apa tah dia pon tak layan tu, tapi bila anak dia cakap BM baru layan. Aku rasa iklan ni sangat FAIL.

Ya, memanglah bagus nak promote bahasa kebangsaan tu, tapi macam kurang ajar je, tak berhemah, ade ke patut orang tanya buat tak tau? Itu dah kira rude dah tu kan? Hahaha. Itu sebab iklan tu memang gagal.

Kalau gi shopping mall ke apa, salesman/girl, atau ke tempat kaunter pertanyaan, cuba tanya dalam bahasa Inggeris. Tak kisahlah kalau berterabur pon, tapi ia latihan yang bagus untuk anda, dan tak perlu rasa malu sebab kerja diorang untuk layan pelanggan, jadi diorang pon nak tanak, dengan senyum simpulnya kena layan korang dengan baik tak kisahlah English korang tunggang langgang pon. Hehe.

Cakap dengan diri sendiri masa tengah mandi tu. Dalam toilet, shower kuat. Ha, apa lagi. Ataupun, butirkan lirik lagu, buat macam tengah cakap, dan bukan nyanyi, contohnya lagu uhh Jutsin Bieber:

You know you love me,I know you care
Just shout whenever, And I'll be there
You want my love, You want my heart
And we will never ever ever be apart

Are we an item? Girl quit playing
Were just friends, What are you saying
Said there's another, Look right in my eyes

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought you'd always be mine mine


Pergh takda lagu lain ke nak pilih? Haha. Tapi korang pahamlah kan apa yang aku maksudkan, kan?

6. Kalau ada anak, bertuturlah dalam English dengan anak anda dari awal.

Yup, ni peluang terbaik untuk anak anda dan anda sendiri. Depan anak takyah nak kontrol dan malu-malu. Dan masa kecik lah paling mudah untuk biasakan dia. Tapi kalau boleh cuba biasakan dia dengan dua-dua bahasa. Mungkin beratkan salah satu bahasa, dan satu lagi tu, macam side dish, macam KFC, ayam dia main dish, coleslaw dengan mash potato tu side. Hehe.

So dari kecil lagi dia dah diexpose, so nanti dah masuk sekolah dia dah ada basic, tinggal nak gilap je.

7. Dan yang penting kena ketawakan diri sendiri.

Macam eh teruknya English aku, tapi belasah!! Jadi bila korang rasa benda tu lawak dan seronok, secara natural korang akan rasa semangat nak menggunakannya lagi dan secara tidak langsung, lama-lama akan improve.
Harap-harap tips ni dapatlah membantu korang sket. Dan korang tinggalkan saja komen dalam English. Buang segala kemaluan anda!

You can do it!

NOTE:
Korang perasan kan aku tulih "slang accent" Ha. Sila baca kenapa aku kensel perkataan slang dan letak accent. Benda ni aku rasa kesilapan yang biasa orang buat. Walaupun aku tau beza accent dan slang, tapi aku pon boleh tersilap. Ish ish. Thanks reenaB for pointing this out. Here's her comment:
Hey Anna, great advice you have here. Agreed, what matters is that we practice, practice, practice using the language: speaking and writing.
But in order to get ideas, we have to read widely, watch movies and listen to songs in English. I often wonder why we translate materials like, Spongebob into Malay... I do not believe such action works in 'honouring' bahasa kebangsaan.

Anyway Anna, if you don't mind, I'd like to point out the usage of the word 'slang' here in your blog.
Our people often use it to refer to the 'style' of speaking.
eg: I used to have an American slang some 10 years ago.
This is actually an error.

The correct term you can use is 'accent'
eg: I am learning to speak with a British accent so that I get more acknowledged.

Slang means words that are not the standard form and sometimes are euphemisms, or 'bad words'.
eg: ice / bling bling = jewelleries
cool = great (Your blog is super cool!)
barf = vomit (She barfed all over my clothes)
ass = backside

It's like using the word 'bontot' or 'pungkoq' instead of the standard 'punggung'.

So, next time, instead of using the word 'slang', use 'accent' to refer to the style of speaking. Ok?

Tak pepasal aku bukak tusyen English 101 kat sni. Tumpang lalu na

Thanks again reenaB. Anda batu! Kan bagus macam ni, kongsi ilmu. Jangan malu untuk tunjuk ajar, belajar, dan memperbetulkan kesilapan. Selamat maju jaya kawan-kawan!

Mrs. Anna

20101111

Bayi mati tercekik susu lagi.


Baru baca paper tadi pasal baby 7 bulan yang mati tercekik susu di bawah jagaan babysitter. Haih. Nampak macam terlalu banyak dan makin menjadi-jadi, atau mungkin sekarang baru dilaporkan. Dulu sebelum isu ni digemparkan, dah pernah dengan cerita dari kakak ipar, kawannya sendiri kena, anak dia tercekik susu, tidur sambil botol susu ditinggalkan di mulut.

Ada jenis baby yang kalau nak tidur perlu minum susu atau asal minum je susu tertidur. Samalah tu. Tang ni bahaya. Sebab ada kemungkinan baby tu tak habis telan lagi susu dia dah terlena, jadi ada lagi sisa susu kat dalam mulut dia.

Macam mana nak elakkan ni berlaku? Aku sememangnya ibu baru dan bukan pakar, tapi ada beberapa cara nak elakkan dari tercekik ni berlaku. Sebenarnya benda ni semua basic ja.
1. Jangan sesekali tinggalkan anak menghisap botol susu sendirian. Pitt ada terbaca, katanya seminit je pon dah boleh tercekik dan membawa padah. Aku rasa tak perlu seminit pon.
2. Bagi baby yang minum time malam (waktu kita tidur), kita perlulah bersengkang mata dan jangan duk buat lalok, ngantuk macam mana pon tahan, takut kita pon TERlelap dan botol susu pon TERtinggal dalam mulut.
3. Bila bagi botol susu tu, pastikan kepala anak ditinggikan, letak atas peha ka, sokong dengan lengan atau bantal. Jangan biarkan dia terbaring secara mendatar. Kena condong sket.
4. Setelah diberi susu sendawakan baby tu. Usually kalau baby dah besar sket, dia dah payah nak burp atau pandai burp sendiri. Dan kekadang tu, dia dah terus lena, jadi kita pon kesian nak angkat kan. Still lebih baik kita angkat juga dan tepuk-tepuk belakang tu. Caranya dengan telapak tangan yang dirapatkan dan dibengkokkan menjadi bentuk macam huruf 'C' sket, bukan leper (ni salah satu cara, ada banyak lagi cara untuk sendawakan bayi).
5. Dan kalau boleh biar burp dua kali. Sekali tu kadang-kadang tak cukup.
Biasanya kes tercekik ni berlaku bila minum dari botol, tapi ada juga kes yang berlaku masa breastfeeding juga. So sebagai ibu kena sentiasa aware, jangan terlena. Dan ada sesetengah ibu tu sebab banyak susu, jadi baby tu tak sempat nak telan sebab overflow. Itu sebabnya minum dari botol susu mudah tercekik, sebab susu lebih laju keluar. Jadi kena sentiasa aware.

Hmm, itu jelah tips yang aku ada. As I said semuanya basic dan tak perlu bagitau pon. Tapi terasa nak kongsi. Tapikan, yang aku baca, kebanyakan kes yang berlaku bila berada di bawah jagaan orang lain. Di pusat asuhan atau babysitter. Yelah, kalau dah banyak baby, ramai yang nak kena jaga, so kalau yang tu nangis, kena lari kat baby tu, yang baby ni dah duk minum susu tu diabaikan sebab nak layan yang tengah nangis tu. Dan diorang pon mesti terlepas nak burpkan. Lagi-lagi kalau baby tu dah duk syok lena.

Jadi kalau boleh, tempat asuhan atau babysitter, janganlah ada ramai sangat bawah jagaan diorang. Kena pastikan kakitangan tu cukup. Dan kalau jenis babysitter yang sorang-sorang tu, janganlah lebih dari 4 orang di bawah jagaannya. Tapi most of the time, parents tak ada pilihan. Disebabkan kehendak dunia yang memerlukan duit untuk hidup, dua-dua terpaksa bekerja, dan anaknya terpaksa ditinggalkan bawah jagaan orang lain. So macam mana tu? Tak tenang dibuatnya.

{ANNA}

20101103

Sup lidah enak sekali.

Aku rasa cerita gossip artist, tabloid ni semuanya sangatlah low class. Membazir masa dan ntah apa-apa. Tapi, benci-benci pon, gatal jugak nak baca dan ambik tahu kan? Aku rasa itu sama kes dengan anon atau stalker atau manusia dengki yang benci sesorang tapi gila gelabah nak tengok apakah kisah terbaru orang tu.

Contohnya, ada blog, dia usha, ada fb pon usha, ada twitter usha juga, lepas tu ada can je mulalah nak kutuk, nak hentam, tapi semestinya beridentitikan anonymous. Macam ruangan gossip kat dalam surat khabar tu, semua nama samaran. Beranilah nak menjaja cerita dah identiti tidak terbongkar. Huh. Menyampah I.

Lepas tu yang tukang supporter atau yang akan dipanggil oleh si pembenci 'kipas susah nak mati' akan kata dan guna ayat ayat seperti, "kalau tak suka takyah lah tengok/baca/komen" atau "dengki sebenarnya si anon tu" dan sewaktu dengannya. Sungguh klise dialog yang akan berlaku, tapi kadang-kadang seronok jugak layan. Manusia ni memang semulajadi kepochee. Tipulah kalau tak tertarik langsung bila dengar gossip, lagi-lagi tentang orang yang kita kenal. Lepas tu, pepandailah kalau anda pulak nak sebarkan gossip tu atau simpan saja untuk pengetahuan am sendiri. Hehe.

Apa-apa pun, fitnah, mengumpat, mengata tu dosa besar. Pandai-pandailah kamu jaga lidah anda itu. Kat neraka nanti tak pasal-pasal jadik sup lidah. Dulu masa zaman belajar memang rajin gak duk gossip, yelah dah ada geng ramai-ramai, jadi secara automatik akan rasa diri tu 'betul' sebab ramai yang setuju. Walaupun ada benarnya, kalau boleh takyah lah nak sebar-sebarkan pada yang lain kan. Lagi-lagi yang tak tahu menahu apa-apa, tak pasal-pasal benci ngan orang yang dikata tu. Dah jadi mengaibkan orang. Tapi kadang-kadang tu secara tak disedari. Sebab? Dah biasa sangat.

So kena lah ingatkan diri. Tak perlulah duk ngata orang. Kalau nak ngata kutuk je depan-depan dengan penuh keikhlasan. Ada berani?

{ANNA}

20101102

Mak dah pesan jangan main dekat longkang.



Ha, mak marah tu ada sebabnya. Stephen King nya pasal la ni. Kat dalam longkang tu ada badut rambut merah, gigi tajam-tajam, hat makan budak kecik.

Mula-mula dia 'goda' budak tu suh mai tengok kat dalam longkang tu, katanya ada belon yang banyak, dan gula-gula kapas. Budak mana tak suka gula-gula kapas? Manis-manis, warna lembut, masuk mulut terus cair.

Di samping badut, longkang ni memang tak bagus pon, dengan nyamuknya, ngan entah apa-apa sisa yang masuk dalam air tu. Menjijikkan. Tapi dulu-dulu kat kampung, rilek je orang duk mandi la, tangkap ikanlah dalam parit. Ke longkang dengan parit tu lain? Longkang ni pun dah menjadi tempat pembuangan bayi lah, mayat lah. Jadi janganlah salahkan kat Pennywise The Clown, dengan unsur-unsur negatif begitu macam mana tak jadi jahat kan?

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...