20100317

Takda cerita lain ke?

Ubat batuk cap ibu dan anak.

Takda cerita lain ke nak blog, asyik asyik pasal anak je? Memang tak ada. Sejak Luqman lahir 5hb Februari lepas, dia sahaja yang bermain di fikiran aku. Bangun je teringat kat dia, tidur je teringat kat dia, dalam mimpi pon mimpikan dia. Cemana? Yelah, first time mother la katakan. Sememangnya excited teramat sangat. Dan sebab itulah aku buat lagi satu blog khas untuk bercerita hal keiibuan, in fact, dari sejak mengandung lagi. Senang sikit nak track down kaum-kaum ibu yang lain, berkongsi cerita. Because being a mother is a special and serious job. Jadi kenalah ada blog special.

Lagipun, blog ni carca marba. Semua benda ada. Jadi kalau nak cerita sepenuhnya hal dunia keiibuan kat sini tak berapa nak ngamla. Sekali-sekala okaylah. Tapi lately ni, macam terbanyak plak entri pasal budak kicik ni. Aku pon baru je nak habis pantang ni. Nanti dah stat kerja balik, baru mula pikir hal lain, dan dari situ tercetus lah idea untuk entri baru.

Kalau boleh, nak jadi ibu sepenuh masa. Kerja part-time. Blogging sepenuh masa. Sekali-sekala buat workshop dekat studio. Best tu. Insya-Allah. Oleh yang demikian, mulai hari ini, aku nak cuba update blog tiap-tiap hari. Tapi apakah yang nak ditulis setiap hari? Dulu ada jugak satu fasa di mana Anna memang update setiap hari, dan kekadang tu boleh cecah 2-3 post satu hari. Ntah apa aku tulis pon tak tau.

Tapi memang sukar untuk tidak bercerita pasal anak di mana-mana, walaupun dah ada blog khas untuk tu. Kat facebook ka, twitter ka, mesti ada mention pasal anak aku nieh. Yela, dari kecik lagi memang sangat amat suka baby dan budak. Siap bercita-cita nak jadi babysitter. Mana tak seronok ada anak sendiri. Sedangkan ada orang yang jenis tak berapa nak suka budak, bila anak sendiri, bukan main lagi.

Taktaulah camna orang boleh kejam sangat nak dera, nak buang anak. Haih. Orang lain susah payah nak dapatkan anak, ni sesuka hati nak buang. Yang dera tu pulak, ish. Aku tengok anak duk nangis sebab teran nak berak pon dah kesian sangat. Macamana lah diorang sanggup sakitkan anak sendiri? :(

Hmm, tukar balik subtopik. Tak mahu sedih-sedih.

Tak sangka sebenarnya dah ada anak ni. Kekadang renung je Luqman, rasa macam tak percaya. Eh betul ke ni anak aku ni? Dan selalu kami (Anna & Pitt) duk bertanya sesama sendiri "Huih, anak awak ke ni?" atau, "Anak kita ni b." 'b' short for baby, oh so sweet-bwek-muntah-jiwang. Tapi siyes memang rasa tak percaya, macam magic. Dari 2 orang jadi 3 orang. Dari dalam perut, keluarlah manusia kecik. Tengok setiap inci badannya, mata, tangan, hidung, mulut, jari, telinga, kaki, pungkok dan teloq, semuala. Macam waaaaaaaaaa. Hebatnya kuasa Allah.


Mak borek, anak rintik?

Harap-harap Muhammad Luqman Wazif membesar menjadi orang yang baik akhlaknya. Risau tengok keadaan sosial sekarang ni. Risau woo. Tapi sekarang ni dia masa bayi yang kecil. Jadi kenapa perlu risau kan? Risau nantilah. Sekarang kita enjoy dulu! Ahahaha. Hmm.

{ANNA}
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails