Anna baru sahaja mendownload LimeWire sebab hendak mencari benda-benda yang menghiburkan untuk memeriahkan PC baru Anna ni. Sebab dah lama gila tak layan musik, yang layan pon mana yang terdengar kat kaca tv atau radio, Anna pon sedikit lost, dan tak tau apa nak didownload. Jadi, Anna pon buat carian untuk mencari 'similar artist' untuk artis yang Anna minat. Lepas tu, terjumpalah website TasteKid nieh.
Carian movie di TasteKidSitus ni ada beberapa kategori utuk dipilih, antaranya music, movies & books. So kalau korang ada apa-apa favourite contohnya Anna buat carian di bawah kategori movies, cerita "Labyrinth" antara all time favorite movie. First time tengok masa darjah dua, tahun 1992. Hahaha. Okay, so Anna pon taip saja Labyrinth, dan tadaaa, di bawah tu disenaraikan movie movie yang satu kerabat dengannya. Dan terbukti keberkesanan situs ni, sebab cerita seperti "Willow", "Mirrormask", "The Neverending Story", dan "Beetle Juice" adalah antara movie yang Anna sangat suka.
Jadi, Anna sangatlah mengesyorkan anda menggunakan TasteKid ni. Saya pengguna yang berpuas hati! Ho yeah!
{ANNA}
Jadi, Anna sangatlah mengesyorkan anda menggunakan TasteKid ni. Saya pengguna yang berpuas hati! Ho yeah!
{ANNA}



