20090915

Blog keiibuanku.

Hah, tambah lagi blog yang dah sedia berlambak. Huahuahua. Kat sana leh cerita dengan lebih terperinci progress pregnancy Anna, kat sini macam kurang sesuai la, sket-sket bolehla.

Jadi, kalau kamu seorang ibu, atau seperti Anna, tengah preggy, atau hendak preggy ke, jemputlah ke sana. Kalau ada blog yang berkaitan, khabarkan, boleh letak dalam blog list kat sana, boleh kongsi pengalaman, tips, dan sebagainya. Okay, jumpa di sana!

http://theexcitedmom.blogspot.com/

{ANNA}

Apa yang anda akan buat? #001: Anjing atau kucing?

Bayangkan anda sedang berjalan, tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Dan sedang anda berlari untuk mencari tempat berteduh, anda mendengar bunyi salakan anjing dan mengiau kucing dari dalam longkang berdekatan.

Anda mengintai longkang tersebut, longkang sangat dalam, air makin deras dan tinggi di dalam longkang itu. Dan anda pon terlihat, seekor anak anjing yang sangat sangat sangat comel dan seekor kucing yang sangat tidak comel, badan yang sangat berkurap, berkudis, bulu pon dah takda tu. Dua-dua ni memang tak dapat nak keluar dari longkang dengan sendirinya tanpa bantuan.

Air semakin laju. Anda hanya mampu menggunakan satu tangan, sebab satu lagi tangan tu perlu untuk berpaut pada longkang untuk keluar, jadi, adakah anda akan menyelamatkan anjing yang sangat comel itu, atau kucing yang sangat berkurap, berkudis, bulu pon dah takda tu?

Ada kemungkinan besar, anda hanya sempat menyelamatkan seekor sahaja, akibat air yang hujan yang semakin mengganas dan memenuhi longkang itu. Cepaattt, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, nanti diambil longkang.

20090909

On being defensive

Aku draftkan entri aku tak suka #013: comment moderation. Sebab apa? Ikut suka hati akulaaa. Hahaha.

Okay, aku ni memang ada masalah, aku jenis terlalu defensive. Mungkin sebab aku ni anak bongsu, dan sorang je perempuan pulak tu, aku rasa aku perlu mempertahankan diri. Yelah, takda orang lain nak back up kecuali diri sendiri.

Banyak kali, bila aku kena attack, dari segi artwork aku ke, atau adalah entri aku tetiba sang anonymous serang ke, atau baru-baru ni tentang dalam entri isu tudung tu kan, aku kena attack oleh si azharuddin, tetiba dari soal tudung, boleh plak dia cakap pasal isu mengambil foto manusia dan haiwan itu satu dosa besar. Korang boleh baca sendiri, kat sini.

Jadi, aku pon menjawab lah mempertahankan diri aku, Pitt ada gak tegur, dia kata tak perlu lah defensive sangat. Sepatutnya kita serang balik. Haha, serius aku ni jenis tak reti nak serang-serang balik, lebih suka defend dari attack. Rasa tak cukup ganas dan macho untuk attack orang kembali. Nak pedulikan pon tak reti, rasa miang je nak menjawab.

Tapi ntahla, aku ni memang jenis susah untuk ignore. Mungkin sebab aku ni jenis sensitif, dan akan menjadi geram, agak mudah diprovokasi. Tapi, bila jadi defensive, dan respond kembali, lagilah orang tu nak attack kita lagi ye dok?

Tapi tulah, aku ni pon, jenis orang yang suka mendengar pendapat dua-dua belah pihak. Mempertimbangkanlah situasi tu, sebab every coin has two sides right? Jadi kekadang, pendapat aku tu tak semestinya betul, begitu jugak sebaliknya. Jadi mana lah tau, kita bagi cerita kita tu, mungkin orang tu pon akan dengar, fikir, dan terima dan boleh dibawa berbincang. Like dat laaaa.

Tapi aku suka betul tengok orang yang jenis tak pedulikan apa orang nak kata, macam ikut sukalah orang tu nak ngata ka, serang ka, kutuk ka, orang tu akan ignore saja. Seriously admire these kinda people. Tapi tak taulah kalau jauh di dalam lubuk hati diorang tu, diorang pon rasa tak puas hati sebenarnya kan, dan sebenarnya terasa juga?

Korang pula gaimana? Adakah korang jenis akan ignore kalau kena attack, kutuk, dilemparkan dengan kenegatifan? Atau korang akan cuba pertahankan diri jugak?

{ANNA}

20090908

Recurring nightmares & dreams

Kelakar, tadi aku ingat aku dah terjaga. Sebab aku sedang memikirkan apa yang nak ditulis untuk entri berikutnya, dan mendapat idea untuk menulis kali ni. Sekali rupanya, aku mendapat ilham itu ketika sedang lena dibuai mimpi. Ironik bukan? Tajuk ni pun muncul dalam mimpi. Terus gua pakai!

Aku ni memang jenis, asal tidur, walaupun sekejap je akan bermimpi. Berjalan je otak aku ni, boleh katakan agak sukar untuk mendapat tidur yang betul-betul bebas dari mimpi.

Ada yang berkata, mimpi ni mainan tidur, ada yang kata, mimpi ni juga merupakan manifestasi apa yang jauh terbenam dalam otak, jiwa raga kita, macam-macamlah yang dikata. Ada juga fantasi semata-mata. Ada pula yang kata, kekadang ni mimpi adalah pembayang atau mempunyai maksud tersirat untuk sesuatu keadaan di masa sekarang atau masa hadapan.

Seperti baru-baru ni yang Anna bermimpi akan mendapat bayi lelaki, tengok-tengok betul la pulak! Hehe.

Antara mimpi-mimpi Anna ni, boleh katakan banyak yang jenis jalan cerita, atau temanya berulang. Jadi di sini aku hendak senaraikan dalam turutan rambang.
BUAYA

Aku seringkali mimpi melihat buaya dalam mimpi aku. Kebanyakkannya ketika aku berada di dalam perjalanan ke sesuatu tempat dan melalui kawasan berbukit, lurah, atau jambatan, di mana bawahnya ada kawasan perairan, tasik, sungai, atau paya, yang dipenuhi dengan buaya.

LIF DAN ESKELATOR

Hah, yang ni selalu jugak. Mimpi naik lif atau eskelator. Kalau lif, dia mempunyai kuasa untuk bergerak bukan ke atas atau ke bawah saja, malah ke kiri, ke kanan, selalu yang boleh gerak fleksibel ni berbentuk kapsul. Kalau esekelator pulak, mesti eskeletor tu laju dan curam gila. Nak naik tu rasa takut-takut dan saspen. Selalu kat shopping mall atau airport. Yang bengangnya tengok orang lain naik dengan penuh tenang.

SEDAR DALAM MIMPI

Sebab aku ni terlalu biasa mimpi, aku dah siap boleh cakap dalam mimpi tu, "Hah, ni mesti mimpi". Lepas tu aku akan cuba untuk bangun, tapi tak dapat-dapat. Gila stress dibuatnya, sampai bila dah betul-betul bangun dan sedar tu, kepala duk sakit.

MIMPI DIHISAB AMALAN SETELAH MATI

Ada gak mimpi ni, tapi mimpinya sungguh keHollywoodan. Kekadang berada di atas awanlah, di depan sebuah pagar emas yang tinggi. Tapi keputusannya tak pernah tahulah. Cuma takat tu je.

MIMPI PERANG DAN DUNIA NAK KIAMAT

Dalam mimpi perang tu, selalu situasinya di rumah aku. Di mana, tetiba akan ada siren, dan cahaya ala-ala nuklear bomb, bukak-bukak tingkap, tengok rumah di sekeliling suma dah hancur. Dan selalu gak, dalam mimpi ni aku menjadi hero.

Dunia nak kiamat tu termasuk sekali dalam mimpi selepas perang. Macam, satu dunia dah nak hancur, ramai dah mati. Haih, menakutkan.

MIMPI JADI SUPERHERO DAN TERBANG-TERBANG

Selalu mimpi jadi superhero, dan selalu mimpi ada superpower boleh terbang. Cuma takdanya nak pakai spandex dan spenda kat luar. Tapi terbang tu selalu macam tak berapa pandai nak kontrol. Kekadang, terbang tinggi sangat, kekadang rendah sangat.

Mimpi superhero ni macam-macam, kekadang tu solo, kekadang tu ada team ala Fantastic Four, ada tu, mimpi bersama robot, macam Gundam pon ada, cam Transformers pon ada.

Dan mimpi superhero ni memang intense. Siap dengan pistol yang canggih, keluar kaler hijau dan biru lah. Pergh. Lepas tu senario dia memang huuuh, kalau dapat jadikkan movie, silap-silap boleh jadi blockbuster.

Mimpi fantasi macam Lord of the Rings pon ada. Berada dalam sebuah castle, dengan gaung di tengah. Dan gaung tu kalau nak cross kena pijak batu-batu terapung yang keluar cahaya biru kat bawah (macam kereta bikin).

Siyes, kalau Anna pandai melukis, teringin sangat nak lukis apa yang dimimpi tu, kekadang cantik gila scene yang Anna tengok tu.

MIMPI HANTU

Yang ni selalu gak, dan biasanya di dalam sebuah bangunan. Kiranya rumah hantulah. Dan selalunya macam-macam hantu ada. Dan aku akan cuba hapuskan hantu tu dengan membaca Al-Fatihah atau melaungkan Azan. Kiranya, jadik hero lah gak.

MIMPI TENTANG KEPOPULARITIAN DI ZAMAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH

Haha, yang ni selalu. Sebab aku mempunyai pengalaman kurang enak semasa tingkatan 1-3. Kalau rajin, beleklah entri mana tah yang lepas (aku malas nak link), ada aku bercerita akan hal ini. Dan aku akan selalu bermimpi aku yang jadik popular. Tapi dalam menjadi popular ni, bebudak yang sememangnya popular ketika itu tetap popular, dan aku akan selalu terbuat silap kat salah satu geng diorang, dan diorang akan dibacking, dan aku sentiasa akan meluahkan perasaan aku yang terpendam pada mereka sebab membuatkan aku rasa down.

Jadi part yang aku akan jadik popular tu sekejap je lah. Kekadang siap mimpi aku ni rupa totally different, ala hot chic yang sangat hot. Haih.

MIMPI BERADA KAT TEMPAT CUN GILA DAN CUBA MENGAMBIL FOTO

Hah, yang ni tensyen. Selalu sangat mimpi pergi tempat yang sangat-sangat indah, dan kekadang tu dapat je ambik gambar, tapi bila nak tengok balik gambar tu dah takda, atau tak bawak pon kamera, atau kamera rosak, atau bateri kong. Pergh.

Lagi tensyen bila bangung, tengok-tengok tu mimpi rupanya. Baru ingat nak upload dan kongsi ngan korang kat blog ni. Hahahahaha.
Kesimpulannya, mimpi aku ni banyak yang stress. Sekali-sekala je tenang dan happy. Tu yang aku ni suka tidur banyak, sebab rasa tak puas tidur. Tapi ada gak mimpi yang menginspirasikan aku dan boleh guna pakai. Kekadang, dalam mimpi tu boleh dapat nama yang menarik untuk buh tajuk pada artwork ke, dan yang mimpi pasal baby boy tu, siap dengan panggilan nama dia lagi. Dan semestinya, mimpi tadi menjadi topik untuk entri kali ini.

Korang plak, selalu mimpi yang camna? Ada yang jenis berulang jugakkah? Silahlah berkongsi.

{ANNA}

20090906

I tak suka #013: Bersin

Aku cukup tak suka bila terbersin time aku tengah makan. Lagi-lagi tengah makan nasik. Kejadian itu berlaku sahur kelmarin. Pergh, tapi masa tu aku dah habis dah makan nasi, tengah layan cereal Fruit Loops. Boleh pulakkkkk nak terbersin kan, habis kat tangan aku segala cebisan warna bijiran itu. Ish. Kalau nasik tu toksah cerita lah kan, lagilah berselerak. Kalau tak tutup mulut ngan hidung, aku gerenti, makanan dah terbang ke mana-mana tah, silap-silap masuk mulut orang lain yang duk tengah suap tu. Hahaha.

Tula, bersin kena tutup mulut. Tak macam manusia lain, aku tengah lalu nak jalan, time tu lah kau nak batuk dan bersin depan aku kan. Tak pun masa ko tengah belek sayur kat Giant kan, ko pon dengan happynya bersin kat sayur ko pegang tu pastu letak balik kan. Memang semangat H1N-1Malaysia lah ko ni, penyakit apa semua nak kongsi.

{ANNA}

20090904

I tak suka #012: Lelaki memakai baju tidak berlengan.

Eeee. Siyes weh, aku cukup pantang tengok lelaki berbaju sleeveless. Tak kisahlah lengan tu berketul-ketul ke (yang mana aku tak suka) atau keding ke, asal baju tu takda lengan aku memang cukup tak sukaaaaaaa. Lagi-lagi kalau ada bulu ketiak. Euwww. Dari yang macho dan hensem, terus turn off. Entahlah kenapa mata aku ni tidak dapat menerima pemandangan lelaki memakai baju tidak berlengan. Tolonglah weh.

{ANNA}

20090902

Kata-kata Pujanna #002

"Sometimes we are too busy looking at the lives of others, we fail to realize how beautiful our own lives are." - S. Anna Joe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...