20100827

Saya percaya saya boleh terbang!

Ni yang syok bila ada studio sendiri. Boleh tangkap gambar ikut suka. Agak-agak tengah bosan atau penat buat kerja, curik masa sket tangkap gambar macam ni, untuk menghilangkan stress. Pitt tolong set up lighting, manakala, intern kami Ally yang tolong snapkan.

Memang sekarang ni tengah sibuk. Adalah job sana sini sket, then gambar nak edit sana sini sket. Dan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi banyaklah bukit yang ada ni yang perlu diratakan. Huhhhh. Soalan kat formspring pon tak terjawab!

Petang semalam, berjumpa dengan Kabir Bhatia, berbincang tentang poster untuk Nur Kasih the movie. Dapatlah tengok sket cerita dia, boleh je nak tengok full, tapi tak surprise pulak kan. Tengok sebab nak dapat idea dan feel untuk design poster tu. Dan, melalui apa yang dah dilihat, macam best gila je movie dia. Masa tengok trailer dia, bulu roma duk meremang je. Huhuuu. Hopefully poster yang Anna akan buat tu akan capai kualiti movie Nur Kasih ni.

Alang-alang tu jumpa boss lama yang dah jadi macam member, Wan Hasliza memandangkan office diorang kat area situ jugak. Dah lama gila tak jumpaaaaa. Dan tah macam mana hari tu menjadi agak malang. Ahaha. Aku punya teori sebab kami dua aura kuat, jadi alam tidak dapat handle lalu berlakulah pertempuran molekul yang hebat.

Sepatutnya, Liza hantar aku balik rumah sebab dia nak ambik abang dia kat area PJ. Tapi nampak gayanya, perjalanan kami tak lama. Keluar je dari simpang depan the Curve dari Mutiara Damansara, kami ditahan polis. Ahahaha. Rupanya road tax kereta baru mati 19hb tu hari. Punyalah busy Liza ni sampat tak terperasan. Yang lagi bestnya, boleh pulaaaaak lesen dia tinggal kat mana tah. Ahahahaha. Tapi okaylah, polis kasik can dan saman tuk road tax yang dah expire tu sahaja.

Tapi apesal gambar kat atas ni polis tengah pam tayar kereta pulak? Haha, itulah hikmah disebalik kena tahan ni, kalau tak ntah tersadai kat mana kereta. Tayar pancit rupanya. Check-check dua paku terbenam dalam tayar. Memang flat lah tayar. Dahla masa kitorang nak gerak tu tengah jam baik punya. Tau-taulah LDP macam mana masa ni (dalam kul 5pm lebih). Jadi pakcik polis ni tolonglah pam sket ngan pam basikal. Ahaha, sempatlah bawak balik gi tukar tayar.

Huhhhh, lepas tu kannn boleh pulak kami tak terperasan, kitorang terpijak simen basah kat situ. Tapak kaki itu adalah tapak kaki saya. Hahahahaha. Memang terbaek.

Ni kitorang di kedai repair tayar. Hehe. Haih. Very the macam-macamlah today. Tapi seronoklah. Banyak benda yang kami catch up ngan memasing. Si Wan Hasliza ni lah creator, penulis skrip untuk Dunia Baru. Dan dah jadi direktor pon sekarang. Antara cerita lain dia duk buat adalah, uh Geng Surau, Warkah Terakir - Rosli Dhoby, Hooperz, Bella, Mya Zara, Malam 7 Likur, dan sebagainya. Yang bestnya, setiap kali bila tengok tv, and jumpa cerita yang aku suka, tengok-tengok mesti ada nama dia kat kredit. Then terus cam, oh padanlah best! Hehehe. Kesimpulan dia sangat berbakat. And I'm lucky to have worked with her.

Ni masa kerja dengan dia di KL Motion Picture Co.. Masa kerja dengan dia, KLMP ni baru je ditubuhkan, kerusi meja pon tak ada lagi kat opis tu. And 3 orang, well 4 orang termasuk kucing ni yang dinamakan Mot sempana nama company dia nieh. Mot ni dia terjumpa kat parking lot KLCC. Masa tu dia anak kucing lagi. Comel yang amat.

