20100218

Ummi yang suka memetik.

Lagi gambar di blog keiibuanku. {ANNA}

20100212

Video Luqman Wazif, hari ke-2.

20100209

Anakandaku, Luqman Wazif.

Assalamualaikum dunia. Ini adalah anak lelakiku, 3.09kg yang selamat dilahirkan pada hari Jumaat, 5hb Februari 2010 jam 6:51pm. Namanya Luqman Wazif. {ANNA}

20100205

Air ketuban pecah.

Rasanyalah. Tengah bersiap ke hospital. Doakan saya ya kawan-kawan.

{ANNA}

Ala tomey tomey.



Haih baby. Tengah poo poo pon boleh nampak comel. Haih, tadi dah pergi dah check up. Nampak gaya macam lambat je lagi. Lagi 3 hari ikut tarikh jangkaan. Tapi nak kata ada tanda-tanda tu, cam takda jek. Macam akan overdue je nieh. Huh, tak sabar!

{ANNA}

20100204

4 hari terasa macam 4 tahun.

Terjaga pukul 4 lebih pagi tadi untuk mebuang air kicil, lalu terus tidak bisa melelapkan mata kembali. Itulah rutinku setiap hari. Nasib dapat di ganti di siang hari.

4 hari, rasa macam 4 tahun lamanya. Mengikut jangkaan, 8hb adalah tarikh kandungan dalam perutku ini akan keluar melihat dunia. Huwarghhh. Waduh, I is no sabar already. Tiap-tiap hari, tiap-tiap jam, duk tunggu.. bila laaaa baby nak keluar niiiiii. Makin sarat, makin berat perut ni. Kalau tengah duk baring tu, nak pusing ke arah bertentangan, memang sangat susah, kadang-kadang memang sampai sudah tak dapat. Tapi takpa, dah jumpa taktik. Takyah pusing. Bangun dari posisi sedang baring tu, then tengah duduk tu, pusing badan, baru baring balik. Hu hu hu.

Tak sangka baby dalam perut ni dah lebih 3.1 - 3.2kg masa check up dengan doktor minggu lepas. Itu minggu lepas, minggu ni? Hari tu duk risau sangat baby underweight. Yelah, Anna nak pon kicik saja orangnya kan. Sekali hah. Lebih 3 kilo. Guano beb? Harap-harap boleh natural birth, dan dapat meneran dengan jayanya. Tapi kalau perlu bedah, nak buat camna, what's best for the baby.

Rancangannya, Anna akan amik epidural. Epidural ni bagi yang tak tau, adalah sejenis bius yang dicucuk ke tulang belakang, yang akan menghilangkan rasa dari pinggang ke bawah. Jadi, rasa sakit ketika rahim mengecut tu akan dikurangkan. Adalah kebaikan dan keburukan dia. Kalau guna epidural ni, mungkin akan lebih lama lagi proses melahirkan, sebab kita takda rasa nak push, dan bergantung pada doktor untuk memberi arahan untuk PUSHHHHHHHHHH. Dan adalah kisah-kisah horror lain. Tapi so far, dari pengalaman kakak ipar yang guna, dan kawan-kawan, semuanya baik belaka.

Anna ni kategori tahan sakit, tapi, sakit nak beranak ni rasanya kategori sakit yang gila sakit kot. Jadi, keputusan nak ambik epidural sebab, Anna rasa nak simpan tenaga untuk meneran nanti. Kalau tak pakai, mungkin agak letih sebab cuba menahan sakit contraction tu.

Haih, 4 hari lagi. Tapi takda pon tanda-tanda nak melahirkan. Kata doktor, biasanya, ada possibilty untuk melahirkan 2 minggu sebelum tarikh jangkaan, atau 2 minggu kemudian. Adeh, tak larat la nak tunggu 2 minggu kemudian, nak tunggu tarikh ni pon dah rasa seksa jiwa batin. Bukan apa, dah tak sabar dah nak rangkul si kecil dalam pangkuan ni.

Jadi, ada kemungkinan besar, kalaulah 8hb tu baby tak muncul lagi, Anna akan ambik option untuk diinducekan. Doktor kata lepas 8 tu dah boleh pilih tarikh kalau mau. Of course, biar berlaku secara natural lebih bagus, tetapi.. takut kalau tunggu, baby ni makin membesar, jadi mampukah saya? Tapi induce ni pulak ada chances untuk c-section, pembedahan tu, sebab kita 'paksa' untuk baby keluar. Kalau bernasib baik, tak perlu. Tengoklah. Sat lagi, ada appointment dengan doktor, nak dengarlah nasihat dia camna, tengok progres macam mana. Berat baby semua.

Adakah Anna rasa takut sekarang ni? Takda pon. Mungkin belum lagi. Cuma rasa tak sabar yang tahap agung. Padehal selama mengandung 9 bulan tu takdala rasa lama sangat, ni beberapa hari je rasa macam arrrghhhhhh. Esok-esok wahai gadis-gadis, tahulah anda rasa tidak sabar ni macam mana.

Doakanlah agar semua berjalan lancar ya? Agar mudah proses melahirkan ni! Dan kalau boleh biarlah cepat sket. Ummi dan baba dah tak sabar nak peluk dan cium dah ni...

Oh, dan terima kasih Damak yang tolong scankan the newspaper version from yesterday's Kosmo! article!

{ANNA}

20100203

Saya masuk Kosmo! Hik Hik Hik

BUKAN GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA (VIA KOSMO!)
Berposing dengan diri sendiri. Hik hik hik.

BUKAN GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA (VIA KOSMO!)
Berposing bersama objek-objek yang dimenangi. Hik hik hik.

Jadi silalah membeli akhbar Kosmo! hari ini. Kerat artikel tu, dan selit dalam wallet anda. Ataupun, framekan dan gantung di bilik anda, supaya bangun tiap-tiap hari boleh tengok sampai muntah. Ataupun boleh dibaca secara online di Kosmo! Online - Infiniti.

Hik hik hik. Oh dan terima kasih Rosmalina for the wonderful interview! Sangat baik orangnya. I like. ^_^

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...