Gambar di ambil semalam, Mac 13.Ketika ini umurnya 1 bulan 1 minggu dan 1 hari.
Kicik-kicik dah pakai jeans. Ah ganteng anak aku nieh. Cium sket!
Dulu masa mengandung, aku sombong dan berlagak dengan membuat pernyataan, "Alah, aku dah biasa berjaga malam, kadang sampai Subuh pon tak tidur, nanti dah ada baby senanglah, kalau dia tanak tidur malam pon aku dah biasa. Boleh gak dia teman aku bermain internet." Ahahahaha, okay aku silap besar. Berjaga malam bermain facebook etc adalah langsung tidak sama dengan berjaga malam menjaga anak okay?
Sebenarnya entri ni patut dikarang jam 2 pagi tadi, tapi sebaik sahaja aku mengarang, anak pon terjaga nak susu. Jadi tengahari ni baru aku kembali menulis. Dulu ingat boleh lah nak menaip sambil meriba anak. Ye lah tu. Mungkin la, sebab dia pon still baby, kalau dah besar sket boleh kot. Sekarang ni, kalau duk jaga dia, kena 100% beri perhatian. Peluang yang ada nak buat lain pon, sebab bergilir ngan Pitt. Kalau tak jangan haraplah.
Tapi, Alhamdulillah. Ada bibik, jadi lepas Subuh tu dapatlah pass baby kat bibik dan jaga, supaya boleh ganti tidur. Dan, jugak kami pon bisnes sendiri, jadi takdalah nak terkejar untuk bersiap ke ofis. Aku tersangatlah respek pada parents yang tak ada bibik, dan bekerja masuk opis 9-5. Serius, how do you do it? Even ada bibik pon terasa penat phwoaarr. Hebat lah korang.
Memanglah best ada bibik tolong jaga. Tapikan, rasa macam lepas tangan. Mampu saja, dan ada je aku jaga tanpa bibik. Sepatutnya, aku lihat ni sebagai satu kesenangan dan kemudahan untuk aku, sebab ada masa nak buat kerja lain dan berehat. Tapi haih, rasa serba salah tu memang ada. Berat je rasa hatiku ini.
Lagi seminggu Anna akan habis berpantang. Then tak lama lagi, dah boleh kembali bekerja. Rasa tak sanggup nak tinggal Luqman kat rumah. Mungkin sekali-sekala tu bawak lah baby ke studio sekali. Kata bisnes sendiri. Tapi haih, bisnes sendiri ni, memang struggle. Selalu ada rasa nak give up. Huhu. Kenalah kerja rajin-rajin untuk anak. Nanti ni Anna dan Pitt nak bukak bank account tuk baby. Duit-duit sumbangan orang yang melawat nak simpan. Nanti dah besar, Insya-Allah dah banyak duit dia.
Duit simpanan Anna dah tak ada, waaaaa. Semua digunakan untuk studio. Sedih pon ada, income takda nak masyuk sangat. Takpa, lepas ni ummi kerja rerajin ya anakandakau Muhammad Luqman Wazif... I love you so much baby. Mwahs. {UMMI}



