20101220

Video pertama WE SAY WELL


Akhirnyaaaa kami telah sukses membuat video pertama kami. Yeah, Anna ngan Maria yang cantik lagi comel lagi kelakar gila dan semakin famos amos nampaknya sebab dia memang best! So silalah subscribe pada channel video kami iaitu WE SAY WELL. Heee. Itu baru intro, ada banyak kot benda yang kitorang akan buat, interview orang, serang orang, masak, tutorial, pasal fesyen, buat-buat pandai dan ajar korang BI dan bermacam-macam lagi.

Sampai bila nak mengharapkan pada orang luar je buat benda macam ni kan? Channel ni bukan tentang kami saja, tapi lebih kepada komuniti, which is korang semualah. So kami tidak akan syok sendiri, tetapi, syok sesama sendiri bersama-sama. Boleh kan macam tu? Hopefully benda ni selain hiburan, bolehlah korang dapat informasi menarik, belajar benda baru dan sebagainya. Insya-Allah. Semoga niat kami itu tercapai.

Jadi kalau korang ada pendapat ke, nak bagi idea untuk video-video kami seterusnya, atau agak-agak korang sendiri ada benda nak dikongsi dan nak selit dalam video ni, bolehlah email kami di wesaywell@gmail.com. Kalau best, bolehlah kami berbincang dengan lebih lanjut dan merealisasikan impian anda! Jyeah.

Okay. Sila sebarkan pada rakan-rakan anda juga! Terima kasih.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails