Di pagi yang hening tak hening ni aku rasa sedih gila. Banyak benda yang aku duk pikir sejak kebelakangan ni. Banyak benda yang aku cuba deny dan pendam, sebab aku tidak mahu kusut dan risau, yelah aku sekarang membawa insan kecil dalam perut aku ni, dan aku pon tanak la dia pon turut sama menangis.
Tapi malam ni aku tak tahan. Masalah dunia. Masalah studio aku yang terbengkalai. Aku tidak mahu salahkan perut aku yang mendandung ini, kerana rezeki ini adalah suatu yang besar yang telah dikurniakan-Nya, dan aku amat mensyukurinya. Cuma, berbalik pada hal keduniaan pada Itudio Studio, aku sangat sukar untuk mengambil apa-apa job sekalipon buat masa ini, disebabkan aku rasa letih, mual, cepat pening, aku hanya mahu berehat dan berbaring saja. Tapi dengan itu, sekaligus studio tidak dapat income, kecuali sekali-sekali bila ada orang yang menyewa studio untuk photoshoot. Itupun, Alhamdulillah dengan teman Ironi Iris yang sudi meminjamkan lighting lebih mereka di waktu ini. Niatnya nak beli lighting sendiri, tapi masih belum tercapai.
Duit keluar, tak masuk-masuk. Setiap bulan membayar sewa kedai yang tidaklah begitu murah, bayaran bil air, elektrik, dan tenaga kerja yang aku memang sangat perlu, jika takda memang tak terjaga langsung studio itu dengan adanya aku di rumah 24 jam. Terima kasih Akim.
Aku tidak gemar untuk merungut. Tapi dah banyak kali aku mulai terlintas untuk memberhentikan saja Itudio, menjualnya kembali. Dulu aku tengok di mudah.com.my ramai orang menjual bisnes yang tak sampai setahun pon berjalan, bermacam sebab, mungkin kurang untung, dan ada juga yang kerana mengandung. Aku gelak, aku pikir, nak buat bisnes rancang lah elok-elok. Tapi sekali bedebuk, kena kat aku. Entahlah, malam ni aku rasa gagal.
Tapi, aku gila kot kalau nak jual balik. Sayang teramat tempat ni. Cuma, aku terlalu risau sekarang ini memikirkan cara menjana sumber pendapatan lain untuk memastikan studio ini masih hidup buat masa ini. Duit itu memanglah ada untuk bayar sewa bulanan semua, cuma, asyik keluar je duit tak masuk-masuk.
Asal tujuan bukak studio ni pon untuk buat workshop. Di mana aku kira memang boleh melangsaikan bayaran bulanan dan mendapat sedikit untung, campur dengan job lain yang diambil. Aku pikir lagi, sekali sekala ambil job wedding. Dan lain-lain seperti design. Tapi buat masa ni, aku memang tak mampu dan tak berapa upaya dari segi tenaga. Ada saja beberapa job offer yang diterima, tapi aku tak berani ambil, sebab aku tau keupayaan aku buat masa ini, dan aku kalau nak buat sesuatu job, aku akan pastikan outcome yang sebaik-baiknya. Dan jenis aku, kalau photoshoot, aku pasti akan terkangkang, tertiarap di atas lantai, panjat di sana-sini untuk mendapat shot yang aku rasa terbaik. Tapi sekarang, aku tak berani. Aku takut ia memudaratkan.
Haih. Aku juga perlu mencari team. Aku sudahpun dapat beberapa email dari mereka yang interested, tapi aku masih belum review, sebab kalau aku ambik pon, buat masa ni, aku takda kat studio, dan takkan aku nak meletakkan beban 100% pada mereka. Tak patut.
Ada juga aku terpikir, untuk mencari partner. Tapi aku masih belum jumpa yang sesuai. Yang ada pon masing-masing ada bisnes mereka sendiri. Jadi ntahlah. Aku sekarang, bingung, kecewa, sedih dan risau.
Harap-harap, dalam sebulan dua lagi, aku dah kembali bertenaga, banyak benda yang perlu aku catch up on. Banyak yang perlu aku uruskan dan susun atur kembali. Memang benar, lagi mudah berkerja dengan orang, dapat gaji bulanan yang tetap menjadi pak turut, menjadi kuli. Haihhhhh.
Nampak gayanya aku nak kena jadi ejen Bio Aura macam ni. Ahahahahaha.
{ANNA}