20100405

Whoa, aku dipinang orang?!

Okay, aku tak tau sama ada benda ni spam atau memang benar, tapi hari ini aku dapat email dari this 'engineer' dude, yang mahu menjadikan aku isteri dia. Mungkin dia buat carian secara random dan menghantar email ni ke ramai lagi 'Asian women' yang lain selain aku dengan harapan mendapat sahutan. Dia siap attach gambar. Di sini aku nak kongsi bersama untuk tatapan dan hiburan korang. Manalah tau ada di antara anda yang dapat email sebegini juga. Tapi aku kasik blurlah gambar ngan nama dia. Aku ada buat carian google email dia, nama dia semua, tapi takda pulak. Jadi aku rasa mamat ni memang for real. Rasa kesian pulak, malu dia nanti kalau dia memang tulus. Ahahaha. Eh, so creepy.

Err, apa pendapat korang? Ada di antara anda yang berkenan tak? Kalau ada yang berminat bolehla aku passkan email anda padanya. Ahahahahahha.

Oh dan ni sebenarnya bukan kali pertama. Some time ago, ada sorang mamat dari Sweden, siap SMS dan call Anna lagi okay. Oh tidak.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails