20090428

Kata-kata Pujanna #001

"Cinta itu bagaikan asam laksa. Ada yang enak, ada pula yang pedas sehingga pedih perutnya." - S. Anna Joe

Hampirin.

Rasanyak ngak sempatin bukakin bulanin ininin. Jadiin, 1hbin lah. Jumaatin, orang lainin cutiin hari buruhin. Tapiin malamin akain kendurin doa selamatin. Sabetuin, akakin bukakin studioin, Insya-Allah. Ahadin, ingatin, nakin buatin workshopin, tapiin taktahuin jika adain yang mahuin sertain? Jikain, adain, sayain akan bukain.

Pahamin apain akuin tulisin? Takin pahamin sudahin.

Babaiin.

{ANNAIN SKYWALKER}

20090427

Ini bukan gedung pakaian hari hari.

Dah lama aku tak tulis beberapa post dalam satu hari. Malah, dah lama aku tak pos entri sekerap dulu. Rindu jugak. Nak tulis kembali pon rasa gayat. Nampak gayanya, banyak benda lebih penting dan seronok di dunia luar ya, dari duk asyik berblogging macam loser sahaja yang sangat pathetic dan tak ada kawan.

Tapi garisan kawan antara realiti dan internet macam semakin sukar dipisahkan. Lagi-lagi duduk senegara, senegeri. Malaysia pon bukannya besar mana pon. Jadi internet ni memanglah penyelamat bagi manusia yang kurang bersosial macam aku ni.

Aku selalu pening bila aku nak berjumpa seseorang, mak aku tanya siapa? Aku tak kisah sebenarnya, cuma bila kawan tu seorang nama yang belum didengarnya, dan aku kenal pon dari internet, aku jadi pening nak menerangkan kepadanya. Kenal dari internet tu macam satu kesalahan yang patut dielakkan sama sekali. Kerana baginya orang-orang dari internet itu mungkin ada potensi mencederakan anak perempuannya sorang ini. Aku paham kekhuatirannya. Ayat aku nak menghilangkan kerisauannya itu "Hafiz (Pitt) pon Hana kenal dari internet". Menjadi ke tak tak tau lah. Apa-apa pon alasan tu very the lame one. Kalau tak paling senang tipu je, kata kawan sekolah, atau kawan kenal masa kerja ke, etc... Tapi tak baik tipu tau.

Aku ingat mulai sekarang aku nak kembali rajin menulis entri. Aku dah cakap dah benda ni sebelum ni. Tapi lepas aku cakap tu, terus aku jarang update. Ahaha. Cakap tak serupa bikini namanya.

Tapi, tulah dah lama tak tulis, tak berapa ada idea nak menulis. Stim tu dah takda. Dia harus konsisten. Seperti perokok yang tak reti-reti nak berhenti rokok walaupun melihat gambar mengerikan di kotak rokok. Sama juga seperti ambil gambar. Aku sekejap memetik, lama tidak. Haih.

Dua malam yang lepas, aku menonton LA Ink & London Ink, aku tetiba terinspirasi kembali untuk mula melukis. Aku pon cariklah buku dan pen dan mula menconteng. Aku ada gak browse internet sket untuk mencari ilham lagi. Haih, rasa seronok. Dan aku pon rasa nak buat painting jugak, kali terakhir aku buat pon tak ingat bila. Tapi sejak kebelakangan ni tangan aku memang terasa gatal. Nyamuk memang banyak.

Aku benci gila nyamuk. Bila tidur je, ada nyamuk yang berkumandang di telinga, kemudian akan terasa gatal-gatal, dan aku akan terjaga dan mencari minyak untuk disapu. Aku toleh ke kiri, tengok Pitt, lena je tidur walaupun dia digigit gak. Aku benci nyamuk.

Entri ini tiada hala tuju. Kan aku dah kata, tangan aku gatal. Mungkin sebab Pitt masih di kantor, jadi gatalnya aku lepaskan pada papan kekunci saja. Hah! Duk pikir apa tuuuuu.

Nanti aku rajin aku scanlah gambar-gambar aku lukis tu. Sat lagi lepas dinner aku nak lukis lagi. Best pulak tangan gatal ni. Macam-macam nak buat. Hah! Duk pikir apa tuuuuu.

Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu. Hah! Duk pikir apa tuuuuu.

Baai.

{ANNA}

I tak suka #011: Jerawat Klingon

Selama 2 minggu ni aku terpaksa menahan jerawat bapak besar di tengah kedua-dua kening aku, di atas batang hidung aku. Memang centre of attraction. Pandai betul sebum berkumpul di situ ye. Serious besar gila, semacam klingon, klingon tengok pon mesti kagum.

Aku biarkan dia, tanak sentuh, tapi bengkak tu tak turun-turun. Jadi aku pon picit lah. Pandai, dah picit tu, tak keluar pulak, terkopek lah kulit aku, tinggallah warna kemerah-merahan dan kehitaman parut, pergh terbaiklah. Kalau aku India, boleh gak mengaku itu natural bindi aku kan. Tak cukup dengan itu, kat pipi aku ni banyak gila parut hitam.

Entahla, buat lagi tensen tengok muka Pitt licin jek. Malu tau. Aku ni takdalah jenis kisah sangatlah, tapi lately dah melampau. Ni dah okay sikit, sebab aku dah jaga, bila dah okay balik mesti aku buat tak tau balik, pastu aku buat lagi entri dalam blog lah kan.

Jadi beberapa hari yang lepas aku beli range Tea Tree Oil dari Bodyshop, semua aku amik, toner, facial scrub, moisterizer, night lotion, tea tree oil, dan blemish cover up stick. Dulu aku dah pernah pakai, tapi tak semua range dia, dan resultnya okay, masa tu muka aku taklah teruk sangat. Jadi tak kisah, masa tu menggatal je nak cuba. Kali ni aku memang all out.

Pening sebenarnya nak carik mana yang sesuai dengan kulit. Macam-macam jenama. Ikutkan apa-apa bahan ni bukan bagus pon, chemical kan. Asal minum banyak air, tidur, makan semua cukup, memang akan okay. Tapi tulah, gaya hidup memang tak sihat. Tu yang jadik macam ni. Lagi-lagi tengah sibuk nak bukak studio ni.

Bodyshop kali ni aku rasa best, dia range mahal tak mahal. Aku rasa dia punya Blemish Fade Night Lotion tu terbaik. Baca review pon rata-rata kata memang bagus, cuma banyak yang complain sebab harga dia mahal untuk botol yang kecik.

Aku geram gila, tengok sesetengah orang, pakai facial wash biasa pon dah okay je muka, tak pakai toner apa pon. Tak pakai sabun pon ada, tapi kulit pergh so licin. Aku ni kalau tak jaga memang akan naik, walaupun taklah kronik pada kebiasaannya. Cuma kali ni memang agak teruk, lebih-lebih lagi part tu gelap semacam. Dari aku dengar, bagus dimakan vitamin e dan primrose oil. Hari tu aku ada gak makan, tapi on off, tu yang payah tu, benda ni kena konsisten.

Jadi sekarang jerawat semua dah surut, ada sket, banyak tinggal parut, barulah aku menyapu scar serum Palmers, vitamin e apa tah, yang agak hanyir bau macam belacan (busuk tapi sedap), tapi sebenarnya sangat bagus. Jadi tulah, apa-apa pon kalau nak menjadi kena rajin dan konsisten.

Lagi-lagi aku bukak kedai ni, kenalah muka terjaga, orang masuk tengok tuan kedai muka bercapuk je, tak lalu nak makan. Nak shoot model pon, photographer pon kena la cun gak, nanti lagi model tu macam ho yeah semangat aku nak posing tengok photographer cun. Hahahaha. Tapi tulah, jumpa client ni semua, nak buat workshops, rupa fizikal itu memainkan peranan juga. Takdalah perlu cun, cuma biarlah nampak terjaga kulit tu, kekadang jerawat, parut kat muka ni, berminyak-minyak ke menampakkan orang tu macam tak jaga kebersihanlah. Nak cium muah-muah pipi tiga kali pon orang tak lalu.

Ahaha, jadi kulit yang cantik boleh merapatkan lagi silaturrahim. Pitt pon mesti lagi suka, kan kan kan.

Oh dan sejak kebalakang ni kitorang duk buat syok layan 'The Biggest Loser'. Gila la weh, bila lagi nak buat kat Malaysia. Tapi tulah, asyik rancangan nak kurangkan berat badan jek, bila lagi nak buat utnuk menaikkan berat badan. Kala ada, aku gerenti nak join. Kasik montok sket bila kulit dah cantik. Feewit. Makinlah suami sayang. Mmmhhfftth.

{ANNA}

Blogging itu terdiri dari 8 huruf.

Blogging itu terdiri dari 8 huruf. Sebab tu aku ada 8 blog di blogspot dan makin bertambah. Hat kat tempat lain tak perlu dikira. Kalau nak kira, kena ambik berkataan lain seperti world wide web.

8 blog, serioushitwtfgilababilakauni. But seriously I do.

Klik sini untuk lihat blog aku lagi satu. Sini hanya gambar semata-mata, yang di ambil guna camera phone aku. Tak main la DSLR2 ni.

{ANNA}

20090424

Manusia sialan.

Anna tengah duk browse forum di PhotoMalaysia, pas terjumpa satu posting bertajuk "I cried" tak silap, dan sebgai manusia yang curious, bukak la tengok, apehal tetiba ada entri macam tu kat PM ni kan. Pastu dia ada link kan satu video rakaman CCTV di YouTube. Video yang ditayangkan di TV3 yang memperlihatkan aksi seorang pembantu rumah yang mendera anak majikannya.

Bagi Anna perkara ni memang kebiasaan, kekadang majikan tu yang kejam, lalu pembantu rumah pon balas pada anak-anak diorang lah kan. Memang tak patut, tapi itulah lumrahnya. Sebab itulah kita apa-apa pon tak boleh buat jahat kat orang.

Dalam kes ni tak tahulah kenapa sebenarnya, tapi apa-apa pon sebab, itu bukan alasan nak menyeksa dan menyakiti anak kecil. Ibu bapa sekalipun, yang stress di pejabat, balik marah dan pukul anak tak pasal-pasal. Haih.

Korang tengok lah video ni sendiri. Mesti ada antara kamu kalau tidak rasa bengang dan sedih teramat akan menangis.

http://www.youtube.com/watch?v=FaevvSBaeho



{ANNA}

20090421

Indah khabar dari rupa?

Aku sekarang tengah sibuk mempromosikan Itudio Studio. Walhal masih banyak yang harus diuruskan. Aku takut 'indah khabar dari ropa'. Tempatnya dalam imaginasi, fantasi dan khalayanku memanglah hebat dan gah, mesti aku mahukan begitu. Realitinya? Mungkin ya, mungkin tidak, mungkin mengambil masa, mungkin banyak langkah yang bakal silap terambil, jatuh beberapa kali sebelum bangkit semula.

Inilah dunia perniagaan. Aku pon mengambil risiko juga. Menggunakan wang simpanan aku sejak kecil, dibantu sedikit oleh mak dan ayah. Aku tak berani pulak nak ambik pinjaman wang. Ada bebrapa yang mencadangkan aku buat proposal untuk dapatkan bantuan kewangan, grant, yang tak memerlukan aku membayar balik. Tapi biasanya, ia memerlukan beberapa bulan jalannya bisnes baru boleh nak mintak. Tengoklah, insya-Allah bisnes baek, bolehla cuba.

Ni pon banyaaaak lagi yang rasa terpaksa tunggu dulu sebelum boleh beli. Alatan studio pon dipinjam sahaja. Aku banyak habiskan wang pada renovasi. Harap-harap, pulanglah modal dan dapatlah untung dan bolehlah beli apa yang aku perlukan untuk memantapkan lagi studio. Walhal asalnya nak buat tu sebab mahukan studio, tapi nampak gayanya banyak benda lain yang harus dibuat yang menggunakan banyak wang. Haih.

Aku risau sangat kalau aku terlalu berkobar menceritakan tempat ni, tapi rupanya biasa saja. Aku kini cuba yang terbaik yang aku boleh! Yakin bolos. Haha.

Anak sedara kesayanganku Fairuz pergi melihat tempatnya Ahad yang lepas. Dia kata "It's hideous!" Hahahahha. Mana taknya lantai pon simen je. Dinding pon putih. Alasan aku kat dia "This place is for adults, not for kids". Baru dia kata "Ohhh." Hahahaha. Damn. Dahla taste budak kecik tu boleh tahan tau.

Makanan pon belum cuba buat lagi ni. Menu yang basic dah ada. Aku pon mesti agak pening nak pikirkan stok untuk makan dalam satu hari tu banyak mana. Takut terkurang atau terlebihlah.

Haih, duit duit duit. Aku agak sedih, melihat akaun aku, makin sikit tinggal wangnya. Tapi takpa, aku kira ini adalah 'investment', bisnes haruslah amik risiko ye tak kawan-kawan! Tapi risiko pon biar bertempatlah kan. Ada sorang mamat ni, nasihat aku, katanya "Takyahlah, sekarang ekonomi tengah merosot, keep your money". Terngiang-ngiang kat telinga aku. Tidak apa, kita ambil apa yang negatif, jadikan positif. Aku jadikan ia sebagai motivasi aku untuk betul-betul berusaha. Aku impikan tempat ini menjadi tempat yang indah untuk kita semua.

Tapi kena ingat jugak, kita bukannya boleh memuaskan hati semua pihak, contohnya anak sedara aku. Sib baik ada bean bag besar, dan kerusi beroda, seronok gaklah aku ngan dia main kat studio tu. Dia kata dia nak datang lagi. So mungkin, takdalah hideous mana pun. Rupa tidak penting, janji jiwa tu ada. Pergh.

{ANNA}

20090410

Menuju Puncak!

20090403

Gapodio?

"Gapodio Itudio Studio?"
"Manodia?"
"Hoh, itu dio studio! "

Sudah. Berangan dah. Haha. Okay, gambar yang post semalam tu hanyalah 3d renderingnya, bukan gambar sebenar. Diharap menjadi sebegitu ropa. Adala lain sket, macam corak kat yang hijau tu, pokok tu takda, dan yang pasti ia bukannya di Dataran Merdeka berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Hahahaha.

Lokasinya adalah di Kelana Mall, Kelana Jaya, dekat ngan Giant kecik dan besar yang tepi LDP tu, sebelah UNITAR, sama bangunan ngan Old Town Kopitiam. Studio ni masih ada 90% lagi yang harus disiapkan. Sekarang tengah renovasi. Hari Isnin ni, insya-Allah pembikinan bahagian depan kedai itu akan dimulakan. Takpun kaunter kat dalam tu. Atau mungkin sekaligus. Sangatlah diharap dalam minggu depan ni dah siap. Dan boleh mulakan perniagaan.

Buat masa ni workshop tak ada, yang pasti akan dibuka pada Mei. Jadual belum keluar lagi. Nanti dah keluar aku akan kasik tau sama lu olang. Dan juga, blog Guerillagraphy akan berpindah. Tapi website Itudio tu masih tengah construct, jadi tunggu siap dulu.

Okay, ni nak tanya koranglah. Sebagai consumer - ewah, apa yang korang suka lihat, beli, masuk dalam sesebuah kedai? Apa yang membuat korang rasa nak lepak lama dalam kedai tu. Dan since studio ni ada mini cafe, ada cadangan untuk menu tak? So far, Anna dah ada la sendiri dalam list, seperti sandwhich, spaghetti, mungkin baked potatoes, bruschettas, pizza dan juga lasagne. Takda banyak gila choice sebab bukannya kedai makan semata-mata. Kira yang berat-berat takda lah buat masa awal-awal ni.

Jadi, kalau korang ada cadangan ke idea ke, dipersilakan input! Sekian, terima kasih.

{ANNA}

20090402

Apa kejadahnya ni? (updated)


Yeah. Dah lama gila tak update apa-apa. Update pon semuanya semata-mata nak update. Sejak beberapa minggu dan bulan ni Anna memang agak sibuk. Semuanya kerana di atas ini. Anna akan membuka studio Anna sendiri di Kelana Jaya.

Sekarang ni tempatnya sedang renovasi. Insya-Allah dalam minggu depan major rennovation dah siap. Gambar kat atas ni hanyalah 3d rendition, shop front dan counter kat dalam tu. Dalam minggu yang lepas baru lepas pasang lampu kat siling dah penghawa dingin.

Kelmarin, cuci lantai, dengan bantuan Pitt semestinya, Oat dan Hakim. Terima kasih korang sebab datang tolong aku pepagi buta. Lantai sekarang masih simen, kononnya nak buat laminated flooring, tapi mahal nak mampus. Jadi mencari alternatif lain, antaranya menggunakan epoxy floor coating. Epoxy floor coating ni macam kat tempat letak kereta kat IKEA tu, glossy, pilihan warna tak banyak, tapi senang untuk cuci dan berkilat. Lagi satu alternatif untuk sapu clear, macam syelek kayu. Jadi rupa asal lantai simen tu akan nampaklah, segala tompok dan kecacatan, tapi, rasanya cun gak kalau macam tu, kena gaklah ngan tema studio. Tengoklah mana satu. Yang clear nilah option yang murah, epoxy mahal sket tapi masih murah banding ngan buat tiles, carpet, dan laminated flooring (macam Eric Leong selalu buat tu).

Oh, dan terima kasih pada Zharif sebab berjaya menghasilkan logo yang aku sangat suka. Haih buat sendiri memang rasa tak puas hati, ada je yang tak puas hati nak betulkan. Terima kasih kerana menjadi penyelamatku!

Dinding pon biar je kaler putih, lagipun rancangannya nak gantung-gantung artwork so dia boleh jadi galeri gak.

Macam dalam header gambar ni, Itudio Studio (nama tempatnya) adalah design & photography studio, mini cafe & gallery dan retail store. Design & photography studio ni akan menjadi workspace, di mana akan ada studiolah, lighting dan backdrop yang akan dibuat di bahagian belakang lot. Di situ jugak akan dibuat bengkel seperti Guerillagraphy tu dan lain-lain bengkel juga, di mana Anna akan menjemput tenaga pengajar luar. Bahagian depan akan menjadi mini cafe, gallery dan tempat menjual barang-barangan handmade, baju, kasut, aksesori, dan sebagainya.

Yang Anna risau sket bahagian mini cafe, sebab prosesnya agak rumit, tak pasti kalau boleh ke tak, sebab harus ambik suntikan, sijil penyediaan makanan dan sebagainya. Kena diluluskan oleh MBPJ. Anna baru ambik borang, nanti dah siap rennovation semua baru Anna akan apply sebab diorang mintak gambar premis perniagaan tu. Kalau sesiapa ada pengalaman apply tuk permit premis perniagaan, makanan, bagitau ye. Perlukan guide. (Syarikat dah register dah kat SSM, sekarang ni nak register kat MBPJ plak, sebab bukak perniagaan kat public place, so part ni yang tak berapa clear).

Kerusi meja tuk cafe dah beli, studio lighting dan backrop belum lagi. Takpa perlahan-lahan. Lagipun Anna buat ni pon dengan bajet yang agak ketat, guna duit simpanan sendiri, lebih prefer kalau tak ambik loan, pening nak kena bayar balik. Kalau duit sendiri boleh rilek sket. Tapi tulah, ikutkan memang tak cukup, banyak lagi benda yang nak kena beli ni, duit dah makin tinggal sikit.

Sekarang ni dah ada 2 orang yang Anna akan amik untuk kerja bersama secara tetap. Sorang yang tolong-tolong, sorang lagi sebagai photographer dan designer. Yang lain-lain untuk kolaborasi, freelance atau part-time.

Dan sekarang Anna akan mula buat untuk wedding juga. Jadi sesiapa yang nak kahwin ke tunang ke, silalah khabarkan ya jika kamu mencari photographer.

Di samping tu, Anna targetlah untuk buat fashion shoot tuk majalah, commercial, personal shoots sudah semestinya, produk dan sebagainya, skop agak luas tapi fokus adalah people & portraits. Dari segi design pula, untuk advertisements, biz cards, apa-apal yang perlu didesign. Tapi mungkin secara perlahan kitorang akan mengecilkan skop nak lebih spesifik, bergantunglah di mana kekuatan kitorang.

Tempat ni juga akan mengendalikan event-event kecil seperti akustik night, baca puisi, book reading, private functions macam birthday party ke. Tapi itu semua perancangan lah, bila dah siap dah jalan baru boleh tengok boleh jalan dan sesuai ke tak.

Barangan plak, yang dijual adalah handmade stuff, baju dan sebagainya. Ni nanti nak kena ke Jalan Kenanga nak carik rak letak baju. Huhuhu. Banyak lagiiiii nak beli niiiii. Haih pening, tapi seronok yang amat.

Harap-harap benda ni semua menjadi. Takut pon ada. Harap-harap jugak rupa kedai tu cantik macam 3d rendition tu. Lebih kurang macam tulah rupanya. Tapi lantai mungkin compang-camping kot. Haha. Nanti bisnes dah baik. Duit dah masyuk, bolehlah buat lantai elok-elok, bertatah berlian lagi. Hahaha.

Jadi, sebab nilah Anna lama mendiamkan diri. Banyak yang harus diuruskan. Nanti bila dah siap, jemput datanglah ye. Nanti akanku bagi lokasinya. Heee.

Isnin ni baru diorang akan datang tuk buat store front tu. Eeeeeeek!

p/s: Rasa kekok nak tulis sebab lama dah tak berblog. Huhuhu.

{ANNA}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...