Muhammad Luqman Wazif. 1 bulan 3 hariHaih budak ni, tanak tidur plak memalam. Tidur pon dalam setengah jam je. Anna dan Pitt duk mencari sebab apa la dia tanak tidur ni. Memangla menjadi kebiasaan baby berjaga malam, tapi dia semacam tak senang duduk, merengek ja. Jadi, dalam pukul 5 pagi tadi kami bawak lah dia turun, terus dia senyap. Rupanya dia lebih gemar duk di bawah. Yelah, kat atas ni macam terperap, udara tak fresh. Kat bawah luas lagi, udara pon rasa segar je. Haih, kecik-kecik pon dah pandai rasa.
Sekarang ni, dia dah jadi macam bahan eksperimen. Asal dia menangis je kami mengambil beberapa langkah untuk mencari puncanya, iaitu:
Tapi Alhamdulillah, Luqman ni takda susah nak jaga pon. Easy baby. Cuma time berjaga malam tu rasa penat sket lah sebab ngantuk. Kalau tak steady je. Menjaga anak sendiri ni memang rasa seronok, bahagia dan puas yang amat sangat. Dan bila dah sukses mencari punca dia menangis tu, rasa macam nak bersorak kegembiraan.
And everyone lived happily ever after... for a while that is..
{ANNA}
Sekarang ni, dia dah jadi macam bahan eksperimen. Asal dia menangis je kami mengambil beberapa langkah untuk mencari puncanya, iaitu:
1. Meletakkan jari di mulutnya untuk melihat sama ada dia lapar untuk menyusu.Dan bila salah satu langkah yang di ambil ini berjaya membuatnya diam, kami akan menarik nafas lega sambil berkata "Haaaa, (poo poo/lapar/ngantuk/etc...) rupanya. Kenapa tak cakap? Ummi & baba manala nak paham. Lain kali cakaplah 'Luqman nak poo poo' ke, 'Luqman nak susu ke' kan senang" Hahah yelah tu, maunya dia cakap, terkejut bin pengsan ler ummi ngan babanya.
2. Memerikasa lampinnya untuk melihat sama ada dia poo poo atau kencheng.
3. Menepuk dan menggosok belakangnya supaya dia sendawa.
4. Meletakkan minyak Telon di perutnya, takut dia kembung.
5. Mendakapknya, mungkin dia nak bermanja.
6. Mendukung dan membuainya, mungkin dia nak tidur.
7. Bercakap, menyanyi & bergurau dengannya kerana mungkin dia hendak bermain.
8. Membaca ayat Kursi dan berzikir.