Hampir 3 bulan si kecil ini berada bersama Anna. 24hb Julai yang lepas Anna membuat checkup yang ke-4, 3 kali sebelumnya, Anna hanya melihat satu susuk kecil yang mempunyai jantung sebesar habuk berkelip-kelip, which I called "twinkle-twinkle little heart".Di ultrasound yang keempat ini, buat pertama kalinya Anna melihat rupanya sudah menjadi manusia yang kecil, mempunyai kepala, tangan, kaki, dan hidung yang comel. Si kecil ini "melenting-lenting" bak kata doktor dalam lautan air ketuban. "Berenang dalam swimming pool" kata kawan Anna. Huhu, comel. Dan si kecil melenting inilah yang membuat Anna muntah-muntah, pening-pening selama 3 bulan. Hopefully I get better after this first trimester (mengandung 3 bulan pertama). Ada sesetengah orang akan mengalami muntah-muntah ni sampailah ke bulan yang ke-9. Ada yang tak rasa langsung. Dalam minggu ke-3 Anna kena agak teruk, sampailah masuk spital sebab takut terlalu dehydrated, minum air pon keluar balik.
Kadang-kadang, rasa nak nangis pon ada, sebab rasa penat dan tak larat. Ni pon banyak job yang Anna tak amik, dan studio tak dikunjungi. Sedikit risau pon ada, memikirkan hendak melangsaikan sewa kedai setiap bulan, income takda. Dan Anna sikit pon rasa taknak keluar jalan-jalan, nak duk rumah je. Transformers tak tengok-tengok, Harry Potter pon tak jugak. Haih, kesian I.
I really hope it doesn't get as bad as my sister-in-law. Katanya masa anak ke-2, tengah bersalin tu dia pegang bekas muntah dan sambil teran tu duk muntah lagi. Eeeek. Tidak. Anna ni dahla kecik dan kurus, kalau muntah teruk lagila. Tapi Alhamdulillah rasa sekarang ni dah better. Tapi tu pon sebab bergantung pada ubat muntah bernama Zofran. Yeah, Zofran penyelamatku. Tapi Anna makan pon setengah je dosnya. Jadi mungkin takdalah teruk sangat-sangat. Mungkin Anna ni duk rasa letih dan lembik sama sebab terlalu manja kot. Dimanjakan parents, dimanjakan Pitt. Ahaha, tapi memang seronok la, sebab rasa apa je nak makan, terus akan dibeli. Sib baiklah Anna ni tak jenis mengidam benda-benda yang pelik. Cuma rasa terliur nak makan sesuatu, rasa yang biasa sebelum pregnant pon, cam tetiba rasa nak makan burger. Cuma sebelum pregnant boleh ditahankan lagi, masa pregnant ni, masa tu jugak nak ngap.
Adalah dua kali Anna mimpi pasal makan. First time, mimpi pergi pasar kat tanah Arab, ada jual macam-macam makanan, then ada nasik ayam ni, Anna pon melantak, memang siap boleh rasa nasi ayam tu, siap ngan sos dia sumalah, bangun tu terus bagitau Pitt yang Anna nak makan nasik ayam. Jeng jeng jeng, sib baik senang dapat. Pergh terbaik. Rasa sebijik di dalam mimpi. Beberapa hari lepas tu, mimpi plak nak makan, nasi putih, sama kuah lemak sayur kubis, sambal belacan, ngan ikan kembung goreng, gila spesifik. Haha, bangun tu terus request ngan bibik, tengahari tu terus dapat makan, perghhhhhhhhhh. Nikmat teramat okay. Mimpi jadi kenyataan!
Harap-harap Anna akan bertenaga kembali, rindulah kat studiooooo. Haih risau bisnes tak jalan niiiii. Ahahaha. Cemanalah perancangan aku ni, baru stat bisnes sibuk nak beranak plakkkk. Huhuhu, takpa, rezeki namanya. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
:)
{ANNA}

