20090626

Baru balik dari sepital, maaf dan Mikael

Woot, Anna baru balik dari spital, dalam 4-5 hari gakla. Takda sakit apa pun, cuma terlalu dehydrated, jadi perlu masukkan drip. Haih, dah lama gila tak masuk studio. Cemana lah agaknya.

Tadi Anna ada terbaca blog sapa tah, tulis yang owner Itudio patut lebih friendly, hahaha. Yup it's true, Anna kekadang tak reti sangat nak berborak. Tak taulah kalau itu dikira sombong, tapi Anna cam segan dan malu, ada sedikit masalah nak bersosial. Takes a while for me to feel comfortable nak boleh sembang ngan orang. Ada in one of my past entries Anna cerita pasal hal ni lah, masalah nak borak ngan orang. Tah kenapa jadik penyegan sangat.

Jadi sekiranya Anna macam nampak kurang friendly, tak borak kalau ada antara korang singgah ke studio, mintak maaf bebanyak sangat, saya sebenarnya sangat malu. Walaupun saya owner tu, saya plak yang rasa segan dan takut bertegur sapa.

So amacam biznes? Setakat ni okaylah, takdalah mengaut keuntungan, takat leh bayar bil suma, Anna macam penat, agak mengambil masa untuk Anna belajar nak merorginisasikan bisnes secara sistematik. Banyak lagi kelemahan. Website Itudio pon tak diupdate lagi tu, banyak sebenarnya nak letak gambar. Dah buat dalam 4-5 event kat Itudio, so far boleh tahanlah dia punya sambutan.

As for the mini cafe, yang bahagian tu tak set up lagi, mungkin ambil masa yang lebih dari yang dijangka. It's not easy. Maybe Anna ingat nak buat konsep by reservation only kot cafe tu, sapa nak datang, call bagitau dulu, pilih apa nak makan semua. Tapi air akan sentiasa ada. Cuma sekarang air botol.

Air bikin akan dibuat nanti. Ada yang mintak ice blended bebaru ni, ahaha. Tengah nak carik blender yang baik tuk blend ice ni. Ada dah beli tapi cam lambat jek nak blend ice tu. Agak lamala kalau customer nak tunggu.

Nanti Anna bagi jawapan pada teka-teki, ada dalam 2-3 orang dapat dah jawapannya. Hehe. Mesti dah basi dah, lama sangat nak bagi jawapan kan?

Hmm, terkejut pagi tadi dengar berita Mikael (Micheal Jackson) dah meninggal. Tadi dalam berita kata abangnya dia meninggal sebagai Muslim. Alhamdulillah. Macam tau je nak meninggal, yelah bebaru ni kan dia lelong harta dia semua, kan? Tak silaplah. Kesian, tenggelam terus citer Farah Fawcett yang meninggal gak.

Selalu terpikir, cemana lah kita akan diingati lepas meninggal? Uhmm.

Okay. Bai.

20090614

Haaaai



Sila klik link di bawah untuk ngelihatin. Hee. Terima kasih Jay kerana menguploadnya.

http://www.new.facebook.com/video/video.php?v=108714184879&ref=nf

{ANNA}

20090610

Teka-teki #001

Ni dak praktikal tempat Anna bagi:

"Banyak apa yang sikit?"

Jawapan akan dikemukakan kemudian. Huhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...