Aku hari ni diajak oleh sahabat karib, Tiah untuk bersamanya sebagai tetamu untuk segmen apa tah dalam MHI. Membantu sahabat Tiah, Syazwani Diana Isa, yang merupakan salah seorang dari 6 finalis terakhir Top Host 2019 2010 (ya aku dari masa depan, thanks esumilyn tegur pasal tahun tu, serius tak perasan, haha) di TV3. Kami panggil dia Dee.
Setiap finalis perlu buat LIVE show selama 10 minit, topik bebas. Jadi si Dee ni pon dapat idea nak buat pasal kasut. Lepas tu dia teringat kat si Tiah ni yang pernah menggodam kasut untuknya suatu masa dulu, Tiah pulak ingat kat aku, jadi terlantarlah kami dia Sri Pentas itu.
Okaylah, ni gambar Pitt tolong snapkan sepanjang masa di sana pagi tadi.
Malaslah nak tulis caption. Haha. Jutaan terima kasih pada Tiah dan Dee kerana menjemput Anna. I love you girlz. Mwah! Harap-harap aku tidak menyepoil LIVE show cik Dee kita ni, kerana segmen ini antara assignmentnya. Huuuuuh.


