20100415

Kerana duit, blog jadi sampah.

Aku tercakar oleh Tok Rimau hari ni. Teringat pulak pasal duk sibuk berblogging untuk menjana pendapatan ni. Bagi aku idea dapat wang bila berblog ni memang bagus. Yelah, side income. Dan bagi sesetengah, itulah punca rezeki dia semata-mata. Kalau dapat sampai tahap macam tu, sangat seronok. Aku sendiri teringin macam tu, lebih-lebih lagi dah jadi mak-mak ni. Boleh duk rumah layan anak, berblogging saja kerja.

Tapi, melalui pemerhatian aku, dan juga pengalaman sendiri. Kekadang tu, sebab gila sangat nak kais duit ni, blog pon dah jadi macam sampah. Entri semua mengarut, contohnya, dicilok dari internet semata-mata. Nak cerita pulak semua benda yang 'hot' saja. Bagus je mengulas pasal benda terkini, tapi kalau dah jumpa 10 blogger cerita dan duk ulang cerita sama, rasanya tak payah dah kot dah nak cerita benda tu jugak. Lagi-lagi kalau tiru dan tempek.

Blog ni ada macam-macam kategori. Paling ramai terjebak adalah blog personal, tulis pasal kehidupan seharian. Tak kisah pon nak tulis pasal cirit-birit ke, pasal beli seluar baru ke, pasal rambut yang baru dipotong, segala-galanyah auw, okay ja, tapi kekadang tu bila baca dah rasa macam baca facebook nya status update atau twitter dah, cuma panjang sket. Ahahaha. Entri macam ni semua okay je, dah jadi macam catitan diari, cuma ada yang sikit-sikit nak cerita, sikit-sikit nak cerita, semata-mata nak ada pos baru agar blognya dilawat dan dapatlah trafik, yang mana kalau ada dipaparkan iklan, dapatlah sket beberapa sen dari lawatan tersebut.

Kesimpulannya, berblog ni kalau boleh janganlah sebab nak dapat duit semata-mata. Sebenarnya, apa-apa pon dalam hidup ni, bila buat berlandaskan duit, duit, duit, akan jadi tak best. Penat tau asyik duk kejar duit nieh. Haih...

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails