20100430

Anda seorang bapak yang suka berblogging?

Blog baru http://bapakblogger.blogspot.com/ kini sedang mencari bapa-bapa di luar sana untuk menyumbangkan certia, pengalaman, atau apa-apa artikel berkaitan dengan menjadi seorang bapa, penjagaan anak, dan isu-isu kekeluargaan.

Berminat? Untuk info yang lebih lanjut sila baca Looking for father bloggers in Malaysia di bapak blogger.

20100429

Macamlah bagus sangat English kau tu.

Tadi di Twitter aku mengeluarkan statement, yang aku sampai sekarang masih keliru dengan penggunaan 'has' dan 'have'. Masa aku tengah tulis ayat ni 'If anyone has been reading my Budu dan Belacan blog, or facebook status updates, you've probably heard me talk a few times about financial downs' di blog Not Much of a Secret aku tu. Aku keliru nak tulis has atau have. Terima kasih pada Magenta, Jeb & Jannah yang hebat, menyelesaikan kekeliruan aku tu.

Walaupun aku rasa English aku no not bad, percakapan dan penulisan, aku masih rasa banyak lagi kelemahan, aku rasa aku masih banyak kurang vocabulary dan grammar sana-sini.

Tadi aku terperasan, bila mengulas satu blog aku sebut 'your' instead of 'you're'. Tapi kesalahan itu memang dikategorikan sebagai common errors in English. In fact, mat salleh sendiri pon selalu mix up your dengan you're.

Aku selalu menegur Pitt, dan kawan-kawan juga bila diorang salah sebut. Mana aku boleh betulkanlah. Aku selalu perasan yang kesilapan berlaku dengan benda yang singular dan plural atau perkataan yang melibatkan 's' di hujungnya, dan juga pengunaan tenses, sebelum, selepas dan semasa.

Antara benda yang aku selalu noticelah orang salah sebut, 'that's mean' atau 'that is mean' bermaksud itu kejam. Yang orang nak sebut sebenarnya adalah 'maksudnya' yang sepatutnya menggunakan 'that means'.

Yang lain pulak, dalam myspace ke facebook, bila approve friend request, diorang akan kata 'thanks approved'. Patutnya sebut 'thanks for approving me' atau 'thanks for the approval'. Tapi, kalau orang tanya aku balik, kenapa macam tu? Hah, di situ aku memang fail, tak reti nak explain. Aku akan jawab 'because it sounds right'.

Dulu masa aku ambik English & Literature kat UIA, aku ingat aku akan grad dan kerja jadi lecturer. Harapan. Ngaji pon tak habis, sebab aku bosan bila kena buat assignment. Otak aku jadi beku, tak tau nak start macam mana. Masalah sket bab nak tulis benda secara formal ni. Yelah, kata aku ni manusia serabut dan tak terurus kan. By the way, terima kasih pada semua yang meninggalkan ulasan pada entri tu. It helps. Aku nak jawab, tapi nanti ya, dia perlu ada mood, sebab entri tu suatu yang serius dan sensitif bagi aku.

Aku ada je sebenarnya bukak private blog, antara aku ngan Pitt. Di mana kitaorang akan menulis entri dalam English, dan aku akan perbetulkan mana salah. Teringin nak buka secara public supaya orang lain boleh join, tapi segan sebab aku yang menegur tu pun, bukan power sangat pon, nanti macam berlagak pandai pulak. Tapi aku cubalah sedaya upaya aku mana yang boleh tu. Sama-sama kongsi ilmu.

Sebenarnya penguasaan bahasa Inggeris ni penting. Dulu aku dah pernah sebut tentang ini. Kelmarin, aku ada berjumpa dengan sorang mamat ni lah, dia belajar Engineering di Jepun, hebat tu. Balik Malaysia, susah nak carik kerja, sebab English dia agak fail katanya. Bukanlah nak mengagung-agungkan bahasa Inggeris, tapi secara realitinya, it does help you go places when you know how to speak and write proper English. Betul tak?

Korang punya English camna? Okay tak? Percakapan, penulisan? Apa rate diri sendiri dari 1-10. Kalau aku, percakapan dan penulisan 7 or 8. Ntahlah, susah nak rate diri sendiri. Aku sendiri rasa belum cukup hebat, tapi aku pernah je kena puji dengan orang putih kata English aku power. Hoh, kembang jugaklah masa tu.

Teringin nak tulis buku or article untuk magazine atau newspaper. in English Macam best je, tapi ntahlah rasa macam tak layak je?

{ANNA}

20100426

Katak di luar tempurung #013

Inilah wajah seorang perempuan yang gembira
kerana dapat makan ribs di Tony Romas.

Gambar yang dipetik sepanjang perjalanan
dari rumah di Petaling Jaya ke Sunway Pyramid.
Singgah di Pasaraya Bintang untuk
membeli lampin pakai buang anak.

Ketibaan tetamu kehormat di Sunway Pyramid.
Picit untuk tiket, cari tempat parking yang kosong,
wah ada kereta yang nak keluar, tunggu, masuk,
terlihat beruk dan gadis-gadis separuh bogel.

Mmmm. Masa untuk makan.

Pasangan suami isteri yang bahagia.
Dari atas, Ila, Daous & Aariz anaknya.
Tengah, Leila & Zaki.
Terakhir, pasangan kekasih, Anna & Pitt.
Kesian anak mereka Luqman ditinggalkan di rumah.

Lepak di Tony Romas sampai semua kedai dah tutup. {ANNA}

20100425

Posing biar berpada cik adik oi.

IMEJ ASAL DI SINI

Aku beberapa kali melihat gambar-gambar anak muda kita berposing macam ni. Perempuan mahupun lelaki, tapi kebanyakannya perempuan. Tahukan anda maksud di sebalik pose sebegini iaitu membuat peace terbalik dan lidah di tengah-tengah? Kalau yang dah tau dan sengaja buat, itu ikut suka hati koranglah.

Yang gadis bertudung pon banyak juga aku terlihat buat pose begini dengan tangan dan lidahnya. Comel mungkin? Well, aku straight to the point ya. Bagi yang tak tahu, hand gesture ini sebenarnya tanda aktiviti seksual di mana bahagian toot perempuan dijilat. Woooo.

Oleh yang demikian, paham-pahamlah ye? Sila berhati-hati dan janganlah bergambar sebegitu ropa, lebih-lebih lagi gambar sewaktu hari raya bersama keluarga.

{ANNA}

20100423

Ubat ketiak terapung.

Rexona Men Power memang power sampai boleh terapung. Ni gambar ubat ketiak Pitt yang aku shoot tadi. Sememangnya aku memetik ini ketika ia tengah terapung di awangan. Itulah gunanya ilmu bermain dengan shutter speed ni. Boleh ambik gambar ubat ketiak yang terapung.

Rexona Men Power ni memang best gila. Macam ni ceritanya. Aku dengan Pitt pergilah ke Digital Mall di Seksyen 14, Petaling Jaya untuk membeli PC aku yang baru. Lepas tu, aku ajak dia, nak singgah Guardian jab, sebab nak carik sharpener untuk eyeliner aku untuk kali ke berapa tah. Asyik hilang je sharpener tu. Jadi singgahlah kat Guardian. Pitt pon turut lah mencari barang keperluannya. Lalu dia pon mengusha ubat-ubat ketiak. Dan seperti biasa tanya pendapat aku, sebab aku jugak yang akan cium bau ketiaknya, dan aku akan membebel kalau busuk. Busuk busuk pon sayang je sebenarnya.

Tapi sebab Pitt tu suami yang boleh tahan mithali, dia menghormati deria bau aku ni. Lagi-lagi masa tengah mengandung hari tu, teramat sensitif hidung ni. Even sabun mandi pon aku memilih sebab ada yang buat aku rasa mual bila bau.

Okay, jadi aku pon memilihlah yang mana rasa-rasa bau best. Sebab deodorant ni kalau salah guna, lagi teruk bau adalah. Bayangkan bau peluh campur dengan bau yang kononnya wangi, jadi, sangat euw. Aku recommend yang jenis kering. Yang kering ni biasanya berwarna putih dan rupa macam sabun sket, bagus sebab tidak basah (yelah jenis pon yang kering, jadi tak basah la kan, duh). Bau dia pon best, tak over. Sedang-sedang.

Satu lagi, pesen aku ni, jenis suka tengok barang mana yang tinggal sikit. Bagi aku kononnya barang tulah yang paling hot, sebab tu tinggal sket. Selalunya macam tu. Yang ni pulak hanya tinggal satu. Aku pon terus suruh ambik.

Jadi, balik, keesokan dia nak ke kerja, terus dia try. Tak perlu pakai minyak wangi pon, serius bau best sampai ke petang. Fresh. Aku pon ingat nak beli jugaklah. Tapi takut bau terlalu jantan. Tergoda nanti aweks.

Sebenarnya, aku ngan Pitt ni Alhamdulillah ketiak takda nak bau sangat, tapi sejak dah bersalin ni, hormon macam hyper sket, jadi ketiak tidak sewangi dulu. Haha. Yang peliknya, aku yang bersalin tu pahamla kan, si Pittnya pon turut terkesan. In fact, masa awal-awal pregnant dulu pon, Pitt yang rasa macam lapar mengidam, dan ada sekali-sekala rasa sedikit loya. Huh. Tapi ni memang fenomena biasa pasangan suami isteri. Ramai saja suami yang turut rasa simptom morning sickness masa isterinya mengandung.

Ini kot namanya sehati sejiwa?

{ANNA}

20100422

Aku manusia serabut. Minta nasihat anda.

Ya walaupun umur aku dah 28 tahun (lagi 2 tahun nak masuk 30), dah kahwin, dah ada anak dah pon masih hidup di dalam keserabutan. Aku tau readers aku banyak yang muda mudi, tapi tak semestinya aku tak boleh minta dan dengar nasihat korang.

Macam mana korang boleh belajar sampai habis? Macam mana korang boleh buat kerja sampai habis? Macam mana korang boleh mendisiplinkan diri? Macam mana nak jadi orang yang lebih terurus? Macam mana nak jadi orang yang boleh menepati waktu seperti yang dijanjikan? Macam mana nak bijak mengurus dan mencari duit?

Semua konflik ini dah terlalu lama aku hadapi, duk pusing-pusing. Macam-macam cara aku cuba untuk memotivasikan diri. Kadang-kadang tu menjadi kejap, tapi hangat-hangat tahi ayam jadinya. Aku fedap betul dengan diri sendiri.

Apakah masalah aku huh?

Mungkin sebab aku ni dah ada semua, keluarga yang menyayangi, suami dan anak yang cukup sempurna di mata aku, hidup yang boleh tahan selesa. Itupun sebab masih tinggal dengan parents. Aku teringin nak tinggal sendiri, tapi aku tak sampai hati dan tak sampai duit nak pindah keluar dari rumah. Dan lebih lagi, mak aku sendiri nak aku tinggal di sini, menemani dia dan ayah sebab abang aku yang lain pon dah pindah lain, jadi diorang pon berdua je. So okaylah, rumah pon ada bilik kosong, jadi rugi pulak kalau tak menggunakannya kan.

Adakah aku terlalu dimanjakan? Salahkan parents, itu memang tak patut. Semuanya aku, aku yang tak reti atau tak mahu menjadi manusia yang lebih maju ke hadapan. Aku selalu rasa kurang matang berbanding orang lain, kawan-kawan, malah orang yang lebih muda dari aku.

Ikutkan, aku sebenarnya sangat happy, cuma itulahnya, aku satu je masalah, masalah tak pandai nak bekerja untuk duit. Padehal dapat banyak je job yang masyuk, tapi sebab aku ni agak serabut orangnya, bendanya tak berapa nak menjadi. Ish, aku geram dengan diri sendiri. Haih. Aku suka buat benda untuk suka-suka, sangat gagal bila buit benda untuk duit. Duit bukan motivasi aku. Patutnya benda tu bagusla kan? Tapi ni mendatangkan masalah pulak. Sian Luqman nanti, aku nak sangat dia merasai kesenangan yang aku rasai sekarang.

Macam mana ni? Di harap anda dapat membantu saya dengan menghulurkan wang nasihat. Hehe. Thanks.

{ANNA}

20100421

Cikgu Siti & Ahmad Zakaria si penyanyi.

Inilah fenomena yang terjadi bila kebosanan melanda, memperkenalkan Cikgu Siti:



Dan ini pula, Ahmad Zakaria si penyanyi:


20100419

Konsep angkat-angkat, junior dan senior.

nak jadi adik angkat boleh?
Hello. Saya dah jadi mak-mak. Tak main lah adik-adik angkat ni. Anak angkat mau?
Entri tercetus oleh soalan di atas ini di formspring. Terkenang aku zaman kanak-kanak di alam persekolahan dulu. Aku pernah ada adik angkat, dan beberapa kakak angkat. Susah jadi kiut ni, ada siap berebut-rebut lagi nak kat I ni. Abang angkat takda, terus nak diangkat adalah. Ahahaha. Euw.

Okay, so rasa macam very the lame konsep angkat-angkat ni. Tapi entah camna boleh terjebak dalam kancah ini. Seronok kot? Kalau macam aku ni, ada la alasan gak, aku sorang je perempuan dalam family, yang lain semua abang, jadi aku dahagakan kasih sayang seorang kakak. Dimanja-manjakan, tempat untuk merintih dan mengadu masalah jiwa remaja. Tapi aku rasa ia lebih kepada 'social standing' di dalam kelompok sekolah tu, konon lebih 'cool'. Cool lah sangat.

Zaman sekolah dulu memang poyo, beza umur setahun je, atau pun tak sampai pon setahun, dah rasa kesenioritiannya. Oh please. Kalau beza umur tingkatan 1 ngan tingkatan 4 tu bolehla terima jugak, ni takat beza tingkatan 3 ngan 4 pon dah nak berlagak. Huh. Tak taulah zaman sekarang ni camna? Macam tu lagi ka?

Anyway, kalau sesiapa nak jadikan budak kat bawah ni, adik angkat dia, boleh je. No, aku bukan nak kata 'boleh bla', sangat disgusting okay pernyataan tersebut, siapalah yang cipta. Aku serius ni, memang boleh, tapi kena bayar la, RM 1,000/sebulan. Kalau nak dukung ke, peluk, cium, ada charge lebih. Amacam berminat tak?



Ahaha. Haih anak aku. Gambar ni ambik masa pergi makan-makan sama keluarga menyambut hari jadi mak yang ke 66. Kalau nak tengok lagi gambar Luqman, bolehlah klik di sini.

{ANNA}

20100415

Kerana duit, blog jadi sampah.

Aku tercakar oleh Tok Rimau hari ni. Teringat pulak pasal duk sibuk berblogging untuk menjana pendapatan ni. Bagi aku idea dapat wang bila berblog ni memang bagus. Yelah, side income. Dan bagi sesetengah, itulah punca rezeki dia semata-mata. Kalau dapat sampai tahap macam tu, sangat seronok. Aku sendiri teringin macam tu, lebih-lebih lagi dah jadi mak-mak ni. Boleh duk rumah layan anak, berblogging saja kerja.

Tapi, melalui pemerhatian aku, dan juga pengalaman sendiri. Kekadang tu, sebab gila sangat nak kais duit ni, blog pon dah jadi macam sampah. Entri semua mengarut, contohnya, dicilok dari internet semata-mata. Nak cerita pulak semua benda yang 'hot' saja. Bagus je mengulas pasal benda terkini, tapi kalau dah jumpa 10 blogger cerita dan duk ulang cerita sama, rasanya tak payah dah kot dah nak cerita benda tu jugak. Lagi-lagi kalau tiru dan tempek.

Blog ni ada macam-macam kategori. Paling ramai terjebak adalah blog personal, tulis pasal kehidupan seharian. Tak kisah pon nak tulis pasal cirit-birit ke, pasal beli seluar baru ke, pasal rambut yang baru dipotong, segala-galanyah auw, okay ja, tapi kekadang tu bila baca dah rasa macam baca facebook nya status update atau twitter dah, cuma panjang sket. Ahahaha. Entri macam ni semua okay je, dah jadi macam catitan diari, cuma ada yang sikit-sikit nak cerita, sikit-sikit nak cerita, semata-mata nak ada pos baru agar blognya dilawat dan dapatlah trafik, yang mana kalau ada dipaparkan iklan, dapatlah sket beberapa sen dari lawatan tersebut.

Kesimpulannya, berblog ni kalau boleh janganlah sebab nak dapat duit semata-mata. Sebenarnya, apa-apa pon dalam hidup ni, bila buat berlandaskan duit, duit, duit, akan jadi tak best. Penat tau asyik duk kejar duit nieh. Haih...

{ANNA}

20100413

Kor per tak?

Kor per tak cub cak steng mac ni? Dul-dul kat sek mac-mac jen bahas gun. Ad yang gun 'f' mac ni:
Takfak (kalau dah kawin takpalah, haha) pefening kefe cafakapfap mafacamfam ifinini. Sifiafpafa pufunyafa angfangkafara lahfah yangfang cipfiptafa ifidefeafa bofodohfoh ifinifi. Mefemangfan takfak (eh lagi) kerferjafa lafainfin.
Mac or gil pon ad. Kal kor pah ap ak cak ni, kor mem heb. Ak tab sam lu or. Seb ak tul ni pon cam pen gil. Huh. Tak lar ak nak tul panj-panj.

pfi/ffes: Terferifingatfat katfat Infintanfan pufunyafa facefacebookfook stafatusfus hafarifitufu. Hefehefhe.

{ANFANNAFA}

(updated) DISQUS

Anna sedang mencuba commenting system yang baru iaitu DISQUS. Benda ni bukannya baru, cuma baru bagi blog ni la, ramai dah pun yang menggunakan DISQUS ni. Yang Anna nak guna nieh sebab, blogger takda feature untuk reply komentar secara direct, jadi di situ kurang syiok la. Dengan adanya DISQUS, ia sudah tidak menjadi masalah lagi! Cuma, sekarang ni Anna tengah tunggu komen yang lama dulu diimpot. Masalah yang ni plak keluar:
Current status: Error with import. It started importing at Today 04:50 PM
Jadi tidak seron lah begini. Sebab option untuk reply direct ni sangat best, kalau wordpress memang dah ada dah, tapi blogger entah kenapa sampai ke hari ni takda lagi. Tapi aku tetap setia dengan blogger. Dah terbiasa, malas dah nak godek yang lain. Aku setia pada yang satu sayang.

Tengah menunggu agar pihak DISQUS ni dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Nak komen tu rasanya takda masalah, cuma komen lama tu masih belum berjaya dimunculkan dalam sistem baru ni. Apakah silapku?

Ada sesiapa yang guna DISQUS ni? Mungkin bisa membantu? Pada yang lain, cuba tinggalkan komen. Rasa okay ke tak? Ke tak best? Leceh ke? Sebab kalau macam tak best dan menyusahkan, nak kembali ke pangkal jalan ni. Okay, terima kasih didahulukan kerana memberi respon.

UPDATE

Komen lama sudah berjaya dimpot dan dintegerasikan dengan sistem DISQUS. Yipaaa!

{ANNA}

20100412

Permintaan duit pinangan $10,000 USD ditolak.

Nampak gayanya aku tidak boleh duduk di rumah bergoyang kaki. Kerana permintaan $10,000USD aku telah ditolak sama sekali oleh si engineer. Aku ingat bolehlah bersuka ria dapat duit banyak, tak payah kerja sementara waktu bila dah dapat RM 32,000 tersebut.

Ini gara-gara syarat yang aku beri dalam email aku tulah. Terus dia tak balas e-mail aku. Haih. Aku kecewa. Lenyaplah 'feature' aku dengan dia.

{ANNA}

20100411

Mencarut menggunakan haiwan bernama BABI.

Diambil dari Precociously Naive.



Sekarang kamu tahu. Hahaha. {ANNA}

20100409

Tip #001: TasteKid


Anna baru sahaja mendownload LimeWire sebab hendak mencari benda-benda yang menghiburkan untuk memeriahkan PC baru Anna ni. Sebab dah lama gila tak layan musik, yang layan pon mana yang terdengar kat kaca tv atau radio, Anna pon sedikit lost, dan tak tau apa nak didownload. Jadi, Anna pon buat carian untuk mencari 'similar artist' untuk artis yang Anna minat. Lepas tu, terjumpalah website TasteKid nieh.

Carian movie di TasteKid

Situs ni ada beberapa kategori utuk dipilih, antaranya music, movies & books. So kalau korang ada apa-apa favourite contohnya Anna buat carian di bawah kategori movies, cerita "Labyrinth" antara all time favorite movie. First time tengok masa darjah dua, tahun 1992. Hahaha. Okay, so Anna pon taip saja Labyrinth, dan tadaaa, di bawah tu disenaraikan movie movie yang satu kerabat dengannya. Dan terbukti keberkesanan situs ni, sebab cerita seperti "Willow", "Mirrormask", "The Neverending Story", dan "Beetle Juice" adalah antara movie yang Anna sangat suka.

Jadi, Anna sangatlah mengesyorkan anda menggunakan TasteKid ni. Saya pengguna yang berpuas hati! Ho yeah!

{ANNA}

Aku salib jari-jari aku.

NOTA: Ini entri lama, tapi aku sengaja update kembali, sebab masih ramai yang berbuat begini tanpa mengetahui maksud disebaliknya. Kita duk sibuk dengan penggunaan 'Allah', padehal benda yang kita sendiri buat tak betul takda pulak nak ditekankan. Haih.
Aku salib jari-jari aku? Ayat yang lebih glamer dan biasa didengar 'I cross my fingers' atau 'Keep my/your fingers crossed'.

Dalam movie atau cerita omputih, kita biasa melihat ada karekter yang akan meletakkan tangan di belakang sambil menyilangkan jarinya, ada beberapa tujuan perbuatan dan frasa ini diungkapkan, antaranya supaya harapannya dimakbulkan , sebagai good luck ke, atau ketika mereka berkata "I promise" walhal dalam hati berniat lain.

Dan secara tidak langsung ramai yang terpengaruh untuk berbuat begitu juga. Termasuklah sekali aku suatu ketika dulu, member Anna dan artis-artis tempatan di kaca televisyen.

Anna buat tu sebab terikut member, masa tu tak silap umur Anna 6 tahun. Ketika itu tinggal di Amerika. Buat-buat ngan member, sebab rasa best. Pastu Anna pon baliklah rumah, tah cemana buat depan mak. Terus mak Anna menegur.

Mak Anna pun explain, perkataan 'cross' dalam 'cross my fingers' itu adalah sebenarnya simbol untuk salib yang juga dapat dilihat unsur-unsur fizikal salib dengan melihat cara jari itu menyilang. Dan Anna pasti, ramai juga yang tidak tahu akan perihal ini.

Asal-usul 'keep my fingers crossed' ni tidaklah dapat dikenalpasti dengan sahihnya. In fact, these days the Christian connotation has been lost. It's just a gesture and a phrase. Tetapi, ada teori yang mengatakan aksi menyilang jari ini berlaku ketika zaman pra-kristian lagi. Ada yang kata ia adalah simbol rahsia masa Christianity ini illegal pada suatu masa dahulu.

Dan frasa dan penyilangan jari ini juga sama seperti frasa yang tidak kurang popularnya 'Cross my heart hope to die' yang di gunakan apabila hendak mensahihkan apa yang kita kata itu adalah benar, macam kita bersumpahla kiranya.

Jadi bagi sesapa yang duk buat tu, sila hentikan, dan juga tegurlah member-member kamu yang duk buat gak, kecuali non-Muslims, Kristians tu takpalah. Ahaks.

Okaylah, tu saja buat kali ni. Harap dapatlah disebarkan perihal ini ya, sebab ramai sangat yang Anna tengok dok buat. Yang tak tahan kat dalam kaca TV tu, rilek saja artis-artis kita menyilangkan jemari mereka tanpa tapisan. Huhuhu. Orait, tata.

{ANNA}

20100408

Seronok dowh bila semua benda baru!

Ho yeah. I tengah happy ni. Semuanya serba baru. PC baru. Sungguh enak la nak buat kerja. Printer pun baru. Wuhuhuhooo! I'm very impressed with this new printer. Laser printer tuuu. A Canon Laser LBP3050. Yang rasa teruja sebab murah plak tu. Laser printer kan biasanya like, atas seribu kot? This one is only RM 429. Terkejut kan dengar? Siyes weh, I no lie you.

Memang laju gila nak print. Zass. 14 page setiap menet. Gila cepat. This one is black and white laser printer khas untuk print dokumen-dokumen. Yang mana kat rumah Anna ni memang banyak berguna, sebab my dad guna since dia pon saorang lecturer, banyaklah print notes, exam questions, dan dia pon rajin print artcles from the internet for him to read.

Hoh, Pitt pon buat syok, sebab dia leh print
surat-surat formal dia kat dia punya letterhead firm dia.
Printer ni ringan, dan tidak besar, so nak print atas lantai pon bisa!

Kalau inkjet, dia punya ink tulisan tu macam kembang sket, this one is extremely sharp, and chanteklah! Nampak professional. Chewah. Geram tengok, rasa nak jilat je kertas tu. Secara lebih spesifik, resolution dia sampai 2400x600 menggunakan Canon's Automatic Image Refinement Technology (A.I.R). Pergh canggiah. Since Canon ni seperti semua sedia maklum pengeluar kamera, sudah pasti kualiti printoutnya mengagumkan.

Also bila on tu sekejap sangat tunggu, sebenarnya tak payah tunggu pun, boleh terus print. Kalau biasanya sempat gi ke dapur minum air dulu. So sangatlah menjimat masa dan bagus untuk orang yang tidak sabar. Hahaha. Printer nieh pulak tak guna electricity yang banyak, yang mana sangat lah menjimatkan. Butang power dia pon kat depan, so sebab nampak, kita pon akan teringat untuk off. Kalau dulu selalu je lupa nak tutup printer.
Printer ni sangatlah kiut miut. Bentuknya sangat minimalistik dan kemas.
Features dia takda mengarut. Very simple and sleek.

Yang tray tempat kertas tu keluar siap boleh lipat-lipat,
jadi sangat menjimat ruang. Plus, bila tak guna, boleh tutup,
dan boleh jadi sebagai penyelamat dari habuk-habuk.
Tak payah tutup pakai kain dah.

Sekarang ada promotion, dapat sekali dengan AVIRA Premium Security Suite ngan subscription 1 year. Kalau biasa antivirus software yang tu , is RM99. Huhh, and sangatlah berbaloi sebab Anna pon baru beli PC, so sangat berguna. Tapi tulah, kena cepat, sebab benda tu *while stocks last* dan sampai 30 April ni. Dan AVIRA ni is one of the best antivirus softwares!

Dekat PIKOM PC Fair tahun ni kat Kuala Lumpur Convention Centre, dari 16-18 April, harga lagi mureh, RM379 tak silap. So that's an extremely great offer.

Kalaulah offer ni ada masa Anna belajar dulu kan syok, banyak assignment yang perlu print. Serius Anna sangat galakkan students untuk beli printer ni. So kalau teringin, hah, silalah membeli belah di PIKOM PC Fair nanti. Kenapalah zaman aku takda printer ni, ah jeles
Dahla cepat nak tunggu dia start. Printer lain usually cam mengambil masa yang agak lama nak tunggu, jadi kalau korang seperti Anna, yang suka buat kerja last minute, memang bagus sebab nak tunggu dia process dan print tu meman g sangat pantas. Umphthhh. Takdalah nak terlewat ke kelas untuk hantar assignment atau sediakan handouts untuk presentation ke. Hahaha. Dulu selalu jek, dahla kerja last minute, pastu p rinter plak slow. Pergh, memang lewat. Nak bind lagi. Lepas tu mulalah nak drive laju ke kelas. Bahaya whoa. Masuk kelas pon dah tak cun sebab berpeluh-peluh.

Satu lagi feature penting, U-shaped paper pass dia, sangat smooth je laluan kertas nak print tu, takda nak berlakunya kesesakan kertas. Memang tensen yang teramat bila paper jam, dahlah membuang masa, merosak dan membazir kertas pulak. Ish ish.

Printer ni sesuai untuk SOHO (Small Office Home Office). Jadi printer ni sangatlah sesuai untuk print dokumen penting, surat-surat rasmi, or untuk leisure seperti nak print art zine ka, flyers ke, pon boleh saja, dan seperti Anna ment ion tadi, bagus jugak untuk student yang nak print assignment.

Penting tau ada printer yang mantap. Hidup akan rasa lebih senang dan tenang. Yipa!

Okay, bai.
{ANNA}

Babaku seorang penagih.

Pitt yang meriba anaknya, Muhammad Luqman Wazif
yang berusia 2 bulan ketika melayari internet.

PETALING JAYA - Menyelam sambil minum air. Itulah pepatah Melayu yang sesuai untuk seorang lelaki yang menjadi penagih tegar internet. Pitt, baru dua bulan bergelar bapa, masih dapat melakukan aktiviti melayari internet sambil meriba anak yang nyenyak tidur.

Katanya ketika ditemuramah, "Dengan cara ini saya dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan anak saya. Walaupun saya sibuk bermain facebook dan berblog, saya tidak akan biarkan anak saya begitu saja. Dan dengan cara ini, saya masih dapat berseronok, dan anak saya juga masih mendapat jagaan dan kasih sayang yang mencukupi."

Blognya boleh diakses di alamat http://www.meratip.com/

20100407

Rahsiaku Milikmu

So I've decided to write my English entries in another blog. Apa? Blog baru lagi, gila apa? Ya lagilagilagilagilagilagilagila. Dulu ada jugak tulis dalam ni sekali sekala, tapi macam tidak sesuai. Memanglah aku ada blog lain gak, yang blog artsy fartsy tu, yang blog ibu-ibu tu, itu yang aktif la termasuk yang ni. Yang tak aktif, blog kawen, blog chocolah, blog bermacam-macam lagi, yang blog private pon ada.

Kekadang tu rasa macam nak tulis je, nak membebel, rasa nak meluahkan perasaan, dan kekadang tu rasa lebih feel bila luahkan dalam hinglish. Dan kekadang tu rasa macam nak tulis je banyak-banyak, jadi sebab tanak menyemakkan kat sini, dan tak berapa nak sesuai untuk letak dalam blog yang lain yang sedia ada, aku pon ambik keputusan untuk gunalah blog tu.

Blog tu dulu private, adalah beberapa entri, dan invite beberapa orang. Tapi dah cam tak menulis dah kat situ lagi. Ni rasa macam nak menulis lagi. Plus, Anna pon nak improve lagi penulisan in English, someday nak jadik writer, maybe untuk article dalam magazine ke, newspaper ke. Wuhoo! Huh.

Korang sendiri ada berapa banyak blog? Ke satu je? Anna ada banyak gila, tapi yang aktif buat masa ni, blog arty tu, blog ibu, ngan budu & belacan nieh, mungkin yang baru ni pon akan aktif gak. Huhuhu. Aku cepat rasa bosan, tu yang jadi macam ni. Nasib baik tak cepat bosan dengan Pitt, yelah dia pon sekejap gemuk, sekejap kurang gemuk sikit, so takdala nak rasa bosan kan. Hahaha.

{ANNA}

20100406

(updated) Pinangan online: Si engineer dah respond kembali!!!

Okay, ini adalah rentetan peristiwa 'Whoa, aku dipinang orang?!' Kerana interested nak tahu adakah benda alah ni scam seperti ramai yang dah khabarkan, aku meneruskan dan reply pada mamat ni. Ni aku kongsi lagi screen shot.

Ini adalah respons aku. Simple saja. Dan berikut adalah reply dari si dia.

Aaaaaahhahahha. Adakah aku patut teruskan? Atau berhenti takat itu saja. WHAT IF he is for real? Ke memang 'modus operandi'nya sebijik macam ni? Pendapat anda? Waduh waduh.

UPDATE

Okay, sebab aku seronok. Aku pon terus reply. Haha, this is my latest reply. Seronok sampai tersalah eja 'prove' jadik 'proove'. Proove pon proove la. 'Traveling' pon salah eja. Rosak engrish aku. Haha. Tengah tunggu dia punya pulak. Reply aku kali ni memang kejam. Sekali dia memang niat murni nak cari bini. >_< {ANNA}

Kenapa aku buang shoutbox.

Aku patut buang benda tu dah lama dah. Bosan, orang tinggal mesej semata-mata untuk spam blog sendiri atau nak suruh pi jenguk kedai online depa atau nak khabaq suruh follow balik sebab depa dah follow kita. Sorry, aku cukup anti. Bagi aku, the best way nak mengalakkan orang lawat blog diorang kembali ialah dengan meninggalkan komen yang menarik dan bernas. Dan bukan dengan ayat-ayat seperti:
1. Dah follow, followlah blog saya pulak ye?
2. Blogwalking
3. Salam ziarah/singgah (Yang ni & no. 2 boleh tahanlah, kalau dia singgah tu sekurang-kurangnya baca entri kalau tak tinggal komen pon. Kalau tak seolah-olah pergi rumah orang bagi salam dan bla tak masuk rumah.)
4. Saya ada entri baru.
5. Jomlah singgah, ada macam-macam produk, murah bla bla bla.
Sebenarnya takda menjadi masalah, tapi kekadang tu nampak sangat orang tu singgah untuk mendapatkan trafik ke blog diorang. Yang lagi kronik siap suruh klik link ke nuffnang diorang, atau jenis yang suruh klik pada website yang buat duit tu dengan referral diorang, contohnya 'anda nak buat duit dengan mudah?', yang akan dilinkkan ke 'nakcepatkayatapimalas.com/romzi'. Ah ingat aku tak tau. So biasanya aku akan hanya copy link utamat nakcepatkayatapimalas.com dan bukan link referrer tu. Haha kejam kan aku?

Aku ada gak join menatang buat duit online tu, FinePTC, tapi ramai cakap tipu je benda alah ni. Makin lama aku pon dah makin macam rasa memang benda ni satu penipuan. Anyway, walaupun aku ada benda tu aku takdalah nak pi spam orang, spam pon dekat blog sendiri atau fb atau twitter. Takda nak menyemak rumah orang lain dengan komen yang takda kaitan langsung dengan blog yang dilawatnya tu. It's annoying and rude.

Kalau ada yang terasa tu, hahaha, padan muka korang. Hehe. Kalau nak spam, meh join Geng Blogger. Itu aku tempek link referrer, tapi rasanya bukan dapat duit pon. Mungkin untuk reference diorang sapa promote kot. Apa-apa je lah. Tapi serius, situs tu baguslah kalau nak spam blog korang, ada entri baru tu, boleh 'ping'. Dan yang bagusnya, bila kita ping blog kita tu, secara automatik dia akan bawa kita ke blog yang diping sebelumnya. Kemungkinan bertambah pelawat ke blog korang tu memang ada, tapi untuk dapatkan komen tu, macam tak berapa. Sebab masing-masing sibuk nak promosi blog sendiri. Termasuk aku. Ahaha.

Jadi, sila jangan menyemak shoutbox orang lagi okay? Dah ada website khas untuk itu semua. Jumpa anda di sana!

{ANNA}

20100405

Whoa, aku dipinang orang?!

