Haa, tadi pi shoot post wedding kat sekolah menengah di Jalan Ipoh. Huahua, seronok gak sesi tembak menembak kali ni. Rasa ketagih, macam nak buat lagi. Jadi kalau nak, pastikan anda ke sini untuk lihat gambar-gambar yang lain.Teringat plak zaman sekolah dulu. Kecik-kecik dah pandai nak berchenta. Anna punya boyfriend pertama dan kedua (ya saya ada affair) masa darjah empat. Hahahaha. Yang affair tu, budak baru masuk, anak pengetua baru masa tu. Kuang kuang kuang. Tah pa per tah. Then darjah enam kantoi ngan mak, sebab bagi cousin baca surat chenta kami, then dia repot kat mak. Habis dipanggil, sekali ngan abang semua. Malu seh. Tapi masa tu dah tak kapel dah. Cuma saja nak tunjuk kat kazen, konon bestla kan.
Lepas darjah enam, masuk tingkatan, tak ada boyfriend sebab saya seorang yang sangat skema dan nerd, pon sekolah perempuan saja. Habis sekolah mak terus ambik bawak balik rumah. Tak sempat lah nak kenal ngan orang lain. Kemudian di masa itu timbulnya internet, hah chatting. Kat situ banyaklah kekasih online. Then masuk sekolah asrama masa tingkatan 4. Adalah syok sama sapa tah, tapi dia tak layan. Yelah, saya dahla hodoh, keding, takda benda yang menarik di mata kaum bukan sejenis. Oh well.
Loser. Tak sabar balik rumah, sebab jadik heroin mIRC. Hot stuff secara online. Dapat lah sorang pacaran, lama gak lah, hampir 2 tahun. Break off sebab Anna yang berlaku curang. Then, barulah jumpa si Pitt masa di matrikulasi UIA. Memang terbaik dari ladang. Sekarang dah masuk 9 tahun kami bersama. Kawin setahun lebih sket. Dah nak ada anak. Heeee.
Cemana agaknya kehidupan lepas dah ada anak sendiri nieh. Haih diri sendiri pon masih tak terjaga rapi. Tapi Anna memang sangat suka budak. Dari kecik ada cita-cita nak jadi babysitter. Hah tak lama lagi, impian tercapai. So boys and girls, becareful what you wish for. Ahaha.
Alrite. Saja je tambah cerita ni. Padehal pernah je cita dalam entri lepas mana tah. Tujuan utama nak tunjuk gambar shoot tu. Okay sila pergi tengok sekarang.
Tata.
p/s: korang kongsi lah cerita kekasih masa jaman sekolah ni. takkan takda kot. paling-paling ada crush ke apa. eh tapikan, sekolah jangan sibuk nak bercinta sepatutnya. err...
{ANNA}













