20101205

Pergh homputih cakap BM?

NOTA: DAH HABIS BACA ENTRI INI, SILA BACA KESIMPULAN AKU TENTANG HAL NI

Aku baru sahaja tengok video di youtube, seorang lelaki mat salleh yang sangat comel dan 'giginya sangat putih' yang cakap BM. Aku macam excited jugak sebab dia ajar English pada orang dalam BM, memang stail la, pon sebab post lalu yang aku bagi tips; Impove your English! yang mendapat sambutan yang agak kencang. Jadi ingat nak share lah sebab tips dia memang best. Yelah datang dari homputih sendiri. Dahlah comel. Eh bukan ke aku dah cakap dia comel. Ish, puan, ingat awak tu dah kahwin ada anak pulak tu. Ahahaha.

Sebelum tu aku pernah ter'paku' juga melihat video dua orang homputih yang juga buat video yang kononnya kelakar dalam BM jugak, pertuturannya macam 'belacan', busuk tapi sedap. Kerana tertarik aku pon pergilah kat page facebook depa. Wow ramai sungguh orang Melayu kita 'like' diorang ni. Terbaik!

Well ladies and gentlemen. Di sini saya nak perkenalkan, Mormonism. Okay, sebelum aku ulas lebih lanjut, aku punya ilmu tentang ni sangat cetek, tapi benda ni bagi aku sangat penting aku highlight memandangkan betapa dikagumi mat mat salleh yang berbahasa Malaysia ni. Kerana apa? Kerana mereka adalah Mormon. Info yang aku dapat ni semua digoogle.

Yang ni aku petik dari Wikipedia:
Mormonism is a religious movement. The people that belong to this religion are called Latter-day Saints, or Mormons. Their teachings are similar to many Christian churches, and they consider themselves to be Christian.[1] Some people disagree, because Mormons have beliefs that are different from the normal beliefs of other Christian churches.[2] The Mormon Church considers itself a restoration church. This means that members of the Church believe that it is the original Christian Church started by Jesus Christ and brought back ("restored") by Joseph Smith, Jr. in 1830. At first it was called The Church of Christ. Today there are about 70 groups who call themselves Mormon or Latter day Saint.
Ini adalah The Book of Mormon, Another Testament of Jesus Christ:

Dan Mormon ni ada cara pemakaian diorang. Baju putih berkolar, berlengan pendek, tali leher, dan seluar slack ada name tag. Tak silap depa juga menaiki basikal. Dan sentiasa akan berdua. Kira macam ada partner lah. Ni contoh gambar:



Biasanya Mormon missionaries ni start dari umur 19 tahun ke 24 tahun. Memang mereka nak target orang muda juga.

So Mormon ni ada ke kat Malaysia? Adaaaa. Kebanyakan akan berada di Sabah. Tinggal di sana dalam setahun macam tu. Ni salah satu komen dari salah seorang mereka yang aku ambik dari sini masa tengah carik info pasal depa ni:
He definetely IS a missionary. I know because I was one in Malaysia and in Malaysia we don't wear name tags or ties and we alternate with white and colored shirts and no suits. We always had our bags over our shoulder not a back pack. We always talked to people everywhere and sometimes our companion got a little out of distance because we were both talking to different people. It shounds like his companion was just in the next car, surely still in sight. Our "uniform" was toned as to not draw so much attention in a predominately Muslim country. We obeyed all the laws and did not teach muslims but police and immigration did not like us. Sometimes if they asked us what we were doing we would say jalan jalan cari makan. lol.

Anyway, Malaysia is an AWESOME place. I miss it soooo much. I was mostly in Melaka and Sandakan. I visited KL and JB a few times as well as Badar Seri Bagawan, Brunei. I was also in Singapore and Sri Lanka. The mission headquarters is in Singapore and has recently been reduced to just Singapore and Malaysia, previously it also covered Sri Lanka, Bangledesh and Pakistan. They are now part of North and South India missions.

Malaysia Boleh!!

Oh! and I think they should import the Proton to America
Komen ni dah lama, gambar ni dipost pada December, 2004. So sebenarnya dah lama diorang ada kat Malaysia. Huhu. Okay, jadi apa kaitan aku cerita pasal Mormon ngan video ni haaa? Perlu ke aku nyatakan apa yang dah nyata? Okaylah aku cakap jelah bagi yang tak berapa nak paham, hehe, sebenarnya mereka ada agenda diorang untuk menyebarkan kepercayaan diorang. Salah satu cara untuk belajar bahasa, sebab bahasa itu adalah senjata yang penting dan hebat kerana melalui persefahaman bahasa, dengan mudah kita boleh berkomunikasi dan menyampaikan idea.

Haa, but aku nak tegaskan, bukan nak takut-takutkan korang, atau suruh korang benci atau anti depa. Ni aku share komen yang aku setuju, yang diberi kat facebook aku tentang hal ni.
H S. Abell Jefrry
salam hormat semua,

saya tertarik untuk sembang tentang perkara ni. dan saya pun sudah sedia maklum perkara ni sejak dua minggu lepas.

bagi pendapat saya, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. mereka hanya lah golongan yang taat, patuh ...dan cinta pada agama dan kepercayaan mereka.

menyebarkan agama tidak salah mengikut undang undang mana mana negara dan termasuk lah agama Islam sendiri. mereka mempunyai hak mutlak untuk menyebarkan agama seperti mana kita juga.

TAPI APA YANG PERLU KITA BUAT?

perkukuhkan iman, dan tegur menegur sesama kita macam kak anna buat. ingat mengingati. dan JANGAN sesekali menyerang mereka, kerana mereka tidak lakukan kesilapan,

jangan kita rasa tergugat dengan agenda mereka. kalau tergugat, ini buktinya rapuh nya iman kita. kalau kita semua tahu tak akan terpedaya dengan agenda mereka, maka kita tidak perlu bertindak seolah olah paranoid.

beza mereka dan kita, mereka bijak dalam berdakwah, manakala kita hanya baca Alquran, percaya dan yakin, dan majotiti nya automatik menjadi hopeless dan ignorant. ini kita. percayalah.
:)
Jadi kepada anda semua, silalah berhati-hati (tapi takyah lah terlalu paranoid dan gelabah). Mungkin diorang betul-betul ikhlas hendak belajar BM tanpa agenda di sebaliknya?

Seperti yang Abel tu kata, diorang sayangkan dan taat pada agama dan kepercayaan diorang. Yelah sampai sanggup ke negeri orang, dan belajar bahasa dan budaya yang lain. Ikhtiar sampai buat video tu. Kita bagaimana?

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails