20100804

Hah, anak ikan??

http://itudiostudio.com/
Itudio Studio | Design & Photography Studio

Dah siap dah content website Itudio Studio ni. Baru proper sket. Jadi silalah melawat ya. Sorrylah aku lately busy sangat, blog ni pon dah terbengkalai. Tak ada masa untuk fikirkan benda-benda yang sesuai untuk diblogkan. Bila aku rasa lonely dan loser sahaja aku akan ada idea untuk berblog (eh jadi orang yang berblog ni lonely dan loser ke?). Hahaha.

Semalam kami pi beli akuarium untuk letak kat studio. Hari ni baru nak pi beli ikan. Kata tuan punya kadai, stok baru masuk hari ni. Jadi kami pon tunggulah hari ni. Lagipun, biar chlorin tu lama sket meresep ke dalam air, kasik cuci sket, baru ikan selesa dan happy.

Nanti nak cat lantai studio, lepas tu, gantung-gantung gambar sekali. Huhu, baru nampak tebabow sket studio ni. Makin semangat nak kerja. Sekarang ni pon Alhamdulillah, job dah mula makin masyuk since aku pon dah rajin promosi dan reply email. Ahahaha. Tapi masih belum tahap jutawan lagilah. Tunggulah bila ikan aku dah beranak-pinak, studio ni berukar jadi tempat ternak ikan, lalu aku akan jadi penternak ikan yang berjaya.

Jadi lepas ni, sesiapa nak cari 'anak ikan' datanglah ke Itudio Studio.

Okay bai.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails