Aku sebenarnya banyak benda nak cakap. Tapi sebab dah banyak sangat, jadi tak tercakap. Hidup sekarang lebih occupied untuk hidup dan mencari sumber pendapatan. Jadi aku dah tak berapa nak ada masa untuk berblogging macam biasa. Ads pon aku dah buang dari blog ni. Mungkin benda ni sementara atau akan kekal.
Niat aku untuk jadi full time blogger macam tak menjadi je. Susahlah bila buat benda yang kita suka jadi 'kerja'. Secara otomatik benda tu akan jadi boring. Macam bila aku decide aku nak jadikan fotografi ni sebagai punca mata pencarian aku yang asalnya hobi semata-mata. Tapi aku perlu tukar mindset aku. Sebab sampai bila kan? Again, bodoh la kalau aku tak ambik peluang ni betul-betul, kata dah buat benda yang suka kan.
Dah banyak kali aku duk pikir nak lepaskan saja studio tu, sebab tak larat nak bayar sewa dan bil bulanan. Income tak berapa nak masuk. Sebab apa? Sebab aku tak buat kerja. Aku tak cukup usaha untuk memaniskan impian dan mimpi aku yang telah tercapai ni. Masih hanyut dalam angan-angan macam mat jenin.
Tapi aku terharu, sebab ramai kawan-kawan aku yang sayang studio tu. Yang datang lepak di studio, siap tidur kat studio pon ada. Semua pakat duk fikir macam mana nak mantapkannya lagi. Membuat aku kembali semangat untuk membuatkan Itudio Studio sukses. Walaupun duit bukan segalanya, tapi bila dah ada anak, 'duit' itu dengan terpaksanya, jadi segalanya. Susu, diaper, makan, minum, nak sekolah esok. Dan aku ingin pergi travel sana sini sama keluarga aku ni tanpa memikirkan kesempitan wang. Aku ingin anak aku senang seperti yang aku merasa.
Sepertimana Noe, aku juga ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran. Tapi tunggu aku habiskan apa yang tak habis tu dulu. Ahahaha. Dan Pitt pon begitu juga, nak lanjutkan lagi. Alangkah seronoknya dapat bawa Luqman tinggal sementara di negara orang. London? Australia? Amerika best, tapi jurusan undang-udang di sana berbeza dengan pentadbiran di Malaysia. Tapi itulah, nak belajar lebih tinggi ni kalau takda scholar, pon perlukan banyak duit. Lagi-lagi kalau ngaji kat tempat mahal macam Londong. So? Kenalah kerja rajin-rajin, dan kumpul duit.

Okay, uh. Alang-alang tengah promo, aku nak promo hat lain. Mungkin korang dah tengok pon dalam blog lain. Tapi saja tempek sini sebab sini lebih banyak manusia menjengah. Dari duk sibuk tunjuk ads orang lain, tunjuklah ads sendiri, ye tak?
Klik sahaja gambar-gambar tu untuk melihat apokobondo eh jangnyah. Korang semua sangat-sangat dialukan ke Itudio Studio (klik untuk peta) kalau nak jumpa dan lepak-lepak. Datanglah beramai-ramai kasi meriah sket. Huha! Tapi khabaq la dulu, sebab kami masuk takda masa tetap. Kadang-kadang awal, kadang-kadang lewat, kadang-kadang lepak sampai tengah malam, kadang-kadang petang dah balik. Bawakla jugak duit lebih, sebab kami ada jugak menjual barang sket, mana tau berkenan. So yeah. Boleh call kami di 0378800465 jika mau datang. Okay, tata.
{ANNA}