Okay, aku tak tau sama ada benda ni spam atau memang benar, tapi hari ini aku dapat email dari this 'engineer' dude, yang mahu menjadikan aku isteri dia. Mungkin dia buat carian secara random dan menghantar email ni ke ramai lagi 'Asian women' yang lain selain aku dengan harapan mendapat sahutan. Dia siap attach gambar. Di sini aku nak kongsi bersama untuk tatapan dan hiburan korang. Manalah tau ada di antara anda yang dapat email sebegini juga. Tapi aku kasik blurlah gambar ngan nama dia. Aku ada buat carian google email dia, nama dia semua, tapi takda pulak. Jadi aku rasa mamat ni memang for real. Rasa kesian pulak, malu dia nanti kalau dia memang tulus. Ahahaha. Eh, so creepy.

Err, apa pendapat korang? Ada di antara anda yang berkenan tak? Kalau ada yang berminat bolehla aku passkan email anda padanya. Ahahahahahha.

Oh dan ni sebenarnya bukan kali pertama. Some time ago, ada sorang mamat dari Sweden, siap SMS dan call Anna lagi okay. Oh tidak.

{ANNA}

20100404

Katak di luar tempurung #012

Geng bas skoloh. Sahabat karib.
Bergambar di tepi kolam di MRSM Muar, tahun 1999.

Sampai dah beranak pun (belum pinak lagilah), kami masih berkawan.
Tadi petang di Delicious, Bangsar.

Mesti ramai di antara korang, yang punyai sahabat begini. Dari kecik atau sekolah lagi sampai ke sekarang. Ada pulak yang langsung tak keep in touch atau sampai lupa nama. Ada pulak yang jumpa kembali di facebook.

Huh, memang rasa sungguh seronok ada kawan macam ni. Harap-harap kami berkawan sampai tua kerepot. Tapi ni masih belum cukup corumn lagi lah. Aku sayang betul dekat diorang ni. Jarang sekali aku akan miss gathering kecil-kecillan kami. Berjam-jam lepak tak sedar masa berlalu, borak pasal zaman sekolah dulu, borak pasal kerja, borak pasal anak.

Beberapa hari yang lepas, kawan mak datang ke rumah. Diorang pon dah lama berkawan. Yang kelakar Anna ngan Pitt dok dengar depa duk borak pasal sakit-sakit badan, darah tinggilah, kencing manis lah, ngan ubat-ubat yang diorang makan. Aahhaha, agaknya, bilalah time aku pulak macam tu.

Membawa manusia kecik bersiar-siar di taman Kelana Jaya.

Dan ni kali ke-4 bawak si Luqman keluar. Kali pertama ke Sunway Pyramid, sepanjang 2 jam di sana, sepanjang tulah dia tidur, lena didukung agaknya, ngan aircond yang dingin. Dah nak balik baru terjaga, merengak nak susu. Kali ke-2, keluar makan malam sempena hari tua aku di Secret Recipe di dalam Giant yang berhampiran rumah, pun dia tidur juga itu budak. Kali ke-3, ke Taman Kelana Jaya, masa awal-awal tidur, lepas tu baru terjaga. Terkebil-kebil nak bukak mata. Tapi kali ni, dia berjaga sepanjang masa, adalah lena beberapa menet, horey. Good boy jugak lah si Luqman ni, merengek sikit tu kebiasaan, tapi masih mampu berada dalam kawalan dan tidak menganggu umi & babanya bersosial. Bolehla bawak jenjalan lagi nanti.

Kali ni Anna tak ambik banyak gambar, kalau kebiasaan, gambar makanan pon nak shoot. Bawak pon digital camera biasa. Yelah, dah ada anak ni, susah sket nak terhuyung-hayang kamera besar. Tas tangan (hehe 'tas tangan' tu).. tas tangan pon bawak yang kicik saja. Susah bawak yang besar sangat utk disandang, sebab nak permudahkan dukung Luqman nieh. Barang-barang Luqman, diaper, baju extra dan sebagainya babanya bawak dalam backpack. Huh! Nak bersiap tadipon bukan main lama. Umminya nak siap sejam, nak kasik settle Luqman sejam, adalah kot 2 jam lebih baru boleh bertolak. Pon tak berapa biasa, jadi agak gelabah barang-barang kerperluan baby, kang tertinggal susah. Harus betul-betul bersedia untuk menempuhi dunia luar. Huh!

Wokey. Baih.

{ANNA}

20100401

I tak suka #018: Services currently unavailable

Tengah syok dok layan House tadi. Lagi 10 menet dah nak habis cerita tengah climax ni, tiba-tiba keluarlah jalur info biru di atas skrin tv yang tercatit dengan megahnya "Services currently unavailable". Adula. Sangat menguji kesabaran. Dan memandangkan Malaysia ni negara Khatulistiwa, hujan itu kerap berlaku, jadi keraplah terjadi kejadian yang tidaklah menggembirakan sedang aku menonton rancangan yang menghiburkan hati. Jadi caranya? Sebab tak puas hati, aku akan mengoogle episod tersebut untuk mengetahui kesudahan cerita. Kalau tak, memang tidak keruan dibuatnya. Ah dunia kemodenan, engkau sungguh kejam.

{ANNA}
Related Posts with Thumbnails