Sakae Sushi, Sunway Pyramid. Ahad, 21hb Mac, 2010.Hari ini, 23hb Mac, 2010, genap aku berumur 28 tahun. Lagi 2 tahun aku akan jadi 30. Whoa. Tapi, aku tak pernah rasa seperti umur aku. Aku rasa aku masih lagi muda. Bukan dari segi umur, tapi dari segi kematangan, cara berfikir, dan pencapaian hidup. Walaupun sudah bergelar ibu, aku masih rasa mentah dalam liku-liku hidup.
Aku ni anak yang sangat manja, dan masih begitu. Aku ni dah menjadi terlalu spoil. Secara jujurnya, aku belum pernah merasa kesusahan, kerana sentiasa ada 'back-up' iaitu mak dan ayah. Lagi-lagi dari segi kewangan. Dan sebab itulah, aku ni memang tak pandai nak kerja untuk duit. Boleh katakan apa saja aku buat, aku buat untuk 'suka-suka'. Sebab itu aku kurang serius dalam bisnes sekarang, dan sebab itulah juga, ia tidak semaju yang ia sebenarnya mampu.
Dah tiba masa, aku mula betul-betul berdikari. Masuk bulan 4 ni, aku dah harus mula bekerja dengan bersungguh-sungguh. Aku ni seolah-olah tidak mensyukuri dan mempergunakan kemudahan yang aku ada ni. Happy saja. Tapi sampai bila?
Ini semua untuk masa depan aku jugak, dan terutamanya anak aku ni. Nak-nak lagi bila keluarga aku ni bertambah. Kalau ada rezeki, aku nak minimum 4 orang anak. Ho yeah. Apa-apa pun, hari jadi tahun ini paling dan penuh bermakna kerana meraikannya bersama keluarga, suami dan terutamanya anakanda kesayangan Muhammad Luqman Wazif.
Syukur Alhamdulillah. Moga aku dan keluargaku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.
{ANNA}