Malam semalam, aku ke Giant di Kelana Jaya. Yang besar tepi LDP tu. Dekat dengan rumah, dekat dengan
studio. Tapi aku tak singgah studio pon, aku singgah Giant je. Kenapa aku perlu cerita yang aku tak singgah studio? Sebab aku saja je nak panjangkan cerita. Nak cukupkan bilangan perkataan, macam karangan waktu sekolah dulu. Okay. To the point.
Sekarang ni selama 2 minggu, bibik tak ada. Jadi aku,
Pitt, abang aku, kakak ipar aku, ayah yang kena buat segala urusan rumah (mak aku tak larat nak gerak sana sini, sebab sakit lutut). Gilalah. Kerja bibik sorang sikit punya ramai kena buat. Haha. Tapi selama 2 minggu bibik takda ni, baru aku dapat betul-betul merasakan menjadi desperate housewife. Ngan Pitt pon jadi househusband.

Ada gaya chef tak? Perut tu dah ada dah kan? Ahahaha. Aku sebenarnya rasa bangga betul ngan Pitt, dia masak sedap gila kot! Padpriklah, daging masak kicap, daging black pepper, ayam goreng dia pon sedap. Tak rugi kawin ngan dia. Haha.
Aku tak sempat nak join masak sebab kena jaga Luqman. Cuma aku tukang rasa dan suruh tambah itu ini. Bak kata Pitt aku ni 'Ajinamoto' dia. Haha. Oh, dia masak tak guna ajinamoto tau, itu hanya ekpresi. Sejak lepas Luqman demam dia jadi manja sangat dengan aku, so sekarang aku kena sentiasa ada dengan dia.

Demam-demam pon masih boleh senyum. Nasib baik dia lalu makan, minum susu je kurang sket masa ni, tapi makan pergh, semangkuk penuh pun kadang-kadang tak cukup!
Okay. Masih belum to the point. Tapi cerita ni ada kesinambungannya. Pasal masak-masak tu. Sebab bibik takda, kamilah kena masak kalau tak beli makanan kat luar kan. Jadi ke Giant, pergi lah ke bahagian rempah-ratus. So sambil aku tengok-tengok tu, nampaklah kat rak atas sekali.

Tadaaa. Aku jumpa ni. Haha! Benda ni masa aku dekat US, aku sangat idam nak makan sebab tengok kat iklan tv macam sedap gila, dia tambah atas salad la, apa lah, rangup-rangup gitu. Aku cerita lah kat mak aku, yang aku nak, terus dia kata jangaaaaan, itu babi. Lerrrrr. Frust aku.
Haha. Jadi bila aku terjumpa kat rak itu, di Giant, di Malaysia. Aku macam whoa, terkejut gila. Dahla letak sekali dengan rempah-rempah yang lain yang biasa kita duk guna tu. Perghhh. Aku pon tunjuk kat Pitt, Pitt ambiklah dengan penuh berhati-hati, dan baca label. Siap
BOLD perkataan
BACON. Dan biasanya kalau bacon yang ditulis bacon sahaja tu sememangnya babi, no doubt. Kalau tulis 'bacon beef' tu lainlaa.
Pitt terus panggil mamat berbaju kuning yang tengah susun-susun barang berhampiran situ. Orang Bangladesh nampak gayanya. Lalu berlakulah dialog ini (P=Pitt, G=Giant punya staff)
P: Itu apa?
G: Uh, bacon. (terpinga-pinga)
P: Bacon to apa? (tanya dengan penuh tegas macam cikgu disiplin)
G: Pig.
P: Kenapa ada kat sini?
Laki tu terus ambik botol-botol tu semua, letak dalam kotak. Okaylah, bagus lelaki tu ambik tindakan takdala nak garu-garu kepala kata 'saya tak tahulah...'. Ekpresi muka dia pon sebenarnya macam terkejut macam mana bacon bits tu boleh ada situ.
Tapi, Pitt masih tak puas hati. Cuba carik supervisor. Tanya sorang laki Melayu ni, muka macam Farid Kamil, tapi jawapan macam agak poyo, "
Supervisor macam mana tu? Untuk apa" sambil tersengih-sengih. Banyak tanya pulak mamat ni. Huh. Masa tu mamat ni tengah borak ngan staff lain, perempuan Cina. Dia yang nampak concern terus cuba carik supervisor. Huh, Melayu jugak yang 'rajin' kerja kan? Tapi aku pon dua kali lima. Bab kerja memang fail. Benda lain rajin pulak. At least, muka aku takdalah macam Farid Kamil. Eh, takda kena mengena.
Tak lama lepas tu, datanglah supervisor, ada dua orang. Terus kami bawak tunjuk tempat kejadian, tapi barang tu dah remove. But kami inform jugak. Then terselit cerita sauce
HUNT'S Honey Mustard tu, sebab brand tu ada gak di Giant, cuma kami check yang perasa Honey Mustard tu memang tak ada. So baguslah kan. Mesti diorang pantau jugak. Or ada yang complain. Tapi yang ni, gila obvious boleh terlepas? How meh? Kesian kalau sesiapa ada terbeli dan tak tahu menahu bacon tu apa.
Anyway, kalau korang nampaklah benda-benda yang tak halal berada di tempat yang halal tu, korang teruslah ambik tindakan dan report. You have the power to make a change. Kita perlu lebih aware. Okay? Okay! Dah habis dah point point yang aku nak sampaikan.
Sekian, terima kasih.
{
ANNA}