20100526

Kembali hidup normal

Berborak dengan seorang delegate dari Tanzania

Borak kencang dengan Tun Musa Hitam

Marketplace of Creative Arts, The 6th WIEF
Kuala Lumpur Convention Centre


Digital Malaya Project Dialogue:
Digital Art, Illustration & Photography Creative Dialog
Galeri Petronas, 22 Mei, 2010


Kenalan dari Marketplace datang lepak di studio

Aku rasa sedikit kekok untuk kembali pada kehidupan normal aku. Yelah, dari kebiasaan hidup yang agak statik, tiba-tiba minggu lepas pang, exhibition lah, talk lah. Melayan kenalan baru. Bersosial dan bernetworking. Dan kali ini aku buang segala sifat malu aku. Sebab dah tiba masanya aku mula serius dengan kerjaya aku, dan perlu keluar dari kepompong aku untuk lebih berjaya. Segala peluang yang ada aku akan kaut, aku tidak mahu lagi timbulkan persoalan 'what if' dalam kepala aku.

Aku tidak mahu lagi melepaskan peluang-peluang yang ada. Baru-baru ni, aku ada berjumpa dengan orang-orang besar punya yang datang dan melihat exhibition aku di Marketplace. Tanpa segan silu aku menegur, dan menerangkan hasil kerja aku, dan sudah semestinya, memberikan business card. Manalah tau, kalau diorang nak gambar portrait diorang di ambil ke, anak diorang nak kahwin ke kan. Hehe.

Dan antara projek aku seterusnya, kalau boleh aku nak bagi lagi talk, mulakan kembali bengkel aku yang aku namakan 'guerillagraphy' (tapi aku rasa nak tukar namanya), mengumpulkan hasil-hasil kerja aku sejak 2003 hingga sekarang dan membukukannya, dan membuat solo exhibition. Dan kalau boleh di luar negara juga. Insha'allah.

Sejak exhibition dan talk itu, ntahlah, aku terasa sangat termotivasi, semangat dan konfiden. Dan aku sudah melihat apa yang aku inginkan dan capai. Aku rasa tidak salah untuk kita mempunyai cita-cita yang tinggi, asalkan kita masih bertapak di bumi yang nyata.

{ANNA}

20100521

Aku di NOVA: Exploring The New Media Exhibition


Bagi yang tidak sempat ke exhibition Anna hari tu, bolehlah datang ke Galeri Petronas, Level 3, Suria KLCC, esok, Sabtu, 22 Mei, dari 3PM. I akan berpotpet sekejap, dalam 10 minit, tentang hasil fotografi I, huuu. Terima kasih pada Digital Malaya Project kerana memberi peluang ini. Masuk adalah percuma. Jumpa anda di sana.

{ANNA}

20100518

Jumpa anda di KLCC hari ini dan esok!


Akhirnya setelah penat lelah beberapa hari ni, beserta air peluh dan air mata, hasil gambar aku sudah pun terpampang di salah sebuah panel di Hall 2, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre selama dua hari, 18hb & 19hb Mei 2010.

Hari ni, dari pagi sampai ke pukul 6 petang. Dan esok dari pukul 2 petang hingga ke ke 7 malam. Kalau anda singgah ke sana, marilah jumpa I.

Boleh call I di, 6012 3 799740. Siapa telefon atau sms main-main akan aku pampangkan nombornya dalam blog dan di atas kertas pink di sekitar Kuala Lumpur dengan nama "DAPATKAN UBAT LELAKI KUAT". Serius aku tak tipu.

Okay, bai.

{ANNA}

20100507

Aku di MHI

Aku hari ni diajak oleh sahabat karib, Tiah untuk bersamanya sebagai tetamu untuk segmen apa tah dalam MHI. Membantu sahabat Tiah, Syazwani Diana Isa, yang merupakan salah seorang dari 6 finalis terakhir Top Host 2019 2010 (ya aku dari masa depan, thanks esumilyn tegur pasal tahun tu, serius tak perasan, haha) di TV3. Kami panggil dia Dee.

Setiap finalis perlu buat LIVE show selama 10 minit, topik bebas. Jadi si Dee ni pon dapat idea nak buat pasal kasut. Lepas tu dia teringat kat si Tiah ni yang pernah menggodam kasut untuknya suatu masa dulu, Tiah pulak ingat kat aku, jadi terlantarlah kami dia Sri Pentas itu.

Okaylah, ni gambar Pitt tolong snapkan sepanjang masa di sana pagi tadi.

IMG_4301 IMG_4303 IMG_4314 IMG_4321 IMG_4344 IMG_4348 IMG_4368 IMG_4374 Malaslah nak tulis caption. Haha. Jutaan terima kasih pada Tiah dan Dee kerana menjemput Anna. I love you girlz. Mwah! Harap-harap aku tidak menyepoil LIVE show cik Dee kita ni, kerana segmen ini antara assignmentnya. Huuuuuh.

{ANNA}

20100506

Artikel bodoh tentang Zee Avi

Gambar yang aku petik di Bijou Bazaar @ Jeumpa D'ramo, Bangsar.

Dengarnya... Siapa Zee Avi? artikel yang aku terbaca di Berita Harian.

Aku bengang gila baca artikel tu. Come on la wey, wartawan hiburan ni kan, asal kena rejek interview ke apa terus label artis tu sombong lah, macam bagus lah, apa jadah semua. For once tak boleh ke berhenti fikirkan kepentingan dan keegoan diri sendiri tu? Kalau kau tu profesional, kau tak akan react macam tu. Apa punya wartawan da.

Ini antara petikannya:
Cik Normah juga dapat tahu daripada teman yang pernah menemu bual penyanyi itu, dia seolah-olah tidak suka bila ditemu bual. Soalan panjang berjela yang ditanya hanya sepatah saja jawapan yang diberikan. Lain kali kalau tak suka jangan panggil media. Alaaa...Zee Avi pun bukanlah nama yang besar sangat di Malaysia ni? Nama Zee Avi tidak jadi sebutan sangat.

Macam di AIM 17, ramai kawan-kawan Cik Normah cakap persembahan Zee Avi biasa saja. Taklah hebat mana pun! Bagus lagi persembahan Yuna. Kenapa tidak berpijak di bumi nyata saja. Bukan rugi pun.
Melalui pengalaman aku Zee Avi seorang yang sangat friendly. Kalau tak friendly masakan dia dengan aku berpelukan suatu ketika dulu.

Tak boleh blah ayat "taklah hebat mana pun!". Kena gila dengan entri 'Jeles ke?' aku tu. Nampak sangat tak ikhlas, dan cepat busuk hati, dan sangatlah mudah nak mengadili orang. Dan obvious juga semua dalam artikel dia bukan berdasarkan fakta, tetapi lebih kepada 'kononnya'. Artikel tersebut ada tujuh perenggan, tiga daripadanya ada menggunakan 'kononnya'.

"Berpijak di bumi nyata saja."? Bumi kau tu tertakluk kepada Malaysia je ke? What the huck lah weh. Ish. Kau tau tak dia berjaya menambat hati orang di SERATA DUNIA? Tidak ramai Malaysians yang dapat capai tahap begitu.

Kalaulah Zee Avi tu tak berpijak di bumi yang nyata, takdanya dia nak buat lagu Kantoi tu, takdanya dia nak balik ke Malaysia, takdanya dia nak berbahasa Melayu kat Twitter dia.

Aku malu. Orang yang aku rasa sangatlah berbakat yang patut dipuji, dikeji pasal benda yang sememeh je, itupun ntah betul ntah tidak. Wartawan macam ni jenis wartawan yang sepak tunggul, tunggul yang kena marah. Apa nak jadi weh.

{ANNA}

20100505

Jeles ke?

Sungguh emo sekali topik-topik aku sejak kebelakangan ni. Aku mengaku aku seorang yang cepat jeles. Kalau boleh apa yang orang ada aku teringin ada, kalau orang tu macam best je aku tengok aku nak lagi best. Itu sebab aku seringkali rasa tidak puas, dan tidak cukup bersyukur dengan apa yang aku ada.

Entahlah, kenapa mudah sangat aku rasa macam tu. Tapi, aku takdalah pulak rasa sampai tahap dengki. Kejap, jeles dan dengki bukan sama ke? Point aku, takdalah aku rasa jeles tu sampai aku benci orang tu, atau menyampah. Takda aku sampai tak boleh tengok orang lebih dari aku. Malah aku tumpang gembira untuk orang tersebut dengan setulus hati aku. Cuma aku tidak dapat lari dari rasa iri tersebut mesti akan timbul sedikit.

Tapi aku rasa perasaan itu normal, terutamanya bagi perempuan? Tipulah kalau tak. Cuma tahap kita layan perasaan kita tu yang harus kita kawal. Jangan sampai hati jadi busuk berulat. Tanda-tanda orang hati busuk ni, akan keluar statement seperti:
1. Alah, dia tu anak orang kaya, bolehlah dapat macam-macam.
2. Bukan cun sangat pun dia tu, mekap je lebih.
3. Cantik je lebih minah tu, tapi perangai macam sial.
4. Oh, patutlah....
5. Best sangat ke dia tu?
Dan sebagainya. Sedar tak sedar pernyataan seperti di atas tu memang ada unsur-unsur kedengkian. Kenapa tak boleh cakap macam ni?:
1. Rezeki dia tu jadi anak orang kaya.
2. Cantiknya dia bila pakai mekap.
3. Cantiklah perempuan ni. (statement perangai sial tu walau benar pon, simpan je dalam hati, sebab perangai kita tu bagus sangat ke pon?)
4. Oh, beruntung dia...
5. Dia ni memang best kot!
Aku paham, lebih best buat statement yang lebih lantang dari yang baik-baik ni. Baru sok sek gossip, panas. Itu yang lebih seronok, membuatkan diri sendiri rasa lebih bagus dari orang tu. Yang sebenarnya, menunjukkan yang diri tu low self esteem, di mana mencari kesalahan atau kekurangan orang tu dapat menaikkan semangat diri supaya tidak down. Tapi percayalah, perasaan macam ni sekejap je rasa syok, selagi kita duk melihat orang lain secara negatif, selagi tu kita akan rasa sentiasa tidak berpuas hati.

So, cuba dari sekarang ubah persepsi. Hidup akan lebih tenang, senang dan riang.

{ANNA}

Ini baru gamer kental.

Pagi ni aku baca di dalam akhbar The Star, seorang lelaki berusia 21 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan mengepau RM 40 dari budak sekolah kerana hendak bermain game Counter Strike.

Aku selalu rasa teruja melihat orang yang duk main game multiplayer ni semua di cyber cafe. Satu lagi World of Warcraft. Rasa macam manusia yang sangat happening. Aku sebenarnya teringin sangat nak try, tapi rasa macam ntah lambat sangat kot, orang dah main benda alah ni dah bertahun-tahun, aku baru nak terkedek-kedek cuba. Malu lah sebenarnya, gila tak cool mak budak ni, nampak sangat n00b.

Oleh kerana keegoan aku, aku kuburkan sahaja niat aku itu. Selamatlah budak sekolah dari dipau RM 40 oleh seorang gamer kental.

{ANNA}

20100503

Banyak followers tak bermaksud blog kau tu bagus.

Aku bercakap tentang aku sendiri. Serius, bagi aku blog yang bagus tak semestinya blog yang 'kelihatan' popular. Ramai followers, atau ramai komen, atau disenaraikan di dalam banyak blog list atau mendapat alexa atau google page rank yang tinggi.

Bagi aku, bilangan followers yang aku dapat itu tidak penting, mungkin sekejap jelah kembang hidung, tapi realitinya, SIAPA yang follow atau senaraikan aku dalam bahan bacaan diorang itu jauh lebih penting. Aku sanggup ada satu sahaja follower yang aku sendiri sangat hormati yang aku suka membaca blognya, pendapatnya, berbanding dengan 1000 follower yang random. Contohnya, hasil fotografi aku, aku rela 999 orang membencinya tapi Cindy Sherman sorang yang menggilai hasil aku.

Sama seperti hidup. Aku lebih rela mati, jika semua orang menyayangi aku, tetapi di benci oleh ibu, ayah, atau suami aku.

Kembali perihal blog. Aku sebenarnya mula merasakan menulis dalam blog ini seperti mendukung satu tanggungjawab yang besar, melihatkan jumlah followers aku yang makin meningkat. Aku rasa aku patut memberi contoh yang baik pada yang mengikut. Aku rasa seolah, aku sepatutnya menulis entri yang berkualiti supaya bila orang melihat blog aku mereka akan berkata "padanlah blog dia ramai followers, bagus jugak". Bukan aku mengharapkan pujian orang, dan ikutkan, ini blog aku, ikut suka hati akulah nak tulis macam mana pon kan. Aku kagum dengan bloggers yang mampu menghasilkan entri yang membuat orang berfikir.

Antara blogger yang aku paling kagumi ialah Noe a.k.a Perempuan Jomblo yang dah tak jomblo lagi, tapi anaknya mungkin. Kadang-kadang aku sedikit iri dengannya, aku iri dengan cara pemikirannya, cara penulisannnya. Dan aku juga terperasan yang dia tersenarai dalam banyak blog list di antara blogger-blogger lain yang aku juga kagumi. Ya aku suka jengah blog list orang lain, aku tengok siapa yang terlist dalam senarainya, dan dari situ aku tahu orang tersebut punya taste membaca blog yang BERKUALITI dan bukan blog sampah.

Antara blogger lain, Magenta, walaupun dia tidak setegar dulu, tapi banyak entri dia yang aku rasa memang hebat. Aku suka, kagum dengan cara pemikiran dia. Aku rasa mereka ni golongan yang sangat bijak dan matang dalam hidup. Aku sering tertanya pada diri sendiri "shit, kenapa aku tak mampu nak berfikir dan menulis seperti mereka?".

Dan aku rasa, ini semua kembali pada pengalaman hidup. Aku memang seorang yang sangat tidak matang. Aku terlalu manja, yakni keserabutan aku yang aku sebutkan tempoh hari. Semua benda aku ambil terlalu mudah bagi aku, sehinggalah ia menyusahkan aku. Sekarang, sejak aku jadi ibu, baru aku mula hendak bertatih berfikir dan hidup seperti orang dewasa.

Bagi aku, walaupun kebanyakkan blogger yang aku kagumi, muda dari aku, aku rasakan diorang bertahun-tahun lagi matang dari aku, lagi bijak mengatur perjalanan hidup. Mereka banyak buat aku berfikir tentang diri. Macam pathetic pon ada, padehal dari blog diorang je pon, tapi hakikatnya, banyak penulisan mereka membuatkan aku fikir tentang hidup aku sendiri.

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...