Pada suatu petang, sedang duk lepak kat ofis, tiba-tiba Liza balik, dia kata sambil menyeluk dalam beg dia "This is only temporary okay..." tadaaaa. Dia keluarkan seekor binatang berbulu. Hahaha. Excited gila masa ni. Hohh. Temporary lah sangat. Sekarang dia dah besar macam gergasi. Lama tak jumpa mamat nih. Dulu letak kat opis, la ni Liza dah bawak balik rumah dah. Huru-hara ofis dan staff ada Mot ni. Jangan tak tau, ada staff pernah kena gigit. Terus bawak staff malang tu pi klinik tuk inject. Hehe.
Comey kannnn??? Masa ni dia suka duk kat tempat-tempat panas seperti di belakang pungkok orang, dia atas dada. Pernah jugak letak dia dalam jaket. Elok-elok je dia merengkok tidur dalam tu. Heee.

Hmm, Liza ada tanya, tanak kerja balik ke dalam industri tv dan perfileman. Well, mestilah aku nak kan. Tapi banyak yang perlu consider, sebab dari pengalaman. Kerja dalam arena ni, masa tak menentu, kalau masa tengah shoot tu, sampai ke pagi. So dah kahwin, and lebih-lebih lagi dah ada anak ni, macam tak berapa nak syokla kalau macam tu. Jadi kalau nak kena pandailah susun atur masa tu, supaya masa ngan Luqman tak akan terkorban.

Having that said, Anna harap lepas ni, makin ramai producer atau direktor datang cari Anna kalau nak buat poster filem depa. Wuhoo. Macam kat luar, diorang siap ada company yang khas tuk buat movie poster sahaja. Best kan? Dan manalah tau, boleh dapat client dari negara luar ke? Kan? Insya-Allah. Saya percaya saya boleh terbang!!

Okay. Macam terpanjang pulak entri kali ni. Okay, nak selit iklan sket nieh, promosi Itudio Studio sempana Ramadhan dan nak Syawal ni. Klik saja pada gambar untuk mendapat informasi lanjut. Okay, selamat berpuasa ya'all!! Banyak pulak okaynya. Bai. {ANNA}

20100819

Video cara memakai pashmina.

Wooh, akhiranya setelah banyak request, Anna buat video tutorial cemana nak pakai pashmina macam Anna duk pakai tu. Tapi dalam English. Selamat menonton dan mencuba! Oh dan selamat berpuasa. Sorry lama tak update, busy sangat-sangat. {ANNA}

20100804

Hah, anak ikan??

http://itudiostudio.com/
Itudio Studio | Design & Photography Studio

Dah siap dah content website Itudio Studio ni. Baru proper sket. Jadi silalah melawat ya. Sorrylah aku lately busy sangat, blog ni pon dah terbengkalai. Tak ada masa untuk fikirkan benda-benda yang sesuai untuk diblogkan. Bila aku rasa lonely dan loser sahaja aku akan ada idea untuk berblog (eh jadi orang yang berblog ni lonely dan loser ke?). Hahaha.

Semalam kami pi beli akuarium untuk letak kat studio. Hari ni baru nak pi beli ikan. Kata tuan punya kadai, stok baru masuk hari ni. Jadi kami pon tunggulah hari ni. Lagipun, biar chlorin tu lama sket meresep ke dalam air, kasik cuci sket, baru ikan selesa dan happy.

Nanti nak cat lantai studio, lepas tu, gantung-gantung gambar sekali. Huhu, baru nampak tebabow sket studio ni. Makin semangat nak kerja. Sekarang ni pon Alhamdulillah, job dah mula makin masyuk since aku pon dah rajin promosi dan reply email. Ahahaha. Tapi masih belum tahap jutawan lagilah. Tunggulah bila ikan aku dah beranak-pinak, studio ni berukar jadi tempat ternak ikan, lalu aku akan jadi penternak ikan yang berjaya.

Jadi lepas ni, sesiapa nak cari 'anak ikan' datanglah ke Itudio Studio.

Okay bai.

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...