Kebanyakan pembaca blog budu dan belacan ni adalah lebih muda dari aku. Aku rasalah. Jadi, sebagai seorang kakak/makcik, aku nak bagi 7 nasihat.
1. Jangan keluar rumah dengan perasaan marah atau benci
Marilah kita sama-sama menjadi manusia yang lebih baik. Ayuh!
{ANNA}
1. Jangan keluar rumah dengan perasaan marah atau benci
Kalau korang bengang dengan parents macam mana sekali pon, jangan sesekali keluar rumah tidak bersalam, tidak bermohon maaf. Tak kisahlah kalau kau rasa diorang yang tak betul marah korang kan. Korang rasa korang tak salah ke apa, atau ada bukti-bukti kukuh macam mana sekali pon yang korang tak bersalah, abaikan semua itu. Salamlah dengan parents anda. Sebab, kau tak tau, kalau umur kau tu masih panjang, atau (mintak jauh) parents sendiri. Ajal bila-bila, dan di mana-mana saja boleh sampai.2. Pasangan kekasih, usahlah berkasih-kasih secara fizikal
Ini boleh diaplikasikan pada rakan-rakan di sekeliling juga, atau manusia lain. Kalau kau marah dengan kawan kau ke, cubalah berbaik. Percayalah rasa benci dan sakit hati ni memakan diri. Kalau dah bermaafan, lega rasanya. Tak kisahlah kalau kawan kau tu yang salah, apa salahnya kau mintak maaf dulu. Buang segala ego. Tak semestinya mengalah itu kalah.
Mula-mula pegang tangan. Rasa pegang tangan tu best. Lagi-lagi kali pertama, terus rasa menusuk ke jiwa, dan juga nafsu akan terangsang. Tipu kalau tak. Dan kalau kau tak kuat, makin korang rasa syok dan geram dan akhirnya geram itu akan dilepaskan.3. Belajar itu sangat penting
Jalan pegang tangan, pegang pinggang. Yang perempuan gatal nak cium tangan lelaki bila salam. Macam sweet lah konon. Lepas tu cium pipi. Lepas pipi, comolot. Dan sebagainya. Dan the rest, is wooosh. Dalam kereta pon jadilah. Tak cukup? Sewa lah hotel murahan kat Chow Kit ke, Bukit Bintang ke, mana tah hala.
Oh dan takpayahla nak bergambar terlalu mesra dengan pasangan anda (yang belum kahwin la).
Lepas tu break. Dah tak couple. Pacar baru, ulang benda sama. Tak sudah-sudah. Dah nak kahwin, baru gelabah. Baru menyesal perbuatan dulu. BODOH!
Belajar rajin-rajin. Especially korang yang masih di sekolah menengah. Please. Jangan sibuk nak keluar dengan kawan sepanjang masa. Jangan sibuk nak onlinelah, blogginglah, facebooklah, farmville lah apa jadah semua perosak anak-anak muda zaman sekarang. Aku sendiri banyak merugikan masa sebab internet, hidup aku tunggang langgang sebab internet. Cuba kawal diri. Serius, spending too much time on the internet is no good.4. Jaga solat. Jaga aurat
Ini nasihat buat aku jugak. Kalau solat 5 waktu terjaga, insya-Allah hati akan sentiasa tenang, dan hidup akan rasa sangat senang dan mudah. Aku hidup pon serabut sebab dua-dua ni aku tak berapa jaga.5. Jaga makan. You are what you eat
Jagalah pemakanan. Jangan makan mana-mana tah, halal dan haram buat dek jek. Haram bukan saja babi dan arak. Makanan yang 'tak bersih' secara tak langsung boleh memberi kesan pada akhlak kita. Malas solat? Malas baca Qur'an? Malas beribadah? Mungkin kerana anda tak jaga makan minum anda.6. Tidur sebelum pukul 11pm
Nasihat ni pon aku patut aplikasikan. Antara jam 11 malam hingga ke 3 pagi, adalah masa badan kita akan memproses segala macam toksik dalam badan. Kalau tak rehat, tak sempurna proses semulajadi ni. Tak sakit sekarang, nanti tua esok baru menyesal sebab tak jaga dari masa muda.7. Berhenti mengata orang and never say never
Tak usahlah mencanang-canang keburukan orang. Akan kena kat kau balik, tak pun kat anak-anak kau kelak. What goes around comes around.Antara ketujuh-tujuh nasihat ni. Ada benda yang aku buat jugak dan serious menyesal. Jadi aku rasa perlu aku nasihatkan pada korang juga supaya tak menyesal kelak. Tak guna weh. Lagi-lagi pada yang baru hendak merasa hidup yang sementara ni, banyak godaan.
Dan janganlah kau nak laungkan pada orang "AKU TAK AKAN BUAT MACAM TU". Niat saja dalam hati. Sebab kalau kau cakap macam tu, biasanya suatu hari nanti kau akan buat macam tu, maybe sengaja atau tak sengaja.
Marilah kita sama-sama menjadi manusia yang lebih baik. Ayuh!
{ANNA}





