Semalam Anna mimpi yang agak mengerikan, satu pasal eksiden, pastu pasal hantu. Yang ngeri bukan hantu tu, tapi masa tu, ntah cemana boleh ngan bibik lah, nak halaulah hantu tu kan, so ambik Yassin nak baca, so baca la Al-Fatihah, pass, then start baca Yassin tu beberapa rangkap pertama, lepas tu ayat-ayat seterusnya macam blur, kononnya tempat nak baca tu gelap tak cukup cahaya. Padehal sebab tak hafal, ingat yang masa awal-awal tu je.
Then mimpi lain pulak, masih scary, nak sampai ke rumah, tapi tak sampai-sampai sebab terhalang dek hantu. Waduh-waduh, sungguh tertekan. Lalu aku pon terjaga.
Suh Pitt bacakan sket ayat Kursi ke telinga ngan baby sekali. Baru tenang sket nak tidur. Back to bacaan Yassin tu, Anna rasa seronok bila tengok orang baca, tak perlu refer buku. Nampak sangat orang tu memang kerap membaca Yassin. Kita ni plak, asal malam Khamis malam, ada je hal nak keluar pergi tengok memana event, mostly music events, mesti nak buat Thursday nights. Haih. Lepas tu buat lawak nak balik rumah awal sebab malam Jumaat, bagus untuk bercanda. Haih.
By the way, sekarang ni macam-macam interenet service provider duk ada. Tapi tahla, aku sampai sekarang trust ngan Streamyx saja. Yang lain tu macam tak berapa nak konfiden nak guna. Of course kekadang tu adalah masa dianya connection tu takdalah laju tebabow, but most of the time, very stable. So nak upload gambar ke apa pon takda masalah. Happy saja. Sebab tu lately agak rajin upload gambar ke
facebook. Huhuhu.
Alrite. Rasa nak sambung tidur. Tapi belakang rumah ni tengah construction longkang la plak, dah berapa minggu dah. Terganggu tidurku di pagi hari. Pagi la sangat. Patutnya aku berterima kasih, bangun awal itu bagus untuk kesihatan dan kehidupan. Bak kata pepatah "
The early bird gets the worm" dan ayat feberet ayah Anna "
Early to bed, early to rise, makes a person, healthy, wealthy and wise". Sekian, terima kasih.
{
ANNA}